Tuesday, April 5, 2011

Orang yg Dimurkai Allah (a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat seotong hadith yg menyebutkan bahawa orang yg dimurkai oleh Allah (a.w) itu, siapa! Mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan mereka. Kerana, orang yg Allah (a.w) muka pastilah masuk neraka ...
Dalam hadith berikut pula, kita tengok sepotong hadith lain juga menyebutkan tentang orang yg dimurkai oleh Allah (a.w):
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yg keras hatinya(i.e tidak mahu mendengar nasihat tentang ugama dan tidak mahu mengerjakan amal dan ibadah yg disyaratkan sebagai orang Islam) lagi sombong (i.e. berbangga dgn dirinya, darjatnya, keturunannya, kedudukan sosialnya, kepintaran berhujjah, kebijaksanaan bergaul dgn orang yg berkuasa dan segala sesuatu sifat yg menyebabkan seseorang itu merasa yg dia lebih baik dari orang lain), (iaitu) orang yg merasa senang di kalangan orang ramai (i.e. mendapat sanjungan dan disanjung dan dipuji dan diangkat sebagai ornag yg memiliki kebolehan dan keistimewaan) dan suka bertengkar di pasar (i.e. suka berdebat dgn orang walaupun tiada asas ilmu yg dia ingin menegakkan hujjah dan pandangannya); (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tidak mahu bangun malam untuk beramal dan bersolat malam pada sebahagian malam) dan seperti kaldai di siang hari (kerana, fikirkan hal nak makan, yakni mencari sebanyak mungkin wang ringgit dan kemewahan dunia).(Orang yg) Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) ilmu akhirat.' [Hadith ibnu Hibban]
Saudara, mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan orang yg digelar oleh Rasulallah (sa.w) sebagai 'bangkai diwaktu malam' dan 'kaldai di waktu siang'! Orang yg menepati bidalan Rasulallah (s.a.w) pastilah orang yg dimurkai Allah (a.w). Tambahan pula orang-orang sedemikian itu juga adalah orang-orang yg keras hatinya, sombong, takbur, membesar diri dan segala sifat-sifat mazmumah yg dibenci oleh Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) dan orang iman selainnya.
[Nota: 'Bangkai', sebagaimana mayat, malah lebih hina dari mayat, kerana bangkai merujuk kpd haiwan yg sudah mati! Tidur membujur, tidak bergerak, tidak akan bergerak, kalau digerakkan, paling kurang ketika tidur bak kata orang 'tidur mati'. Orang Iaman itu pasti dia sedar betapa kurangnya amalan dan ibadahnya untuk mengimbangi nikmat yg diterimanya dari Allah (a.w), maka dia akan mencuba untuk memperbanyakkan amal dan ibadah ketika malam kerana perbuatan itu disuruh Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah). Jangan jadi bangkai, tak mau menambah amalan dan ibadah yg sunat-sunat sebagai mensyukuri nikmat Allah (a.w). Jangan jadi 'kaldai' kerana dalam banyak haiwan peliharaan itu, kaldailah yg banyak makan, celik mata akan makan. Orang yg menghabiskan masanya ketika siang hari mencari maisya yg tak penat lelah tanpa rehat, dan tidak pula berrehat sejenak untuk memikirkan tentang Allah (a.w) dan nikmat kurniaanNya dan menambah kpd amalan wajib siang hari dgn amalan sunat pula (spt sekurang-kurangnya 4 rakaat Solat Duha), samalah spt kaldai yg dibidalan itu!]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment