Friday, April 8, 2011

Hikmah: Kematian Anak Ketika Masih Kecil

Assalamualaikum,
Saudara, ada dikalangan kita yg Islam mengalami pahit getir serta kesedihan dan kepiluan kerana kematian anak ketika dilahirkan atau ketika masih kecil dan belum baligh. Ia merupakan suatu troma bagi kedua ibu dan bapa, terutama, bagi mereka yg begitu mengharapkan mendapat zuriat terutama jika sukar bagi mereka mendapatnya. Di dalam Islam, segala sesuatu malapetaka itu ada hikmah dan kebaikan asalkan mereka yg menghadapinya tetap bersabar. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Imran b Nafi' hadith dari Hafas b 'Ubaidillah hadith dari Anas bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya) masuk dia ke dalam syurga.' Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia: 'Atau, adakah dua?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Atau dua!'. Berkata seorang perempuan: 'Semoga mengharap aku, maka berkata aku: 'Atau satu (yakni, seorang)!' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg kehilangan tiga orang anak kandungnya kerana meningal ketika kecil, maka, jika rida dia dan tidak meratus dia dalam kesedihaan atau kepiluan yg melampau, maka dia (kedua ibu bapa anak-anak tersebut) diberi ganjaran syurga. Begitu juga kalau meninggal dua orang anaknya. Dalam kes seorang ibu bapa yg meninggal seorang anaknya tidak disebutkan dalam hadith di atas itu, tetapi dalam hadith lain disebutkan kalau meninggal seorangpun dapat syurga.
Diriwayatkan hadith dari al-'Awam b Hausabin hadith dari Abi Muhammad, iaitu hamba merdeka kpd Omar b Khattab (r.a) hadith dari Abi 'Ubadah hadith dari Abdullah yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):' Barangsiapa yg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal lebih dahulu dari ibubapanya) belum sampai baligh (umur anak-anak tersebut), ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yg mendindingi (kedua-dua ibubapanya) dari neraka.' Maka berkata Abu Zarr: 'Telah mendahului akandaku dua (orang anakku)!' Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun dua.' Maka berkata Ubai b Kaab, seorang ahli (pembaca) al-Quran: 'Telah mendahului akandaku seorang (anakku).' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalaupun satu.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith yg kedua ini lebih jelas dari hadith yg pertama itu, Namun mesej yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah tetap sama, iaitu, sepasangan ibubapa yg seorang atau dua orang atau tiga orang anak mereka meninggal ketika belum sampai umur baligh, mereka (yakni, anak-anak itu) jadi pendinding dari kedua ibubapanya dari api neraka di akhirat kelak. Maksudnya, kedua ibubapanya yg rida dgn kematian anak-anaknya akan mendapat balasan syurga. Diperjelaskan dalam hadith-hadith lain bahawa kanak-kanak yg belum baligh itu suci dari dosa, maka mereka secara otomatis masuk syurga. Jikapun kedua ibubapanya tak berjaya mendapat syurga, namun ketika diperintah oleh Allah (a.w) supaya mereka masuk syurga, mereka enggan selagi Allah (a.w) tidak perkenankan kedua ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama mereka. 
Menceritakan hadith oleh Muhammad b Ismail b Ibrahim b 'Ulaiyah dan Abdul Rahman b Muhammad, berkata kedua-duanya: 'Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith dari 'Auf hadith dari Muhammad hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati diantara kedua-duanya (yakni, mati sebelum mereka) tiga orang beberapa anak mereka (yg) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah (a.w) ke dalam syurga dgn kelebihan kerahmatan Allah (a.w) pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga.' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dikatakan kpd mereka masuklah kamu ke syurga.' Maka berkata mereka (i.e. anak): 'Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua-dua ibubapa kami (bersama-sama kami).' Maka berfirman Allah (a.w): 'masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini lebih jelas lagi menyebutkan bahawa anak-anak kedua-dua ibubapa itu 'protes' tak mau masuk syurga sehingga kedua ibubapa mereka bersama-sama mereka masuk syurga. Atas kerahmatan Allah (a.w), maka Allah (a.w) perkenankan permintaan anak-anak tersebut. Jelaslah, betapa untungnya ibubapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil itu.

Jazakallahu khairah

49 comments:

  1. Askm, "betapa untungnya ibu-bapa yg mengalami kematian anak-anak mereka ketika masih kecil itu". Tak lojik kan ? tapi jika kita redha atas pemergian mereka, maka beruntunglah kita ( ibu-bapa ). Berapa ramaikah yg paham kalau tidak ngaji Quran & Hadith atas perkara sedemikian? RUGI!!!!

    ReplyDelete
  2. a'kum.. sebagai seorang ibu yg baru kehilangan ank dlm kandungan mmg agak perit untuk menerimanya. namum hidup perlu diteruskan.. terima kasih kerana menulis artikel ini, izinkan saya berkongsi dgn rakan2 lain yang senasib dgn saya.. semoga Allah memurahkan rezeki anda, insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. salam,,,sy telah mglmi pemergian anak semasa usia 5 bulan...wpun perit nmun saya dan suami redha krn anak2 kami gembira di sana,,,,

    ReplyDelete
  4. Saya juga baru kehilangan anak kembar 10.4.2013 selepas dilahirkan kerana pra matang. Ketika itu mereka 6 bulan lebih. Perit tapi ini ketentuannya. Saya berdoa harap anak anak saya gembira disana. Amin

    ReplyDelete
  5. Saya juga kehilangan anak pada 6 Mac 2013 pada usia 7 bulan..Semoga rindu kita sampai ke syurga dan semoga perpisahan in hanya dii dunia tapi tidak di akhirat...insya'Allah..

    ReplyDelete
  6. Walaupun perit kehilangan anak yg dikandung selama sembilan bulan, tetapi saya rasa amat bertuah & bersyukur kepada Allah swt kerana terpilih untuk mengandung & melahirkan seorang ahli syurga yg sempurna sifatnya walaupun telah tidak bernyawa lagi semasa dilahirkan pada 13/6/13 yg lalu..kami redha dgn pemergian bidadari syurga kami yg amat kami kasihi....ameen..

    ReplyDelete
  7. terima kasih diatas perkongsian ini..
    alhamdulillah kita insan yang allah pilih untuk diuji. kadangkala mengalir airmata bukan kerana kita tak redha namun kita rindukan dia. anak kita dah berbahagia dialam sana. semoga kita mendapat shafaat sianak tadi. semoga kita dikurniakan cahaya mata lagi . ada hikmah disebalik kejadian. segala2 milik allah.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini..pada 19/9/2013 pd malam jumaat sy tlah melahirkan ttp ank sy tlah meninggal sebaik dilahirkan..mmg sedih krana itu ank prtama sy dan kami sngt berharap kpdnya.tp alhamdulilah sy dan suami redha dan yakin pasti akn Allah sediakan ganjaran yg lebih besar kpd kami...inshaAllah

    ReplyDelete
  9. Terima ksh di atas pkongsian ini.. ank sy siti sumayyah brshj meninggal pd 16.11.2013.. semoga anak ummi tenang di sana di samping penciptaNya... amin..

    ReplyDelete
  10. TERIMA KASIH di atas perkongsian ini....
    sy juga redha atas pemergiaan ank yg sy kasihi,. dan berasa syukur dapat melahirkan ahli syurga.. semoga Muhammad Danial Iskandar bahagia disana besama Maha Pencipta dan Kekasihnya..amin..

    ReplyDelete
  11. Puteri sulung juga anak tunggal sy & suami tlh pergi djemput Illahi pd 30.03.2014.....pd usianya 1thn 4bln...

    anak yg sht & ceria...tibe2 shj djemput Illahi ketika sy sdar dr tdo pd pagi 30.03.2014...

    mmg berat ujian ini..tp sy redha...cume sy xmampu mengawal kerinduan di hati ini..krn dia pergi di waktu usia anak yg sudah mula pndai bckp, bgurau, bijak, murah senyuman, pandai mengambil hati, mdgr kata, manja...
    Ya Allah......:'(



    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah puan. Kuatkan semangat ya. Insyaallah bertemu kembali.

      Delete
  12. Semoga ibu2 dan bapa2 yang kehilangan anak tersayang ini diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian Allah........ adik saya baru saja diuji dengan kehilangan anak yg dikandung 9 bulan setelah lemas sewaktu dilahirkan dan kesedihan yg saya tanggung sebagai ibu saudara sudah cukup berat saya rasakan apatah lagi ibu kandungnya....... Allahu Akbar...... sabarlah wahai ibu2 penghuni syurga........ bergembiralah zuriatmu di pilih Allah untuk menghiasi syurganya.......

    ReplyDelete
  13. Salam...sya dan isteri sya,baru kehilangan anak masa kelahiran pada 17/6/14...kami rehda atas permegian anak kami...walaupn kami sedih ,kami harap akan berjumpa dia di sana kelak...aminnnn.....

    ReplyDelete
  14. kita adalah ibubapa yg terpilih oleh Allah swt.
    semoga kita tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini. hanya org yg mengalami ujian ini akan faham perasaan kita, insyaAllah kita akan bersua jua dengan buah hati kita di Syurga..
    Alhamdulillah dan Terima kasih Allah swt kerana pinjamkan saya anak yg sihat sempurna, cerdik, bijak dan sangat comel...Alfatihah buat anak Ibu NUR AFIFAH AZ ZAHRAA dan taklupa juga buat semua anak-anak kecil...ZAHRAA pergi jua kepada pencipta ketika usia 3 Tahun 5 Bulan pd 17/7/2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435h....

    ReplyDelete
  15. Salam mama2 dan ibu2 hebat yang telah mengandung, melahir dan membesarkan wildan2 syurga..sama spt sy jugak, puteri sulung sy baru shj dijemput Illahi pd 07/08/2014 bersamaan 11 Syawal lepas pd usia baru shj genap 7 bulan.Puteri sy juga baby yg sgt bijak dan comel..sentiasa tersenyum pd sume org yg dukung die..puteri sy sihat walafiat..namun Allah swt lebih menyayanginya dr kami suami isteri, dijemput puteri sy ke sisiNya..sy bersyukur sgt2 krn telah menjadi mama yg terbaik utk puteri sy NUR ARISSA SOFIA..sungguhpun 7 bulan itu sekejap..tp kenangan bersama xkn sy lupa hgga akhir hayat..hari demi hari sy semakin kuat dn tabah dgn ikhlas atas ujian ini..krn percaya hny insan2 istimewa shj yg Allah uji dgn ujian yg cukup hebat ini...cume kdg2 bile rindu bertandang, air hangat akn mengalir di pipi...moga kita akn bertemu di syurga Arissaku syg...moga mama istiqamah dansentiasa menambahkn iman dn taqwa pd Allah swt.

    ReplyDelete
  16. ku rindu anak ku danish muhammad ukasyah berusia 2bulan
    telah pergi pada 10.8.2014

    memang perit utk mama trima adik adalah anak bongsu mama dan abah
    tapi mama redha kepergian adik..
    allah lebih sayang kan adik..
    mama bersyukur allah pinjamkan adik utk mama dan abah hanya seketika..

    semoga allah pertemu kan kita di syurga nanti ye dik..

    ReplyDelete
  17. ku mohon al fatihah utk anak ku danish muhammad ukasyah

    dan kusedekah kan al fatihah utk anak ku dan semua anak korang yang telah ke syurga sama..

    insyallah kita ibu bapa pada anak kita akan bertemu di syurga dengam izin allah..
    amin amin amin

    ReplyDelete
  18. Hari ni 10.9.2014 genap anak ku danish muhammad ukasyah 30hari. .
    Bagaikan semalam aku kehilangan anak bongsuku yang paling ku sayang..
    Adik mama rindu adik..
    Mama sayang adik..
    Mama cinta adik..
    Semoga adik dan mama abah bertemu di syurga.
    Kita mungkin berpisah di dunia..
    Insyallah segala rindu mama pada adik akan berakhir bila allah pertemukan kita di syurga nanti..

    Ya allah pertemukan lah
    Aku dan anak ku danish muhammad ukasyah bin siti zurina di syurgamu nanti ya allah.

    ReplyDelete
  19. Salam semua. Puteri bongsu saya Nur Qistina Aleya Bt Ahmadzamani telah pergi pada 1 Muharram 1436 (24/10/14) pada usia 6 tahun. Saya redha tetapi rindu tetap ada dalam sanubari. Tunggu Mama dan Ayah di Syurga ye Qis. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  20. Puteri saya umur 5 tahun dijemput Ilahi 2 nov 2014 setelah setahun derita leukimia.
    Ibu rindu adik.
    Ya Allah...

    ReplyDelete
  21. Salam tuan
    Apakah taraf hadis hadis yg dinyatakan didalam artikel di atas ?
    Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  22. Sy kehilangan ank lelaki sy berumur 9 thn dan ank perempuan sy berumur 6 thn pd syawal thn lps akibat kemalangan yg melibatkn kami sekeluarga.sy memandikan dn mengkafankan buah hati sy sndiri.pengalaman yg xdpt dilupakan seumur hidup sy.semoga rindu kt pd ank2 syurga direkodkan sbgai ibadah

    ReplyDelete
  23. Sy kehilangan ank lelaki sy berumur 9 thn dan ank perempuan sy berumur 6 thn pd syawal thn lps akibat kemalangan yg melibatkn kami sekeluarga.sy memandikan dn mengkafankan buah hati sy sndiri.pengalaman yg xdpt dilupakan seumur hidup sy.semoga rindu kt pd ank2 syurga direkodkan sbgai ibadah

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian anda semua...boleh kah kiranya.ada menerima saya sbgai rakan dn mmberi kata semangat utk saya..boleh kah hubungi.saya dlam.email.saya acumieda@yahoo.com

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian anda semua...boleh kah kiranya.ada menerima saya sbgai rakan dn mmberi kata semangat utk saya..boleh kah hubungi.saya dlam.email.saya acumieda@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.. genap seminggu kehilangan putra sulung kami muhd arif rifqi bin hasnor pada usia 3 tahun. Menderita leukemia selama 10 bln.. memaninya chemo dari awal hingga akhir disaat saya mengandungkan adiknya. Anak syurgaku meninggalkanku di pangkuan dgn tenang sekali..memberi laluan kepada adiknya yg berusia 5 bln untuk menggantikannya.. damailah sayang di sana.. semoga Allah jidohkan kita lagi di akhirat kelak.. amin..

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Kehilangan...bidadari syurga " Ainul Mardhiah " 4/11/2015....
    Semoga dirimu tenang..qurratun ain ummi n abi. ...di taman firdausi.
    - Group WhatsApp "Wildan2 Syurga"- 0194575925 perkongsian bersama....utk ummi n abi yg terpilih......

    ReplyDelete
  29. Kehilangan...bidadari syurga " Ainul Mardhiah " 4/11/2015....
    Semoga dirimu tenang..qurratun ain ummi n abi. ...di taman firdausi.
    - Group WhatsApp "Wildan2 Syurga"- 0194575925 perkongsian bersama....utk ummi n abi yg terpilih......

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Salam untuk semua.saya juga baru kehilangan baby boy pada 02/12/2015 .sedihnya hati ini bila terkenangkan bayiku yang ku kandung slama 38minggu telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya.namun,aku bersyukur kepada allah swt kerana meminjamkan aku anak syurga yang cukup sempurna dan comel.doaku untuk anakku muhammad akhtar,tenanglah di sana sayang.mama tau anak mama tengah berbahagia di taman-taman syurga.mama sentiasa rindukan kamu sayang.jagakan puteraku di sana ya allah.tunggu mama dan papa di sana ya sayang?we always love u n miss u!!kepada semua ibubapa yang kehilangan anak tersayang,semoga kita terus tabah menghadapi semua dugaan allah swt yang cukup besar ini.pasti ada hikmah di sebaliknya.kerna janji allah itu pasti.bersangka baik dengan allah.insyaallah kita pasti akan diberikan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya..aminn.. :")

    ReplyDelete
  32. Saya juga kehilangan Ainul Mardhiah saya pd 26hb nov 2015 selepas 2 hari dilahirkan....bayi yg sgt comel sesuai tmpatnya di taman syurga....ummi redha dan bsyukur atas kurniaan Allah wpun hanya seketika cuma...

    ReplyDelete
  33. Saya juga kehilangan Ainul Mardhiah saya pd 26hb nov 2015 selepas 2 hari dilahirkan....bayi yg sgt comel sesuai tmpatnya di taman syurga....ummi redha dan bsyukur atas kurniaan Allah wpun hanya seketika cuma...

    ReplyDelete
  34. Terima kasih blog iji sikit sebanyak mententeramkan saya.Saya juga baru kehilangan anak bongsu saya yang bernama syafiq haris pada 11-3-2016..saya tidak sangka kehadirannya hanya sebentar ..tak dapat saya nak ungkap sesekali rindu ini thdpnya dtg bertandang hanya tuhan tempat saya meluahkan rasa..mungkin ada hikmah d sebalik ini saya redha..adik anak yang baik,manja,tak banyak ragam,baru sebulan ketika itu adik seolah2 sudah memahami, apa yang ammi katakan.. sayang kamu nak..semoga kamu bahagia disana dan ammi harap kita berjumpa di sana.. tunggu ammi ya syafiq haris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As slm semua...
      Sy juga kehilangan bayi ketika genap usianya seminggu pada 25 Mac 2016 yg lalu. Muhammad Nur-Aryan bin Suhaila, mama rindu sgt2. Moga Allah pertemukan kita di syurga nnt, in shaa allah.

      Delete
  35. Assalamualaikum, saya pun baru kehilangan seorang puteri pada 27hb mei 2016, walaupun hanya sempat bersama nya dalam 15 hari, tetapi sy bersyukur melahirkan seorang anak perempuan yg ku kandung selama 9 bulan..
    Pada mula nya sy amat susah menerima hakikat ini, tetapi di atas sokongan keluarga alhamdulillah emosi sy semakin stabil dan redha dengan ketentuan ini..
    Al Fatihah Kayra Nur Naylie bidadari syurga ku.. Mommy dpt bayang kan kamu bermain2 di taman firdausi yg indah

    ReplyDelete
  36. Assalam,

    Walaupun anak syurga saya telah pergi meninggalkan kami sebulan yang lepas, tapi kami masih perlu mengharungi pelbagai lagi dugaan kerana anak saya meninggal di rumah pengasuh dan masih lagi dalam siasatan. Pelbagai pihak yang masih menghubungi saya untuk menyiasat dan ini membuatkan emosi saya kembali tidak stabil. Tapi saya tanamkan di dalam hati kita beruntung kerana diberi peluang untuk mengandungkan anak syurga.
    Sekurang2nya anak syurga kita tidak dilahirkan oleh ibu yang dari golongan yang membuang anak di celah2 semak.
    anak kita telah mendapat sebaik2 jagaan dan kasih sayang dari kita.
    Bersabarlah kita menempuh rasa rindu untuk kita berjumpa anak kita di sana.

    Adalah penting bagi kita mempunyai suami yang banyak memberi sokongan. Bersabar lah wahai ibu2 yang bertuah.
    Alfatehah buat anak syurga mommy Nur Dhia Nasuha

    ReplyDelete
  37. Saya kehilangan nyawa saya..anakanda saya yg bongsu...berusia 2 tahun 8 bulan akibat leaukimia..dia pergi mendahului saya sedangkan saya yg teruk sakit angkara perbuatan sihir..bayangkan betapa berat perasaan saya menanggung rindu padanya..sejak arwah neneknya sakit sayalah yg paling rapat dengannya..semakin lama dia pergi ke syurga semakin kuat rindu saya ..dia benar benar mendekatkan sayavdengan akhirat..tak sabar untukmasuk syurga bersama dengan dia..baru terasa fananya dunia ini..semoga baba dan omi dan abang2 adik dipilih Allah sebagai ahli syurga..kita pasti bertemu disyurga nanti..insya Allah . ..

    ReplyDelete
  38. Saya kehilangan nyawa saya..anakanda saya yg bongsu...berusia 2 tahun 8 bulan akibat leaukimia..dia pergi mendahului saya sedangkan saya yg teruk sakit angkara perbuatan sihir..bayangkan betapa berat perasaan saya menanggung rindu padanya..sejak arwah neneknya sakit sayalah yg paling rapat dengannya..semakin lama dia pergi ke syurga semakin kuat rindu saya ..dia benar benar mendekatkan sayavdengan akhirat..tak sabar untukmasuk syurga bersama dengan dia..baru terasa fananya dunia ini..semoga baba dan omi dan abang2 adik dipilih Allah sebagai ahli syurga..kita pasti bertemu disyurga nanti..insya Allah . ..

    ReplyDelete
  39. Saya kehilangan nyawa saya..anakanda saya yg bongsu...berusia 2 tahun 8 bulan akibat leaukimia..dia pergi mendahului saya sedangkan saya yg teruk sakit angkara perbuatan sihir..bayangkan betapa berat perasaan saya menanggung rindu padanya..sejak arwah neneknya sakit sayalah yg paling rapat dengannya..semakin lama dia pergi ke syurga semakin kuat rindu saya ..dia benar benar mendekatkan sayavdengan akhirat..tak sabar untukmasuk syurga bersama dengan dia..baru terasa fananya dunia ini..semoga baba dan omi dan abang2 adik dipilih Allah sebagai ahli syurga..kita pasti bertemu disyurga nanti..insya Allah . ..

    ReplyDelete
  40. Ya allah betapa hebatnya dugaan ini wahai sahabatku ibu ayah anak - anak syurga.. sblum ni sya slalu baca kisah ibu ayah yg terpilih oleh allah anak mereka wildan syurga.. tersentuh naluri keibuan bila menjiwaan perasan ibu ini... menitis air mata... tp 13.5.2017 saya dan suami sendiri diuji apabila puteri bongsu kami tuan nur ain zulaikha genap umurnya 9 bln dijemput yg maha esa seminggu jer lg untuk menyambut ramadhan pertama dan beraya buat kali pertama dgan bby ain... hanya bermula dengan demam on off... sehingga laa disahkan jangkitan kuman dlm otak... anak yg membesar dengan sihat ceria penghibur buat kami sekeluarga yg cukup istimewa buat kami.. hanya kita ibu wildan syurga ini yg tahu kerinduuan itu... sehingga kdang2 menitis airmata... tabah dan redha dengan ujian ini kerana ada hikmah sebalik apa yang telah ditentukan oleh allah swt... tunggu mama n papa yer bby ain.. kami sayang sgt dkt ain memori terindah hingga ke akhir hayat.. al fatihah wildan syurga mama tuan nur ain zulaikha

    ReplyDelete
  41. Assalam....
    Sy baru kehilangan anak syurga siti khadijah 26.09.2017...
    Allah bagi kesempatan bersama baby utk 7 bln...w/pun sedih...ibu n baba redha .. .al fatihah utk anak syurga ibu

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum...anak kecil Saya berusia 9 bulan bernama Sharifah Ayra Zulaikha telah meninggalkan kami pada 3 Jun 2018 iaitu 18 Ramadhan 1417H dilahirkan sihat. I bagaikan mimpi, anak telah meninggalkan kami dgn sekelip Mata. Syukur pada kuasa yang Maha esa, memberi pinjaman anak selama 9 bulan sudah pandai melambai2, tepuk amai2 sudah...namun kami redha dgn pemergiaannya. Tetapi kdg2 perasaan rindu dgn gelagatnya Dan ketawa, masih membuat kmk sedih dan terbayang dgnnya..Innalillahiwainnalillahhirajiroun, wahai anak syurgaku, tunggulah kami d pintu syurga. Al-fatihah untukmu Ayra sayang...

    ReplyDelete
  44. Al Fatihah buat anak syurga ibu,Muhammad Nazrul Hilmi
    1 Ramadhan-7 Ramadhan 1439H

    ReplyDelete
  45. Al Fatihah buat anak ibu wan afiq danial..Allah s.w.t pinjamkan danial kat ibu selama 8 tahun..28 ramadhan 1439H danial pergi menghadap Ilahi.Semoga wildan syurga ibu damai di sana dan semoga kita bertemu di syurga Allah.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum w. b. t

    Arwah anak sy MUHAMMAD MUADZ MIFZAL bru shja pulang kerahmatullah 29/12/18, anak yg hadir dlm hdp kami slme 2 thn penantian, akhir nyer pulang ke pangkuan ilahi, anak menghidapi penyakit hati kronik sjk se kecil 4 bulan usia nyer, dan meninggal kan kami ketika umur nyer 2 tahun 9 bulan . Allahh rindu kpd nyer hanya Allah shja yg tahu.. Muadzz, ummi abah rindu, moga Allah pertemu kan kte sume d syurga yee sygg . Ummi abah sayang muadzz ♥️

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum

    Putriku nur amyrah aqilah pulang bertemu pencipta pada 2 ramadan 1440 terima kasih ya allah walaupun hanya 10 tahun engkau pinjamkan dia..Telah tertulis pergimu syg tanpa sakit..tnpa ucapan selamat tinggal ya allah redhakan aku dgn ujianmu..mama n abah rindu syg kakak sgt2 kakakla anugerah pertama..moga kita bertemu di syurga..mama abah adik2 syg kakak smpai bila2 al fatihah utk anak syurga mama

    ReplyDelete