Assalamualaikum,
saudara, penulis berkesempatan mendengar ceramah di tv 9 oleh seorang pensyarah UIAM tadi pagi (10 April 2011) selepas Subuh dalam siri 'Tanyalah Ustaz'. Yg menarik hati penulis adalah kenyataan beliau, ketika menjawab soalan melalui e-mel peminat, dua perkara: pertama, katanya dalam perkara 'akhlak' beliau menyatakan bahawa semua ugama itu sama mengajarkan akhlak yg baik belaka. Maksud dalam perkara akhlak Islam dan ugama lain ajarkan perkara yg sama , iaitu kebaikan akhlak dan menolak akhlak yg buruk. namun kata beliau, dalam perkara aqidah berbeza. bagi orang Islam aqidahnya ditetapkan oleh al-Quran. Hanya Islam yg mengajarkan umatnya bahawa Allah (a.w) itu esa, manakala ugama lain lain pula. Kedua, beliau menyebutkan bahawa Islam tidak menyuruh umatnya mencerca atau mencaci ugama lain. Ini ditegah oleh Islam.
Jadi yg menarik adalah beliau dalam menyentuh segala ugama itu, semua ugama mengajarkan pengikutnya akhlak yg baik - tak kira ugama Islam ataupun bukan Islam. Ini menarik kerana setahu penulis akhlak yg diajarkan Islam tidak sama dgn akhlak yg diajarkan oleh ugama selain Islam. Maka dgn itu adalah tidak betul jika ada orang berpandangan bahawa Islam itu sama dgn ugama lain dalam perkara akhlak. Manakn mungkin kalau Islam mengharanmkan umatnya beberapa perkara, maka adakah sama akhlak umat Islam dgn lain-lain penganut ugama walhal mereka memakan dan melakukan perkara yg diharamkan? Adakah beliau berpandangan bahawa beliau meneliti akhlak itu dalam konteks fahaman ugama masing-masing. maka dgn itu jika perkara itu diharamkan oleh Islam dan tidak diharamkan oleh ugama lain, maka akhlak penganut ugama lain itu baik jika tidak disentuh ketetapan Islam tentang halal haram ini? Dalam isu sampingan nampaknya beliau seolah-olah memberitahu kpd kita bahawa al-Quran itu adalah kitab panduan hanya untuk orang Islam dan bukannya kitab panduan manusia sejagat dari zaman Rasulallah (s.a.w) hingga ke zaman akhir kelak? Ini adalah suatu kesilapan yg amat serius. Kerana al-Quran itu, sejajar dgn perintah Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat, adalah kitab panduan bagi jinn dan manusia, tak kira mereka Islam dan beriman atau mereka itu kafir (yakni, tidak Islam) atau syirik (yg menyembah lebih dari satu tuhan kalaupun mereka akui Allah (a.w) itu tuhan mereka)! Nampakanya ustaz UIAM ini seolah-olah tetap membezakan dichotomi - bahawa dunia dan akhirat itu dua perkara yg terasing, walhal kita tahu bahawa dunia dan akhirat itu satu continuum?
Saudara, adalah menjadi kesilapan yg amat serius bagi seorang Islam yg menyamakan Islam dgn ugama lain dalam apa juga dimensi atau perspektif. Ugama islam itu, sebagaimana yg telahpun kita sebutkan melalui firman Allah (a.w) hendaklah diagungkan dan diterkeataskan bila membincangkan lain-lain ugama. Islam tidak setaraf dgn mana-mana ugama dalam apa juga perkara.
Bagi saudara yg mnengaji al-Quran, saudara akan temui begitu banyaknya cacian dan laknat Allah (a.w) dan para malaikat terhadap manusia yg tidak mahu terima Islam. cacian Allah (a.w) bukanlah cacian kosong kerana cacian itu akan menjadi realiti di akhirat kelak. Sebagai contoh segala kebaikan manusia yg tidak Islam di sisi Allah (a.w) sama dgn debu yg melekat diats batu, apabila ditiup angin beterbangan - takda gunanya. Juga, Allah (a.w) memberitahu orang yg tidak Islam (kafir dan syirik) tidak akan masuk syurga selama-lamanya. Mereka hanya dapat masuk syurga kalaulah boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum. Ini adalah realitinya. realiti ini buka untk difahami oleh yg Islam tetapi semua manusia dan jinn.
Oleh yg demikian, dalam kita membincangkan sesuatu isu, janganlah kita sekali-kali beranggapan bahawa Islam dan ugama lain itu sama saja. Tak mungkin. Dan, janganlah anggap bahawa al-Quran itu adalah kitab ugama orang Islam, kerana al-Quran itu adalah panduan manusia demi akhirat mereka. Dan, Rasulallah (s.a.w) itu bukanlah nabi atau rasul bagi orang Islam, tetapi nabi dan rasul bagi manusia sejagat dan semua zaman. Bezanya, orang yg tidak Islam tak mahu terima. hakikatnya terima atau tidak Rasulallah (s.a.w) tetap utusan Allah (a.w) kpd dunia seluruhnya - semua bangsa dan semua zaman.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment