Assalamualaikum,
Saudara, menyambung sedikit lagi tajuk di atas, kita lihat suatu doa yg amat penting. Dikalangan ulama' Indonesia disebut 'Doa sapu jagat' atau doa yg merangkumi kesemua hasrat yg tersurat dan tersirat dalam hati kita. Doa iuni diajarkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 201, Surah al-Baqarah yg berbunyi:
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-fil akhiratai hasanatan, wa-qina azabannar' (yg bermaksud: Ya Allah (a.w)! Aku memohon dari Engkau (Allah (a.w) kebaikan di dunia, dan (aku memohon kpd Engaku (Allah (a.w)) kebaikan di akhirat, dan (aku memohon kpd Engkau (Allah (a.w)) dijauhkan dari siksaan neraka.). Dan, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berdoa dgn doa ini dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdil Aziz hadith dari Anas (b Malik) (r.a) berkata: 'Adapun lebih banyak doa Nabi (s.a.w) itu (dgn ini doa): 'Allahumma rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-filakhirati hasanatan, wa-qina a'azabannar.' [Hadith Bukhari, Kitab Dakwat (Doa)]
Saudara, para ulama' muhadiithin menyebutkan bahawa dalam berdoa itu hendaklah jangan kita lupa membaca doa ini ketika hampir selesai berdoa (yakni, sebelum menyebut 'alhamdulillah.' dan selawat atas Nabi (s.a.w).' Oleh itu usahakanlah menghafal doa ini dan membacanya setiap kali kita berdoa. Doa itu menyebutkan yg amat utama pada kita iaitu mendapat kebaikan atau kesejahteraan ketika di dunia, dan kesejahteraan ketika di akhirat (selepas matinya kita) dan dijauhkan dari api neraka di akhirat kelak.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment