Assalamualaikum,
saudara, hari ini kita boleh baca lapuran akhbar (percuma) the Sun (13 April 2011) tentang upacara penyerahan cek-cek yg merupakan derma drp orang yg antara terkaya di Malaysia, dan tersenarai juga dalam majallah Forbes, TS Vincent Tan dan syarikatnya Berjaya Corppration , kpd 30 NGO. Wang yg didermakan adalah sebanyak RM 6.6 juta. Drp jumlah itu, sebanyak RM 3.4 juta derma Vincent Tan sendiri melalui Better Malaysia Foundation, yg suatu post dulu kita komen, manakala RM 3.2 juta adalah derma melalui pledge karnival Founder's Day pada 26 Feb yg lalu sebanyak RM 1.6 juta yg diup oleh Vncent Tan 'RM-per-RM'. Justeru itu, sumbangan Vincent Tan sendiri menjadi RM 3.4 juta + RM 1.6 juta = RM 5.0 juta drp RM 6.6 juta yg diagih-agihkan. Kita ucapkan syabas kpd Vincent Tan dan kita ucapkan selamat maju jaya kpd NGO yg menerimanya. Tapi, malang sekali.
Saudara, sebagaimana yg telahpun kita maklumkan dalam post yg lalu tentang Vincent Tan dan Better Malaysia Faoundation itu, semuanya berguna untuk namanya dalam dunia sahaja. Di akhirat tak mendatangkan apa-apa keuntungan padanya! Vincent Tan, kerana tidak Islam, tidak mendapat sebarang manfaat dan keuntungan dari menjadi orang dermawan di dunia, kerana segala kebaikannya tidak dapat menolongnya dari siksaan neraka. Kerana dia tak Islam, pastilah dia, apakala mati kelak, disiksa dalam kubur dan apabila tiba kiamat, dia akan dicampakkan ke dalam neraka oleh malaikat. Kerana tak mahu ikuti perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia (iaitu dua makhluk yg diwajibkan oleh Allah (a.w) sembah Dia (Allah) ketika hidup di dunia) kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, menyembah dan mengerjakan amalan dan ibadah) kpdKu.' itu. Kemudian Allah (a.w) memberitahu manusia dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Sesungguhnya ugama di sisi Allah (a.w) (yakni, yg diterima Allah (a.w)) adalah (atau hanyalah) ugama Islam ...'. Dan Vincent Tan tidak Islam. Dan, firman Allah (a.w) pada Ayat 75, Surah ali-Imran: 'Dan, barangsiapa yg mengikuti selain Islam sebagai ugama mereka (yakni, anuti ugama selain Islam) maka tidak sekali-kali diterima darinya (segala kebaikannya semasa di dunia), dan dia di akhirat kelak (yakni, setelah kiamat dunia) adalah dari kalangan orang yg amat rugi (yakni, masuk neraka tak dapat syurga).' Dan, Vincent Tan memangpun tidak mengambil Islam sebagai ugamanya. Begitu jugalah adiknya, TS Danny Tan, pemilik Dijaya Corporation, yg juga banyak menderma (mengikut lapuran akhbar tak lama dulu). kalau saudara ingat dalam post lalu itu juga kita telah menggesa agar Tun Dr Mahathir Mohamed, yg merupakan rakan akrab mereka, sepatutnya nasihatkan mereka ketetapan pada Ayat-ayat di atas itu!
Saudara, demikianlah. Hidayah Islam itu bukan suatu yg mudah didapati. Kemudian hidayah mengikuti syariat Islam yg sebenarnya berdasarkan (ilmu dan panduan) al-Quran dan as-Sunnah itu juga amat mahal nilainya, kerana hanya dgn ilmu dan panduan yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - yg tidak dicemari oleh syirik, tahyul, khurafat, taklid dan bid'ah tidak diterima oleh Allah (a.w). Oleh itu kita yg Islam wajib bersyukur kpd Allah (a.w) kerana diberi hidayah ugama yg benar dan diberikan begitu banyak nikmat kehidupan. Janganlah persia-siakan. Kalau terasa masih dalam kekelabuan dan kedengkilan dalam perkara ilmu itu, mulalah dan ambillah initiatif untuk mencari yg benar dan mengikuti yg benar. Jika tidak sebagaimana orang yg tidak Islam berjaya di dunia, tapi amat rugi di akhirat!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment