Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam post sebelum ini perintah Allah (a.w) menyentuh ketaatan kpd 'ulil amri' (atau, dalam realiti pelaksanaan firman Allah (a.w) itu dalam realiti dunia bersandarkan as-Sunnah, Imam atau Amir) pada Ayat 59, Surah an-Nisa'; taati Allah (a.w) dan taati Rasulallah (s.a.w) dan (taati ulil amri (=Imam atau Amir), tetapi jika terdapat perselisihan pendapat dan pandangan mengenai segala sesuatu dalam Islam, maka diwajibkan (Imam atau Amir) dan Jema'ah merujuk untuk keputusan muktamad kpd al-Quran dan as-Sunnah. Jelasnya, ketaatan terhadap Imam (atau Amir), yakni ulil amri itu terbtas - dibatasi oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti tiga potongan hadith dari Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah tentang kewajipan bagi jema'ah (umat) Islam mentaati Imam (atau Amir). Mentaati Imam (atau Amir) itu membuktikan kita mentaati Rasulallah (s.a.w) dan, kerana itu, mentaati Allah (a.w). Sebaliknya, jika jema'ah (umat) Islam itu ingkar atau tentang ketetapan Imam (atau Amir), maka kita secara otomatik ingkarkan Rasulallah (s.a.w), dan dengan sebab itu, kita (i.e. jema'ah (umat) Islam itu) ingkarkan atau tentang Allah (a.w). Justeru itu, kita wajib faham bahawa Imam (atau Amir) itu adalah suatu institusi kepimpinan yg amat penting. Perintah atau ketetapan atau ijtihad Imam (atau Amir) hanya boleh diketepikan dan jangan diikuti atau ditaati jika dia membuat sesuatu ketetapan yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan bertentangan dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Jelaslah, sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, kekuasaan Imam (atau Amir) yg memimpin jema'ah (umat) Islam itu tidak absolute. Yg absolute, yakni tak boleh tidak wajib dipatuhi dan ditaati, adalah perintah atau ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ini wajib kita fahami.
Saudara, secara implicit Ayat 59, Surah an-Nisa' itu memberitahu kita bahawa Imam (atau Amir) tiada kuasa mutlak memerintahkan jema'ah (umat) Islam sesuatu, sekiranya tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah yg menerima hadith dari Nafi' hadith dari Abdillah (b Omar (r.a)) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Mendengar dan mentaati (Imam atau Amir) adalah wajib atas setiap orang Islam di dalam apa-apa (perintah atau ketetapan) yg menyenangkannya (atau disukainya) dan (apa-apayg) dibencinya (atau tidak disukainya) selama (atau selagi) tidak diperintahkan (oleh Imam atau Amir) dgn sesuatu yg maksiat. Maka ketika diperintahkan dgn sesuatu yg maksiat, maka jangan didengari dan jangan ditaati (perintah atau ketetapan Imam atau Amir).' [Hadith Bukhari, Kitab Ahkam (HukumHakam)] [Nota: Hadith yg hampir-hampir sama juga diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dari Ibnu Omar (r.a)]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kita yg berada dalam jema'ah (umat) Islam supaya tidak mendengar perintah atau suruhan Imam (atau Amir) apabila dia (Imam) menyruh kita melakukan sesuatu yg bersifat maksiat, dan kita, kerana itu, disuruh jangan taati perintah atau suruhan Imam (atau Amir) apabila perintah tersebut adalah bersifat maksiat. [Nota: Hakikatnya Islam tidak menyuruh membuat sesuatu yg maksiat. Malahan Islam menyuruh umatnya berbuat baik (amal makruf) dan mencegah dari berbuat keburukan (nahi mungkar). malah sekiranya seseorang itu dilakukan sesuatu keburukan terhadap dirinya, dia tidak dibenarkan membalas kembali dgn sesuatu yg bersifat kejahatan. Maka dgn itulah Nabi (s.a.w) ketika diselubungkan dgn perut unta yg telah busuk ketika bersolat, tidak membalas atau menyuruh para sahabat membalas dgn keburukan pula terhadap pelaku kejahatan tersebut. Contoh: Kalaulah kita begitu dibenci dan dihadiahkan najis oleh seseorang, maka kita membalasnya dgn memberi susu kpdnya. Begitulah mulianya Islam dan syariatnya.]
Saudara, apa dia yg dikatakan 'maksiat' itu? Dalam Islam maksiat itu bermaksud segala sesuatu yg ditegah oleh Islam, yakni perkara-perkara yg bersifat mungkar. Contohnya: Kalaulah Allah (a.w) perintahkan kita umat Islam supaya membentuk jema'ah kerana itu adalah syiar Islam, dan tnpa berjema'ah kita tak dapat syurga, tapi kepimpinan perintahkan kita supaya jangan berjema'ah, maka itu adalah perintah maksiat. Kalaulah Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa 'bid'ah' itu adalah kesesatan, mengamalkannya kita tersesat, dan masuk neraka, tapi kita disuruh amalkan sesuatu yg bid'ah, maka itu adalah perintah yg maksiat. Kalaulah kita diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sampaikan sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith (yakni, ilmu yg kita dapati) kpd orang Islam yg lain, dan ada arahan pihak berkuasa menyuruh kita dapatkan tauliah dulu baru boleh sampaikan ilmu, maka itu adalah perintah yg maksiat, kerana al-Quran dan as-Sunnah perintahkan kita yg ada ilmu sampaikan ilmu dan jangan sembunyikan ilmu. Lagipun, kalau kita ada ilmu, kita tak sampaikan apabila ada peluang atau kita pendamkan ilmu selagi kita tak diberi upahan kerana menyampaikannya, maka kita mendapat dosa yg besar, malah tidak mencium bau syurga, walhal bau syurga itu dapat dihidu apabila kita berada 40 tahun dari jarak perjalanan ke syurga itu!] Insya Allah dalam post akan datang kita berikan contoh perintah maksiat mengikut satu hadith.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment