Saturday, April 9, 2011

Peringatan yg Sering Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara, kita yg Islam yg percayakan wujudnya hari pembalasan atau hari akhirat, maka kita sentiasalah tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah (a.w) supaya jangan lupa mengabdikan diri, yakni mengerjakan amalan dan ibadah setiap hari. Insya Allah saudara yg tergolong dikalangan orang yg akur dgn ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat itu pastilah sudah menunaikan Solat Subuh tadi pagi. Namun, sebagai orang yg akur dgn ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', adakah saudara telah tinggalkan beberapa amalan yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w)? Kerana ini penting. Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 80, Surah an-Nisa', memberitahu kita bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah patilah di mentaati Allah (a.w). Counter factualnya, kalau kita tolak sesuatu yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) bermaksud kita telah menolak sesuatu yg ditegah Allah (a.w) kita lakukan! Adakah saudara telah lakukan sedemikian kelmarin? Kita wajib ingat bahawa seseorang yg Islam itu wajib akur dgn setiap ketetapan as-Sunnah. Dan, seseorang Islam itu wajib terima kesemua yg ditetapkan oleh Islam, dan tidak boleh ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Kerana Allah (a.w) perintahkan dalam al-Quran, kita terima atau anuti Islam 'kaffah' sepenuhnya, tidak boleh pilih-pilih - yg kita suka kita terima yg kita tak suka kita tak terima!
Saudara, mentaati Rasulallah (s.a.w) itu bermakna mentaati Allah (a.w) (i.e. Ayat 80, Surah an-Nisa' itu). Mentaati Rasulallah (s.a.w) itu bererti menerima segala ketetapan as-Sunnah  tak boeh ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian walau apapun pertimbangan atau hujjah yg dikemukan oleh kita dan yg mengajarkan kita Islam! Inilah ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr: Ambil segala sesuatu yg Rasulallah (s.a.w) bawakan (yakni, as-Sunnah) kita amalkan dan kerjakan, dan sesuatu yg ditegah Rasulallah (s.a.w) hnedaklah kita jauhi atau tinggalkan. Spt yg saudara sering diperingatkan adalah jangan amalkan sesuatu yg bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah. Janganlah kita amalkan sesuatu yg bersifat syirik khaufi (= syirik yg samar) yg kita dgn sengaja atau tidak amalkan spt memakai rantai magnet di tangan kita keran ada orang kata memakainya baik untuk kesihatan kita kerana mencegah dari dihinggapi sesuatu kemudaratan atau mencegah dari terkena sesuatu kemudaratan, apabila kita memakainya! 
Saudara, orang iman itu penuh yakin bahawa segala sesuatu - buruk atau baikke - yg menimpa kita semuanya adalah atas kekuasaan Allah (a.w). Kalau sesuatu kemudaratan itu nak mengenai kita, tiada siapapun atau sesuatupun yg boleh menghalangnya mengenai kita. Kalau sesuatu kebaikan itu adalah diqadarkan untuk kita, tiada siapapun atau sesuatupun yg boleh menghalang kita dari mendapatnya. Itulah keimanan orang iman. Bukan bergantung kpd orang atau sesuatu untuk mengelak diri dari kemudaratan atau bergantung pada orang lain atau sesuatu untuk mendapatkan kemanfaatan. Namun begitu, kita berusaha dan kemudian kita bertawakal kpd Allah (a.w). Memang ada kuasa ghaib atas kehendak Allah (a.w), tetapi tiada yg ghaib itu dapat mengatasi kuasa dan kehendak Allah (a.w).
Oleh itu, dalam konteks amalan dan ibadah, kalau sesuatu amalan itu tiada dalam ketetapan al-Quran maupun as-Sunnah, maka pastilah perkara itu termasuk dalam senarai 'pembaharuan dalam syariat Islam' atau bid'ah. Dan, kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu kita bahawa semua yg sedemikian itu bid'ah, maka adalah kesesatan, dan kesesatan itu menjerumuskan kita ke dalam neraka atau membatalkan segala kebaikan amalan dan ibadah kita, maka walau bagaimana cantik dan molek serta baik dipandang mata atau dinilai manusia, tetapi wajib ditinggalkan! Kalau melakukannya menjadikan kita tanpa kita sedari terkeluar dari Islam, maka tindakan yg paling rasional bagi orang iman adalah meninggalkannya. Tiada kemanfaatan dunia yg lebih baik dari kejayaan mendapat syurga di akhirat kelak!
Saudara, di dalam al-Quran dan as-Sunnah, ilmu itu paling utama dikuasai oleh orang Islam dan orang Iman. Maka dgn itu Allah (a.w) mencela masyarakat-masyarakat dulu, yg mengamalkan sesuatu atas dasar amalan nenek moyang mereka, walhal nenek moyang mereka takpun memiliki ilmu mengenai sesuatu yg mereka amalkanpun, mereka reka sesuatu amalan, sebagaimana generasi terdahulu di kalangan mereka membentuk patung-patung untuk disembah sebagai tuhan, walhal para nabi dan rasul yg diutuskan kpd masyarakat (kaum) tersebut, telah membawakan syariat ugama Allah (a.w) kpd mereka. Siapa yg memberitahu, contohnya, bahawa Isa (a.s) itu anak Allah (a.w) dan tuhan adalah Tiga Serangkai, yg menjadi asas kepercayaan orang-orang Kristian? Adakah Isa (a.s) yg memberitahu mereka? [Nota: dalam al-Quran disebutkan bahawa Allah (a.w) bertanya pada Isa (a.s) apakah dia yg suruh umatnya sembah dia sebagai tuhan, Isa (a.s) menjawab tidak, manakan mungkin yg dia tiada hak untuk disembah menyuruh umatnya sembah dia. Dan, Isa (a.s) akui dia hanyalah hamba Allah (a.w) yg disuruh menyampaikan syariat ugama Allah (a.w) berpandukan Kitab Injil]. Masyarakat Melayu hari ini juga telah dibiasakan dgn amalan bid'ah, kerana wujud apa yg mereka kata 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) menidakkan sebarang bid'ah sebagai kebaikan! Tapi, mereka enggan terima ketetapan Rasulallah (s.a.w). Apakah atau adakah asas ilmu yg menyebutkan bahawa 'bid'ah hasanah' wujud? Tiada sandaran nas dan dalil sama ada al-Quran ataupun as-Sunnah. Wajib ingat: ilmu  yg haq yg menentukan kebajikan akhirat itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. kalau kita asskan sesuatu dalam Islam kpd fikiran dan kebijaksanaan manusia, maka rosaklah kita dan tak mungkin kita jumpai syurga ...dan, pasti kita temui diri kita dalam neraka, wal iya zubillah. [Nota: Selain Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr itu kita wajib akur dgn Ayat 14, Surah an-Nisa' - menolak ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, pasti masuk neraka].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment