Friday, April 8, 2011

Pahala Menjenguk Saudara Sesama Islam dan Iman

Assalamualaikum,
saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa seorang iman dgn orang iman yg lain adalah bersaudara, maka hendaklah berbaik-baik antara satu sama lain. Jelasnya orang Islam itu tidak wajar bermusuh-musuhan. Dalam firman yg lain Allah (a.w) menyebut apakah kita yg Islam dan iman mahu memakan daging saudaranya yg Islam yg telah mati? 
Saudara, dalam post yg lau kita telah beritahu ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa antara kita dgn seorang Islam yg lain ada haq-hak tertentu, antaranya memberi salam ketika bertemu dan menjawab salam orang yg mengucapkan salam kpd kita; ketika sakit saudara sesama Islam hendaklah dijenguk atau diziarahi; ketika mati ditemani jenazahnya ke kubur (dan kerana itu kita diberi pahala satu kirat (= sebesar gunung Uhud); dan apabila terbersin mereka kita doakan pula jika yg bersin itu menyebut kalimah 'Alhamdulillah' (kita jawab 'Yarhamkumullah, ba lakum'). Dalam hadith berikut disebutkan satu dimensi lagi pahala menjenguk saudara kita yg Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Abi Laila hadith dari Ali (r.a) yg berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg datang kpd saudaranya yg sama Islam menjenguk (atau menziarahinya) (maka dia seumpama) berjalan di taman-taman syurga sehingga duduk dia (di rumah saudara yg diziarahinya); maka ketika duduk dia (maka) menutupi (atau menyelubungi atasnya) kerahmatan Allah (a.w). Maka jika berpagi dia (menziarahi saudaranya itu) mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 para malaikat sehingga petang hari; dan jika ada dia (menziarahi saudaranya itu) ketika petang, maka mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 malaikat hingga pagi esoknya.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Janaiz]
Saudara, demikianlah banyak kefadhalan bagi seseorang iman itu dalam melakukan suatu amal soleh yg mudah, iaitu menjenguk atau menziarahi saudaranya yg Islam (ketika hidup mahupun ketika berlaku kematiannya). Kalau menjenguk dia ketika sakit tenat, dan kemudian mati saudaranya itu, disolatnya, maka Allah (a.w) berikan satu kirat pahala (Nota: satu kirat pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah satu banjaran gunung di Mekah yg panjangnya adalah 7.5 kM. Jika menemani jenazahnya ke kubur diberi pula satu kirat lagi pahala). Menziarahi saudara sesama Islam itu mendapat kerahmatan Allah (a.w). Demikianlah utamanya hubungan keakraban dan persaudaraan dalam Islam itu.
Saudara, Islam itu menggalakkan umatnya sentiasalah mengutamakan persahabatan dan mengeratkan silatur rahim sesama kita. Maka dgn itu betapa banyak keuntungn akhirat yg kita dapati semata-mata menjenguk atau menziarahi saudara kita. Seramai 70,000 malaikat mendoakan kesejahteraan kpd kita. Fikirkanlah. Malaikat itu adalah makhluk yg amat taatkan Allah (a.w). Malaikat tidak ada dosa dan tidak sedikitpun membantah perintah dan suruhan Allah (a.w). Mereka sentiasalah mengerjakan ibadah kpd Allah (a.w). Mereka rapat dgn Allah (a.w). Dan, doa malaikat itu sentiasalah dikabulkan oleh Allah (a.w). Di dalam hadith lain disebutkan bahawa apabila kita menerima kunjungan tetamu dari kalangan orang iman, dia membawa kebaikan pada kita, dan ketika kembali mereka meninggalkan kita, dia membawa pulang dosa-dosa kita pula. Maka semakin kuranglah dosa-dosa kita, semakin ramai yg menjenguk kita. Apatah lagi kalau orang yg menjenguk itu kerana menyampaikan perintah Allah (a.w) dan RasulNya, iaitu mengajarkan ilmu yg haq!
Sebaliknya, rugilah orang yg menyombong diri, tidak suka dia rakan taulannya datang ke rumah menziarahinya kononnya menyusahkannya. Orang yg iman itu sentiasalah dia berharap agar saudaranya yg Islam datang menjenguknya sekali sekala, dan dia juga suka menziarahi rakan taulannya pula. Sama-sama memikirkan kebajikan satu sama lain.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, masya'allah Allah yg Maha Kaya dan Maha Pemurah. Itulah yg kita akan dapat kalau kita tahu ilmunya. Malangnya tak ramai yg mengaku Islam tahu perkara2 saperti ini.

    ReplyDelete