Tuesday, April 26, 2011

Berdoa: Adabnya

Assalamualaikum,
saudara orang Islam itu disuruh sering berdoa. dan, berdoalah untuk memohon sesuatu kurniaan yg kita inginkan untuk kita dan untuk siapa saja yg kita doakan. Doa adalah senjata orang iman. Doa adalah satu bentuk ibadah kpd Allah (a.w). Doa adalah senjata orang iman. Doa sajalah yg boleh mengubah qadar yg telahpun trtulis bagi kita semasa hidup di dunia.
Dalam pada itu, kita diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kaedah serta adab-dab berdoa itu. dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bebera[a perkara, termasuklah kaedah dan cara atau adab berdoa.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: '(Pertama) Janagnlah kamu meneliti (yakni, mengintai atau melihat-lihat) pagar rumah orang lain; (kedua) janganlah melihat kitab catatan saudara sesama Islam (yakni, catuitan pribadinya) tanpa izinnya terlebih dahulu, maka sesungguhnya akan melihat dia neraka (yakni, matanya dibakar dalam neraka); (ketiga) mintalah kpd Allah (a.w) (ketika berdoa) dgn perut telapak tanganmu, dan janganlah minta dgn belakang tangannya (yakni, menelangkupkan telapak tangan kita ketika berdoa); (dan, keempat) setelah selesai berdoa, maka usaplah (atau sapulah) dgn kedua-dua telapak tangan (kamu) ke muka (atau wajah) kamu.' [[Hadith Abu Daud, Kita Solat]
Saudara, umat islam itu ditegah mengintip atau meninjau pintu pagar rumah saudaranya, apatah lagi mengintai melihat ke dalam rumah orang lain. maka dgn itulah Islam menyuruh umatnya jangan mencari dan jangan menghebah-hebahkan keburukan atau keaiban orang lain. Kerana bila kita melihat ke dalam rumah orang lai kita akan ketahui apa yg berlaku di dalamnya. Islam juga melarang kita membaca catitatan pribadi orang lain (spt buku catatan hariannya, fail-fail sulitnya, atau hpnya yg mengandungi pelbagai catatan)/ Islam menegah ketika berdoa menelangkupkan kedua tangan kita. Dalam perkara ini mungkin saudra sering melihat imam yg berdoa dan makmum yg mengaminkan doa imam dalam majlis doa spt Tahlil Arwah dan sebagainya, akan menelangkupkan kedua telapak tangan mereka ketika mendoakan supaya dijauhi dari pelbagai perkara yg tidak kita ingini atau yg kta minta jauhi, dgn menelangkupkan telapak tangan. Ini jelaslah bertentangan dgn kaedah berdoa, spt yg disebutkan dalam hadith ini. Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula ketika selesai berdoa, maka sapulah muka kita dgn kedua telapak tangan kita. Sekarang kita tahu cara dan kaedah berdoa, dan kita juga tahu mengapa selepas berdoa kita menyapu atau mengusap muka kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment