Friday, April 29, 2011

Peringatan: Amalan yg Menghapuskan Pahala Ibadah

Assalamualaikum,
saudara, dalam masyarakat Melayu, seringkali kita dengar cerita orang Melayu menemui bomoh atau dukun untuk mendapatkan pelbagai khidmat yg 'ghaib', kononnya bomoh atau dukun tersebut memiliki kuasa ghaib yg boleh menyembuhkan penyakit, terutama rasukan syaitan, in dan hantu dan sebagainya. 
Saudara, mempercayai bahawa seseorang itu memiliki kuasa ghaib adalah suatu kepercayaan yg syirik. Paling kkurang akibatnya disebutkan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Yahya, yakni ibnu Said (nama lainnya atau dikenal sebagai) hadith Ubaidillah hadith dari Nafi' hadith dari Safiah hadith dari sebahagian drp isteri nabi (s.a.w) (yakni, Safiah adalah seorang isteri nabi) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa datang kpd (atau menemui) dukun maka bertanya dia sesuatu (pada dukun itu), maka tidak diterima darinya solatnya selama 40 malam (yakni, sehari semalam).' [Hadith Muslim]
Saudara, ibadah solat itu amat utama. Kita telahpun tahu kerana berkali-kali disebutkan dalam blog ini bahawa solat fardu adalah amalan yg utama bagi kita yg akui diri kita Islam. Jika kita tinggalkan satu waktu solat tanpa keuzuruan syar'i atau bukan kerana terlupa atau tertidur, tapi disengajakan, maka kita secara otmatis jadi kafir. Juga, solatlah ibadah yg mula-mula dan terutama ditimbang di mizan di akhirat kelak. Kalau bagus prestasi kita dalam solat, maka bagus dan mudahlah pula hisaban amalan-amalan selainnya.kalau teruk hisaban solat kita maka teruklah pula hisaban amaln dan ibadah yg lain! Dan, solat itu diterima Allah (a.w) jika solat kita itu sejajar dgn solat Rasulallah (s.a.w) (i.e. berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli') itu. Kalau berlainan atau berbeza, terutama kalau dicemari oleh 'bid'ah', maka solat kita tidak diterima Allah (a.w).
dalam hadith di atas itu, jikalah solat kita itu menepati cara dan kaedah serta bentuk-bentuk solat yg ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w), maka solat kita diterima Allah (a.w), kita rugipula tidak ditrima sebanyak 5 x 40 hari = 200 solat fardu dan entah berapa banyak pula solat-solat sunat kita terbatal pahalanya kerana kita menemui dukun atau bomoh untuk apa sebab sekalipun. Alangkah ruginya kita. Dahlah rugi, kita pula dalam tempoh tersebut - 40 hari - dikira tidak mengerjakan solat pula! Alangkah besarnya kerugian dan kemudaratan kita hadapi semata-mata kerana menjumpai dukun atau bomoh. Kalau kita percaya pula apa yg dikatakannya, maka kita syirik pula - terkeluar dari Islam dan keimanan, maka kafirlah kita pula.
Oleh itu berwaspadalah dalam perkara dukun dan bomoh ini. Sekarang ada ulama' yg akui dirinya memiliki kuasa untuk menyembuhkan suatu penyakit ghaib ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment