Assalamualaikum,
saudara, kita telah meneliti dua daripada lima syarat yg diwajibkan bagi pakaian wanita iman itu; iaitu: pertama, pakaian hendaklah menutupi kesemua tubuh wanita kecuali yg boleh dipelihatkan kpd orang-orang awam adalah muka, telapak tangan dan kulit belakang jari-jari-jari tangan; kedua, tidak ada sebarang perhiasan pada pakaian tersebut.
'Aurat' wanita itu lebih dari sekadar menutupi tubuh wanita itu dgn kain! Pakaian yg menutup aurat itu bermaksud buakan sahaja tertutup seluruh tubuh badannya (kecuali yg dibolehkan ternampak adalah bahagian muka, kedua telapak tangan dan cincin (i.e. kulit jari-jari tangannya). Dan, termasuk dalam konsep 'aurat' itu pakaian wanita itu tidak dihiasi oleh apa-apa yg menyebabkan lelaki suka melihat padanya. Jelasnya, pakaian wanita Islam itu hendaklah dapat 'menutupi' segala perhiasan asli tubuhbadannya (spt rambutnya, telinganya, lehernya, dadanya, perutnya, pehanya, dan betisnya dan, yg paling utama farjinya) dan tidak menampakkan perhiasan artificial yg dipakainya di tubuhnya (spt rantai leher, subang, gelang dan seumpamanya).
[Nota: Wanita Islam dilarang memakai gelang kaki]. Juga, kita telah tahu bahawa pakaian wanita Islam itu hendaklah labuh atau dilabuhkan sehingga sampai sehasta ke bawah pertengahan betisnya. [Nota: Pakaian lelaki Islam adalah labuhnya tidak melebihi paras kedua buku lali kakinya. Sebaik-baiknya hanya sampai pertengahan betisnya.]
Syarat ketiga, hendaklah pakaian wanita iman itu bukannya diperbuat dari kain yg nipis (yakni, boleh kelihatan apa yg disaluti oleh pakaian tersebut kerana lut pandang). Ini diperjelaskan oleh hadith berikut:

Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) bahawasanya Asmak bt Abi Bakar (Nota: adiknya) masuk atas Rasulallah (s.a.w) (yakni, masuk ke rumah Nabi) dan atasnya (yakni, pakaiannya) suatu pakaian yg nipis, maka berpaling Rasulallah (s.a.w) darinya (yakni, menoleh ke arah lain dari melihatnya) sambil bersabda: 'Wahai Asmak! Sesungguhnya perempuan yg ketika sudah sampai haidnya tidak baik bahawasanya dilihat akandia kecuali bahagian ini dan ini', dan memberi isyarat (Nabi) kpd wajahnya dan kedua telapak tangannya.' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian dikatakan oleh al-Bani hadith sahih]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa seorang wanita iman yg sudah baligh, yakni sudah datang haiditu, dilarang memakai pakaian yg nipis sehingga boleh kelhatan susuk badannya, terutama lehernya, dadanya, perutnya, pehanya dan betisnya dan sebagainya. Rasulallah (s.a.w) mengulangi bahawa yg dibolehkan ternampak adalah muka, kedua telapak tangan yg disaluti oleh kain yg nipis. Bahagian-bahagian lain tidak boleh. Maka dgn itu wanita iman ditegah memakai pakaian yg nipis. Pakaian yg nipis adalah berpakaian tetapi tetap telanjang kerana jelas dapat dilihat perhiasan asli serta perhiasan artificial wanita tersebut.
Kemudian, syarat keempat adalah jangan memakai pakaian (walaupun tebal) yg jelas menampakkan susuk badan wanita itu, terutama bahagian dada dan bahagian di bawah pusatnya yg jelas kelihatan apakala pakaian itu membalutinya. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Usamah b Zaid bahawasanya bapanya (i.e. Zaid) berkata: 'Memberi kpdku Rasulallah (s.a.w) (suatu pakian) kibti (satu jenama kain zaman itu) yg tebal dari apa-apa yg dihadiahkan padanya oleh Dihyah al-Kalbi, maka memakaikan aku (i.e. memberikan kain itu kpd) isteriku. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tidakkah engkau memakai kain Kubti (yg aku berikan)?' Berkata aku: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Memakaikan aku kain itu kpd isteriku.' Maka bersabda kpdku Rasulallah (s.a.w): 'Memerintahkanlah engkau supaya menjadikannya pakaian bawahan, sesungguhnya aku khuatir (aku) apabila menjelaskan (i.e. nampak jelas (pakaian itu) ukuran tulangnya (yakni, bentuk tubuh badannya).' [Hadith Imam Ahmad dalam Musnad]
Saudara, hadith ini memberitahu kita syarat keempat iaitu pakaian wanita itu janganlah dari kain yg tebal kerana walaupun kain itu tebal tidak (telus pandang) dapat dilihat tubuh wanita tetapi kerana is seumpama 'salut nangka atau cempedak' ketika dipakainya. Maka akan kelihatan jelas bentuk tubuh badannya dan perhiasan aslinya pula. Maka hendaklah dijadikan kain dalam dgn memakai suatu pakaian lain yg longgar di luarnya pula, supaya tidaklah nampak susuk badan wanita yg memakainya.
Insya Allah, kita akan teliti dalam post yg akan datang syarat kedelapan pula.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment