Friday, April 15, 2011

Ibubapa: Hak Mereka Terhadap Anak

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post-post yg lalu tentang tajuk 'ibubapa dan anak-anak mereka'. Kita telah mklum bahawa anak-anak diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya mentaati suruhan kedua ibubapa mereka, melayani mereka dgn sopan dan baik lagi tertib, berusaha menyenangkan hatinya atau menggembirakan mereka, dan tidak berlaku kasar terhadap mereka, termasuk bercakap dgn mereka dgn lemah lembut, dan tidak berkata dgn meninggikan suara atau mengherdik mereka. Juga, kita diberitahu bahawa walau bagaimana istiqamahnya seseorang anak itu dalam mengerjakan amalan soleh dan ibadah kpd Allah (a.w) dan mengikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah), jika kedua ibubapa mereka atau salam seorang mereka tidak rida akan anaknya kerana layanan anak-anak mereka terhadap keduanya atau salah seorang dari keduanya, maka Allah (a.w) tidak rida atas anak tersebut. Justeru itu, keridaan Allah (a.w) itu bergantung kpd keridaan kedua ibubapa atau salah seorang mereka. Apabila Allah (a.w) tak rida maka tidak dapat syurga, walaupun anak itu adalah calun syurga!
Saudara, kita sambung sedikit lagi suatu perkara yg nampak remeh tetapi amat utama dalam syariat Islam bersabit hubungan anak-anak dgn kedua ibubapa mereka. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdillah bahawasanya seorang lelaki berkata (yakni, memberitahu) Rasulallah (s.a.w) dgn berkata: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ada bagiku beberapa harta dan beberapa anak, dan bahawasanya bapaku berkehendakkan (dan) memerlukan  hartaku.' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Engkau dan harta engkau adalah milik bapamu!' [Hadith Ibu Majah, Kitab Jualbeli]
Saudara, hadith ini menceritakan bahawa seorang lelaki (orang Islam yg beriman) mengadu kpd Rasulallah (s.a.w) bahawa bapanya minta harta miliknya, bukan harta waris, maka apakah wajar dia berikan atau wajarkan bapanya ambil harta miliknya tersebut. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa bukan sahaja hartanya tetapi dirinya sendiri itu adalah haq atau milik bapanya. Begitulah tingginya mertabat kedua ibubapa kpd atau terhadap anak-anak mereka. Malah dalam sepotong hadith disebutkan bahawa jika seorang bapa itu tidak sukakan isteri anaknya kerana sesuatu sebab, maka bapa anak itu suruh ceraikan isterinya itu, walaupun sangat disayangi, wajib bagi anak itu menceraikan isetrinya! Demikianlah diceritakan dalam hadith bahawa Nabi Ibrahim (a.s) yg ketika menziarahi anaknya, Ismail (a.s), tetai beliau tiada di rumah dan Ibrahim (a.s) berkesempatan menemui menantunya (i.e. isteri Ismail (a.s), mendapati isterinya tidak mensyukuri apa yg dia ada melalui perkahwinan dgn Ismail (a.s) itu, menyuruh Ismail (a.s) menukar 'pintu rumahnya' (maksudnya, ganti isterinya atau ceraikan ceraikan isterinya.)
Saudara, mudah-mudahan anak-anak yg masih mempunyai kedua ibubapa hendaklah mengambil peringatan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki kedua ibubapanya. Kalau tak rida mereka, maka tak dapatlah syurga. Wajib bagi seornag anak itu mentaati perintah kedua ibubapanya, walaupun perintah itu tidak disukai mereka.
Di dalam hadith berikut pula diberikan ketetapan Islam yg nampak remeh tetapi amat penting dijadikan panduan oleh orang Islam dalam menjalani kehidupan sebagai orang iman:
Diriwayatkan hadith dari 'Amru b Syuib hadith dari Taus hadith dari ibni Abbas dan ibni Omar yg mengangkat kedua-dua hadith ini kpd Nabi (s.a.w) (Nota: hadith marfu' = pasti sahih kerana didatangkan sendiri oleh Rasulallah (s.a.w)) yg bersabda: 'Tidak halal bagi seorang lelaki (atau perempuan) bahawa memberi dia suatu pemberian (kpd seseorang lain), kemudian menarik balik (yakni, meminta dikembalikan kpdnya) apa yg diberikannya itu,kecuali pemberian seorang bapa (atau ibu) kpd anaknya (yakni, boleh diamnya balik).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Pemberian]
Jelaslah kedudukan ibubapa terhadap anak-anaknya itu tinggi. Dia boleh mengambil semula apa-apa yg diberikan olehnya kpd anaknya. Dalam kes-kes yg lain kalau kita memberi sesuatu kpd seorang Islam atau siapapun, kita minta semula, maka perbuatan itu diharamkan dalam Islam, yakni berdosa melakukannya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment