Assalamualaikum,
Saudara, hari ini begitu berkembangnya ilmu - dalam semua bidang, termasuklah ilmu mengenai ugama Islam dan syariatnya - maka terjadilah pelbagai tsunami pemikiran dan pentafsiran serta pentakrifan manusia dalam pelbagai perkara. Tak tertinggal dalam perdebatan atau gelodakan hujjah bersandarkan fikiran dan pandangan itu tentang ugama! Maka timbullah konsep 'pluralism in religion' dan 'pluralism in Islam'. Mereka yg bercakap tentang konsep ini berpandangan bahawa dalam negara majmuk spt Malaysia ini, tidak salah jika diberi kebebasan rakyatnya berugama. Kerana orang China yg asalnya dari mainland China membawa ugama mereka sendiri, termasuklah ugama yg mendewakan roh nenek moyang mereka, dan ugama Budha. Orang India membawa ugama mereka sendiri yg menganggapkan lembu itu sebagai simbul ketuhanan mereka. Segolongan orang China dan India menjadi penganut ugama Kristian dan Budha yg bukan ugama asal usul nenek moyang mereka, kerana terpengaruh oleh dakwah padri dan pendakwah Kristian yg datang bersama-sama dgn penjajah dulu (orang Barat). Segolongan orang China dan orang India pula sudah Islam secara turun temurun, kerana nenek moyang mereka bertemu dgn Islam dan menerima Islam sebagai ugama mereka. Kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak pula mempunyai kepercayaan ugama animis mereka sendiri pula, selain yg Islam dan Kristian.
Demikianlah di Malaysia wujud kepelbagaian kepercayaan dan ugama. Ada orang Islam yg berpandangan bahawa manusia itu bebas menganuti ugama pilihan mereka. Dan, ada pula yg selanjutnya bercakap bahawa ajaran semua ugama itu sama saja iaitu untuk kebaikan manusia dan kesejahteraan masyarakat yg menangutinya. Keunikan Malaysia, kata mereka, adalah kerajaan memberi kebebasan berugama. Semua ugama itu sama kata mereka. yg berpandangan sedemikian itu ada dari kalangan orang islam sendiri! Orang yg berpandangan atau berpendirian sedemikian itu jelaslah orang yg jahil. Kerana, kemungkinan besar mereka berhujjah atas Ayat 256, Surah al-Baqarah yg menyebut firman Allah (a.w): 'La iqraha fid-dini' (yg bermaksud: Tiada paksaan dalam berugama)'. Lebih sepuluh tahun dahulu, itulah pendirian NGO yg menamakan dirinya, 'Sisters in Islam', kumpulan yg berjuang supaya kebebasan berugama itu dikekalkan di Malaysia. Jangan dipaksa orang yg tidak Islam terima Islam atau jangan paksa bangsa lain yg tidak Islam terima ketetapan Islam. Maka dgn itu jugalah sentiasa menjadi bahan debat yg sensitif sehingga sekarang kalau ada orang Islam yg ingin wujudkan 'Kerajaan Islam' atau 'Pemerintahan Islam' di Malaysia. Orang tidak Islam tidak mahu terima Islam.
Saudara, kita telahpun tahu dalam membicarakan lanjutan kpd konsep 'sesat' (Wacana Sinar Harian itu) bahawa manusia itu sesat jika tidak terima perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Aku (Allah (a.w)) jadikan mjin dan manusia hanya untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu (Allah (a.w)).' Oleh itu, manusia yg tak mahu mengabdikan diri atau memperhambakan diri mereka kpd Allah (a.w) pastilah sesat. Golongan yg sesat, kita telahpun tahu, adalah golongan yg pasti masuk neraka, kerana segala amalan dan ibadah mereka, apa juga bentuk dan cara, tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah ayat di atas itu telah dimansuhkan dan diganti dgn Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Sesungguhnya ugama yg diterima Allah (a.w) adalah ugama Islam'. Orang yg tidak faham Islam dan jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tahu bahawa Ayat 256, Surah al-Baqarah itu telah dimansuhkan dan digantikan dgn Ayat 19, Surah ali-Imran. Tambahan pula, dalam Ayat 83, Surah ali-Imran pula Allah (a.w) bertanya kpd manusia: 'Apakah mereka inginkan ugama selain Islam?' Dan, kemudian Allah (a.w) putuskan dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa man yabtaghi ghaira Islami dinan palai yukbalu minhu wahua fil akhirati minal khasirinna.' [Yg bermaksud: Dan, barangsiapa mencari (atau mengkehendaki (ugama)) selain ugama Islam sebagai ugamanya, maka tidak sekali-kali diterima daripadanya (amalan dan ibadahnya serta segala kebaikan (yakni, amal maruf) yang dikerjakan olehnya semasa berada di dunia), dan dia di akhirat kelak adalah dari kalangan orang yang amat rugi (yakni, masuk neraka)][Ayat 85, Surah ali-Imran].
Bukan sahaja orang yg tidak Islam itu pasti rugi di akhirat kelak, orang Islam yg menyakini bahawa semua ugama itu sama tarafnya, juga akan rugi, kecuali mereka bertaubat, dan taubatnya diterima Allah (a.w)! Wal iya zubillah.
Jelasnya, orang Islam yg berkata bahawa ugama itu semuanya sama atau setaraf telah menjadi sesat juga kerana mereka mengingkari ketetapan Allah (a.w) dalam ayat berikut pula, yg memberitahu bahawa ugama Islam itu wajib ditinggikan mertabat dan kedudukannya terkeatas dari ugama-ugama yg lain:
Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda, wadinil haqqi liyuzhirahu ‘alad-dini kulihi walau karihal kafiruna.' [Yg bermaksud: Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus RasulNya (yakni, Rasulallah (s.a.w)) membawa hidayah (i.e. petunjuk) dan ugama yang haq (i.e yang benar) (iaitu ugama Islam), supaya memenangkannya (yakni, meletakkannya) di atas segala ugama di bumi ini meskipun orang-orang musyrik (i.e. orang yang tidak mahu akui Allah (a.w) itu tuhan mereka, yakni yg syirik dan yg kafir) tidak menyukainya][Ayat 9, Surah as-Sof]
Justeru itu, orang yg akui dirinya Islam dan beriman yg menyatakan bahawa ugama Islam itu setaraf dgn mana-mana ugama atau ugama itu sama saja, kerana mengajar manusia kebaikan dalam hidup mereka dan dalam bermasyarakat, telah sesat. Dan, apabila telah sesat, tempatnya di neraka. Wajarlah mereka bertaubat. Kerana dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu pada umatnya yg Islam di pagi hari menjadi kafir di petang hari, atau kafir di pagi hari menjadi Islam di petang harinya, semuanya kerana cakap atau ucapannya dan perbuatan mereka! Mudah-mudahan orang Melayu khasnya yg mengakui dirinya Islam dan beriman faham perkara ini. Mereka pasti sesat pada awal-awal lagi jika mereka berpendirian bahawa Islam itu sama baiknya atau sama tarafnya dgn ugama lain. Kerana, yg pasti sesiapa yg tidak Islam, dan dia begitu banyak kebaikannya di dunia, malah kebaikan yg melebihi kebaikan orang yg Islampun, tidak mendapat ganjaran pahala atas segala amalan dan ibadah mereka, kalaupun diserahkan kpd Allah (a.w) sebagai pampasan untuk dapatkan syurga tidak diterima (Ayat 91, Surah ali-Imran). Dan setelah mati pasti disiksa dan apabila kiamat dunia pasti masuk neraka, dan mereka hanya dapat masuk syurga jikalah boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum (Ayat 40, Surah al-'Araf)! Begitu juga orang yg Islam yg berpendirian Islam itu satu daripada beberapa ugama yg sama tarafnya, pastilah tergolong dikalangan orang yg kafir tanpa disedari. Kerana, sesiapa yg Islam tidak mahu terima sesuatu ketetapan Allah (a.w) (dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)) pastilah jatuh kafir! Berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
Askm, Begitulah jadinya kepada orang2 yg Allah tidak beri hidayah kepadanya. Dipekakkan telinganya dari mendengar nasihat atas perkara yg haq, dibutakan matanya untuk melihat kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan dikeraskan hatinya untuk menerima perentah Allah SWT & Rasul SAW. Maka RUGI... sungguh RUGIlah mereka.
ReplyDelete