Friday, April 29, 2011

Kematian: Memandikan Mayat/Jenazah

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan pengajian kita tentang menguruskan mayat/jenazah mengikut as-Sunnah. Kita sedia maklum bahawa mensolatkan mayat/jenazah dan menguruskan mayat/jenazah adalh disebut oleh para ulama' sebagai amalan fardu kifayah - kalau dah ada orang boleh uruskan, kita tak payah. Terlepas kita dari dosa. Cuba kita semak ketetapan as-Sunnah kaedah dan cara serta proses yg terlibat dalam pengurusan jenazah/mayat. Hari ini kebanyakan mesjid mengadakan kuliyah atau kursus pengajian pengurusam mayat. Bagaimana ketetapan as-Sunnah? Kita lihat seterusnya
Diriwayatkan hadith dari Ayub hadith dari Muhammad b Sirin hadith dari Ummi 'Atiyah berkata: 'Masuk atas kami Nabi (s.a.w) dan adapun kami sedang memandikan (mayat) anak perempuannya (yakni, anak perempuan Nabi); maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Memandikanlah tiga kali atau lima kali (siraman air) atau lebih banyak dari itu (Nota: Tapi mesti ganjil) demikian itu.Jikamelhat kamu demikian dgn air dan daun Bidara, dan menjadikanlah pada siraman terakhir (dicampur air dgn) kafur (yakni, kapur barus) atau sesuatu (bahan) dari (jenis) kapur barus. Maka ketika selesai kamu memandikannya, maka memberilah kpdku.' Maka ketika telah selesai kami, memberitahu kpdnya yakni, Nabi), maka menjatuhkan kainnya (kain kafan). Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Membungkuslah (yakni, mengkafankanlah) dari kain tersebut.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Hadith di atas menyebut peristiwa upacara memandi mayat anak perempuan Nbi (s.a.w). Hadith tersebut menjelaskan bahawa hendaklah disiram air ganjil bilangannya, yakni tiga atau lima atau lebih banyak sirapan tetapi hendaklah ganjil bilangannnya. Di dalam hadith-hadith lain disebutkan secara yg lebih terperincilagu. antaranya, ketika memandikan jenazah hendaklah dhadapkan mayat e kiblat secara mengereng, yakni sebelah kanan perutnya, kemudian disiram air ganjil bilangannya, mula-mula bahagian kanan kemudian bahagian kirinya pula. Kemudian setelah selesai dimandikan, jenazah/mayat hendaklah dikafankan (dalam hadith di atas di sebutkan 'membungkusnya').
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin hadith dari Hafsah bt Sirin hadith dari Ummu 'Atiyah berkata: 'Menyanggul kami akan mayat (yakni, anak perempuan Nabi) dgn tiga sanggul.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebutkan bahawa jenazah perempuan itu dibuat tiga sanggul - tepi kanan, tepi kiri dan di depan atas dahinya.
Diriwayatkan hadith dari Hafsah bt Sirin hadith dari Ummi 'Atiyah (r.a) berkata telah bersabda Rasulallah (s.a.w) di dalam urusan memandikan jenazah anak perempuannya, (dimulakan) dari sebelah kanan jenazah, dan menyapu air ke anggota wudu'nya. [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Selain, memandikan jenazah/mayat itu dimulakan dari sebelah kananya, kemudian baru bahagian kirinya, disebutkan juga supaya disapukan air kpd anggota wudu' jenazah. Dan, dalam hadith berikut pula supaya jenazah/mayat yg sudah dimandikan itu diwangikan dgn wangi-wangian, terbaik minyak kesturi (misk).
Menceritakan hadith oleh Abu Daud dan Syababah berkata keduanya menceritakan hadith kpdnya oleh Syu'bah hadith dari Khulaid b Jaafar yg mendengar Aba Nadrah menceritakan hadith dari abi Said al-Khudri berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Lebih wanginya minyak wangi (adalah minyak) kesturi (misk).' [Hadith at-Termidzi, Kita Jenazah]
Hadith ini menyebutkan bahawa hendaklah disapukan minyak wangi ats jenazah/ mayat yg telah dimandikan, ketika hendak dikafankan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment