Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang buku ini, khususnya Bab 4: Political Theory yg menyebut tentang aplikasinya kpd Islam. Kita telah teliti pandangan al-Mawardi, mengikut persepsi pengerangnya. Kita lihat pula pendapat al-Ghazali dan al-Farabi, mengikut persepsi pengarangnya.al-Ghazali menyebut tentang tiga jawatan, iaitu Sultan, Khalifah dan Imam.Sultan memiliki kuasa mutlak yg dijalankan oleh Khalifah dalam konteks pemerintahan ummah, manakala Imam hanyalah bertanggungwab tentang perkara keugaan, atau syriat Islam. al-Ghazali, walaupun bersetuju bahawa Imam sewajarnya dari ketuturan Quraisy, beliau bersetuju juga dilantik dari keturunan Abbasiyah. Ada tiga alternatif dalam pemilihan Khalifah, pertama, adalah melalui pilihan jema'ah; kedua, dilantik oleh Rasulallah (s.a.w); ketiga, dilantik oleh Sultan yg berkuasa dalam sesuatu wilayah Islam itu. Dan sistem bai'at (ikrar janji) antara Khalifah dgn jema'ah. Justeru itu ada berbezaan peranan: Khalifah melaksanakan pemerintahan, manakal Sultan mempunyai kuasa mutlak dan Imam mentabdiruruskan perkara keugamaan, yakni Islam dan syariatnya.
al-Farabi pula menyebut tentang kemutlakan syariat Islam dalam sesebuah negara dan jema'ah Islam, maka dgn itu Imam adalah pemerintah jema'ah umat Islam.
ibnu Khaldun mengutarakan konsep Asabiyah menyentuh tentang hubung kait kekeluargaan dalam pemerintahan. ibnu Khaldun menyebut tentang proses naik turunnya sesuatu famili dalam memerintah jema'ah Islam dan wujudnya pertukaran apabila famili yg sebelumnya runtuh, maka satu asabiyah yg baru akan mengambil tempat famili yg terdahulu, dan proses ini berterusan sehinggalah asabiyah yg baru itu reput pula dan tumbang. Justeru itu, keluarga pemerintahan salin bertukar ganti dalam sistem pemerintahan yg disebutkan oleh ibnu Khaldun itu.
Pemikiran tentang pemerintahan dan kerajaan semasa di kalangan pemikir Islam bermula dgn pendapat al-Mawardi, Sayyid Qutb, dan Ali Syari'ati.
Menurut Syed Qutb kerajaan islam adalah berdasarkan tauhid,maka dgn itu setiap kerajaan Islam adalah bertunjangkan syariat islam dalam al-Quran dan as-Sunnah dan musyawarah adalah salah satu ciri utama kerajaan Islam.
Ali Syaria'ti juga mengasaskan kerajaan Islam atas dasar tauhid.Dalam islam permusyawarahan dan ijtihad adalah penting dalam penentuan sesuatu keputusan selain syariat. Pemilihan kepimpinn adalah melalu pemilihan dan pengundian.
dapat kita ruuskan bahawa kebanyakan pemikir Islam tentang kerajaan dan pemerintahan terutama perlantikan dan pemilihan pemimpin adalah bersandarkan realiti amalan masyarakat kelompok umat Islam zaman mereka yg diberi rasionalisasi bersandarkan ketetapan syariat Islam. Mereka tidak menjadikan asas penelitian mereka kpd al-Quran dan as-Sunnah, tetapi melihatnya dalam realiti zamannya, untuk mencari prinsip-prinsip kerajaan yg boleh dijadikan model dalam pemerintahan Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment