Sunday, April 3, 2011

Golongan yg Sesat dan Tersasar: Jika Tidak Berjema'ah

Assalamualaikum,
saudara, dalam membincangkan tajuk di atas itu, kita telah lihat, berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, empat golongan orang Islam yg sesat walaupun Islam itu. Dalam post sebelum ini, kita telahpun lihat sepotong hadith yg Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa, setelah ketiadaaan beliau, umat Islam akan berpecah menjadi 73 firqah atau golongan, kesemuanya akui diri mereka Islam, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tapi 72 drpd firqah atau golongan tersebut tidak mendapat syurga, tetapi terperosok ke dalam neraka di akhirat kelak. Satu golongan umat Islam yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ma ana 'alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa yg aku (Nabi) berjalan atasnya (yakni, jalan atau sunnahnya) dan apa yg para sahabatku berjalan diatas jalan itu (yakni, sunnah mereka). Ketetapan as-Sunnah ini adalah selaras dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr.
Saudara, dalam satu dimensi lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith berikut sesiapa yg tidak berjema'ah dalam menganuti dan mengamalkan syariat Islam juga sesat - sesat tidak mendapat syurga. [Nota: Sebenarnya hadith sebelum ini (dalam post sebelum ini dan hadith di bawah ini adalah dua permukaan wang syiling yg sama (yakni, 'two sides of the same coin', bak kata pepatah Inggeris, iaitu dua dimensi Islam dan syariatnya: 
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi
Kedua-dua hadith di atas itu saling lengkap melengkapi satu sama lain. Hadith pertama, dalam post sebelum ini, menyebutkan bahawa mereka yang mengikuti ketetapan as-Sunnah itu berjaya mendapat syurga. Golongan-golongan lain dikuatiri telah mencemarkan ibadah dan amalannya apabila timbul kelainan atau perbezaan bentuk-bentuk (yakni, jenis ibadah wajib dan sunat), cara (bagaimana ibadah atau amalan itu dikerjakan) dan kaedah (perlakuan dan bacaan khusus mengenai sesuatu ibadah atau amalan apabila) beribadah atau mengerjakan amalan. Panduannya dalam semua dimensi ibadah dan amalan adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (iaitu sunnah Abu Bakar as-Siddiq, Omar b Khattab, Othman b Affan dan Ali b Abu Thalib, radiallahu 'anhum dan para tabi'in, tabi'i kpd para tabi'in sehinggalah sampai kiamat dunia). Hadith kedua menyebutkan semua pengamal Islam, yakni orang Islam yang berpandukan as-Sunnah tersebut berada dalam satu jemaah Islam. Dengan itulah mereka digolongkan sebagai berjema'ah.
[Nota: 'Jemaah’ di sini bermaksud amalkan Islam secara berjema'. Jema'ah itu mempunyai kepimpinannya (Imam), ada rukyah (yg di pimpin), ada ikrar taat setia (bai'at), dan wujud sistem persaudaraan yg kental dalam sistemnya, iaitu Imam mentadbiruruskan jema'ah dgn mengilmukan mereka, memperingatkan mereka secara berkala supaya tidak lupakan tanggungjawab kpd Allah (a.w), dgn 'mendengar (sami'na) dan taat (wa-ato'na) sekuatmampu (mastato'na)' akan ketetapan jema'ah. Justeru itu, umat Islam yg menepati dua hadith tersebut dikitiraf sebagai ‘ahli as-Sunnah wal-Jamaah’, iaitu mereka beramal dan beribadat semata-mata berpandukan dua sumber ilmu dan panduan hidup iaitu al-Quran dan al-Hadith. Ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith ini adalah sejajar dengan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa umat Islam itu hendaklah Islam pegang Islam secara berjemaah dan tidak berpecah belah menubuhkan perkumpulan tertentu (Ayat 103, Surah ali-Imran)]

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment