Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun lihat tiga hadith sahih yg menyebutkan bahawa sesiapa yg menagamalkan sesuatu amalan yg bid'ah, tidak diterima Allah (a.w) amalannya atau amalannya itu ditolak Allah (a.w). Bid'ah adalah sesuatu yg merosakkan aqidah kita tentang Islam. kerana ugama Iislam itu adalah ugama ciptaan Allah (a.w), yg mewajibkan manusia anuti sebagai membuktikan mereka itu patuh dgn ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat: bahawa jinn dan manusia dijadikan Allah (a.w) semata-mata dgn tujuan yg satu iaitu mengabdikan diri (yakni, menyembah dan mengerjakan amalan dan ibadah, mentaati semua ketetapan Allah (a.w) (dan semua ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah). Juga, Islam dan syariatnya telahpun disempurnakan sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan spt yg difirmankan oleh Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah. Ayat itu menyebutkan bahawa pada hari itu (hari turunnya ayat itu) Islam dan syariatnya telah disempurnakan, dan Allah (a.w) telah rida supaya Islam itu adalah ugama untuk manusia sejagat - semua bangsa dan semua zaman. Maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) mengulangi ketetapan mengenai kesempurnaan syariat Islam itu dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak (i.e. masuk neraka); Barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam), maka (aku mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa syariat Islam atau ugama Islam itu telah sempurna seumpama warna putih. Jika kita lihat kpdnya pasti putih sama ada siang ataupun malam. Maksudnya Islam itu sama sahaja tak kira bilakah kita amalkannya - sekarang maupun 1,000 tahun akan datang. Tugas Rasulallah (s.a.w) sudah selesai. Allah (a.w) tidak memerlukan lagi seorang rasul ataupun nabi untuk membawa kpd manusia ugamaNya. Semuanya sudahpun sempurna. Yg diperlukan oleh manusia hanyalah pegang Islam dan syariatnya sebagai pletfom bagi manusia mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) sejajar dgn Ayat 56, Surah az-Zariat itu. Maka dgn itu tiada siapapun berhak untuk mengubah atau meminda atau menukar ataupun menambah dan mengurangkan segala sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Oleh itu sesiapa yg membuat pembaharuan dalam Islam (=bid'ah) telah melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Maka pastilah dia itu melakukan suatu dosa yg amat besar. Maka dgn itu dalam sepotong hadith orang sedemikian dikira sudah syirik kerana menolak ketetapan Allah (a.w) seolah-olah ada kuasa ketuhanan lain yg memberikan mereka lesen untuk mengubah perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Dalam suatu hadith lain pula disebutkan bahawa orang yg membuat, mengamal dan menyebarkan bid'ah terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari. Jelaslah seseorang yg terlibat dalam bid'ah tersasar dan sesat, beramal tetapi tidak dapat syurga, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi atau tidak mahu mematuhi atau akur dengan perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam dalam hadith di tas itu supaya taat dan jangan bantah Rasulallah (s.a.w). Dan, dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kalau kita terlibat dgn bid'ah, maka kafir kita tanpa kita sedari.
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Oleh itu berwaspadalah. Janganlah kita, setelah tahu, kekal berpegang kpd pandangan majoriti tentang bid'ah ini. Bahaya bagi kebajikan kita di akhirat kelak. Ketetapan dalam hadith di atas itu adalah ketetapan yg pasti.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment