Saturday, April 16, 2011

Keimaman dalam Islam: Tanggungjawab Pemimpin dan Ketaatan

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung sedikit lagi sebagai penegnalan selanjutnya tajuk di atas itu. Dalam blog ini kita seringkali peringatkan diri kita bahawa di akhir zaman kelak, umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah, dan sebanyak 72 golongan walaupun Islam, tetapi tak berjaya mendapat syurga, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga. Jelaslah yg berjaya itu golongan minoriti, iaitu 1/73 golongan. Golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga itu adalah golongan yg Islam berpandukan as-Sunnah (i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan mereka adalah berjema'ah dalam Islam. Jelaslah betapa pentingnya dua perkara iaitu pegang as-Sunnah dan amalkan atau jalani kehidupan sebagai orang iman yg berpandukan as-Sunnah itu secara berjema'ah. Jema'ah umat Islam ada pemimpinnya - Imam atau Amir (atau secara generic dikelompokkan sebagai 'ulil amri'.
Saudara, kita telah lihat sepotong hadith riwayat al-Bukhari tentang ketetapan Islam bahawa umat (yakni, jema'ah) Islam itu wajib taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran), taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) dan kemudian taatkan 'ulil amri' atau Imam atau Amir yg berkuasa atas jema'ah umat Islam. Kita diperingatkan, jika kita mentaati Imam atau Amir, maka kita mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) (dan kerana itu kita telah mentaati Allah (a.w)). Sebaliknya, jika kita ingkarkan atau tolak atau menentang perintah Imam atau Amir, maka kita menentang atau tolak Rasulallah (s.a.w) (dan kerana itu, kita tolak atau menentang Allah (a.w)). [Nota: Menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah kita kafir dan lucut keIslaman kita!] tambahan pula, kita diberitahu dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' itu bahawa ketetapan Imam atau Amir itu tidak absolute, yakni tidak sama dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yg bersifat absolute - tidak boleh tidak wajib ditaati. Kerana, jika Imam atau Amir itu perintahkan sesuatu yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka kita atau jema'ah umat Islam tidak dibenarkan dengar perintahnya, apatah lagi kita taati perintahnya. Kerana, kita hanya disuruh taat kalau yg diperintah oleh Imam atau Amir itu tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Maka dgn itu, Allah (a.w) awal-awal lagi beri kita tahu bahawa jika timbul perselisihan endapat atau pandangan mengenai segala sesuatu dalam Islam, maka kita diwajibkan merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk mendapat jawapan atau keputusan atau penyelesaian].
Saudara, sebanding dgn sabda Rasulallah (s.a.w) yg kita lihat dalam post sebelum ini dalam Sahih Bukhari, ketetapan yg sama juga kita dapati dalam Sahih Muslim, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Zinad hadith dari A'raj hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa mentaati aku (nabi), maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w); dan barangsiapa yg menentang aku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia telah menentang Allah (a.w). Dan, barangsiapa yg mentaati Amirku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia telah mentaati aku (Nabi), dan barangsiapa yg menentang Amirku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia telah menentang aku (Nabi).' [hadith Muslim, Kitab Keimaman (Imaroh)]
Kemudian, kita diberitahu bahawa setiap yg memimpin atau menguruskan seseorang atau sekumpulan orang dalam perkara Islam itu bertanggungjawab terhadap orang-orang yg mereka pimpin.
Diriwayatkan hadth dari Abdullah b Dinar hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketahuilah, setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu sekelian akan ditanya akan mereka yg digembalanya. Maka Imam itu mengembala manusia (yakni, jema'ahnya) yg digembalainya, dan dia akan ditanya dari mereka yg digembalainya. Dan seorang lelaki (yakni, ketua keluarga = bapa atau suami) itu mengembala ahli rumahnya (= keluarganya), dan dia akan ditanya terhadap (mereka yg digembalainya). dan wanita (yakni, ibu atau isteri itu) mengembalai ahli rumah suaminya (= keluarga suaminya) dan anak-anaknya, dan dia akan ditanya atas mereka itu. dan seorang hamba itu pengembala atas harta benda milik tuannya, dan dia akan ditanya atas apa-apa yg digembalainya. Ingatlah setiap kamu itu pengembala dan setiap kamu akan ditanya akan apa-apa yg digembalainya.' [Hadith Bukhari, Kitab Ahkam (Hukum Hakam)]
Saudara, di dalam al-Quran, Allah (a.w) perintahkan kita dalam Ayat 6, Surah at-Tahrim: 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikun nara ...' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! jagalah diri kamu dan diri kelurgamu dari api neraka ...'). Ketua keluarga itu bertanggungjawab membimbing keluarganya supaya terselamat dari siksaan dalam neraka. Begitu jugalah pemimpin jema'ah Islam itu diwajibkan mentadbiruruskan jema'ahnya supaya dia dan yg dipimpinnya terselamat dari neraka. Golongan yg memimpin jema'ah Islam akan disoal di akhirat kelak, apakah yg telah mereka lakukan, sebagai pemimpin (atau ketua jema'ah), untuk menyelamatkan jema'ahnya (yakni, rakyatnya) dari terjerumus ke dalam neraka. Mereka tidak akan mendapat syurga, jika mereka abaikan amanah yg mereka pikul sebagai pemimpin atau setelah mereka bersetuju diangkat menjadi pemimpin rukyahnya!
Kita telah lihat ketetapan mengenai ketaatan terhadap atau kpd Imam (atau Amir) dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kita lihat pula hadith dalam Sunan ibnu Majah mengenai ketetapan yg sama:
Diriwayatkan hadith dari A'masy hadith dari Abi salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa mentaati aku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w), dan barangsiapa menentang aku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia telah menentang Allah (a.w). Dan, barangsiapa menentang aku (Nabi), maka sungguh dia telah menentang Allah (a.w).Dan, barangsiapa mentaati Imam maka sunggh-sungguh dia telah mentaati aku (nabi), dan barangsiapa menentang Imam, maka sungguh-sungguh dia menentang aku (Nabi).' Hadith ibnu Majah]
Jelaslah, mentaati imam itu amat penting, kerana mentaatinya bererti mentaati perintah Rasulallah (s.a.w). Sebaliknya, menentangnya bererti kita menentang Rasulallah (s.a.w). Dan, menentang Rasulallah (s.a.w) bererti kita menentang Allah (a.w). Yg menentang Allah (a.w) pastilah terkeluar dari Islam!

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment