Assalamualaikum,
Saudara, dalam Seminar: Pegang al-Quran dan as-Sunnah yg dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis yg berlangsung pada 23 & 24 April 2011 di Hotel Royal Chulan, KL baru-baru ini, tidak dibincangkan secara jelas lagi tepat hakikat 'berjema'ah dalam Islam', walaupun Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith Rasulallah (s.a.w) mengenainya kerapkali dirujuk oleh pembentang kertas kerja dalam Seminar tersebut.Mungkin disebabkan beberapa pertimbangan: pertama, masih terdapat kurang kefahaman para ilmuwan dan ulama' mengenai kewajipan berjema'ah dalam Islam tersebut. Dalam post sebelum ini, ketika mengulas perkara ini, penulis telah bincangkan bahawa ini terjadi kerana mentafsirkan kalimah 'jami'an' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu bermaksud 'kesemuanya', walhal maksud sebenarnya adalah 'berjema'aah' atau 'secara berjema'ah'. Kedua, mungkin isu berjema'ah dalam Islam itu adalah sesuatu preskripsi syariat Islam yg kontroversial. maka dgn itu, Arab Saudi sendiri yg akui berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya tidak melaksanakan sepenuhnya sistem berjema'ah dalam Islam di kalangan rakyatnya. Ketiga, mungkin majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam yg mentafsirkan berjema'ah itu sebagai preskripsi umum, iaitu semua umat Islam adalah berjema'ah, terutama dalam mengerjakan solat fardu dan beberapa solat sunat yg semnemang lazimnya di solatkan hanya secara berjema'ah spt Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha dan solat memohon hujan. Keempat, mungkin konsep berjema'ah dalam Islam itu akan menggugat sistem kerajaan dan pentadbiran politik yg mengambil preskripsi Barat tentang demokrasi atau demokrasi berparlimen yg tidak sejajar dgn konsep dan penterjemahan berjema'ah tersebut. Kelima, disebabkan kejahilan maka para ulama' dan ilmuwan Islam sendiri kerana tidak meneliti dan menghalusi preskripsi berjema'ah ini. Kerana mereka tidak menghalusi atau mendalami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang hakikat berjema'ah dan hakikah bentuk dan ciri-ciri kerajaan Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.Keenam, mungkin para ulama' dan ilmuwan Islam berpandangan bahawa preskripsi berjema'ah itu sudah dijumudkan oleh masa dan zaman, maka tidak lagi relevan dalam Islam dan syariatnya. Pandangan terakhir ini jelas menunjukkan kecetekan fahaman mereka, kerana tidak ada nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah yg telah membatalkan kewajipan berjema'ah itu.
saudara, berjema'ah dalam Islam itu adalah suatu kewajipan. Pertama, tanpa berjema'ah tidak dapat diakui umat Islam itu menepati ketetapan Islam yg menyebutkan bahawa golongan umat Islam yg berjaya mendapat syurga itu adalah golongan yg anuti Islam secara berjema'ah, selain bepegang kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan ilmu dan sebagai panduan hidup. Kedua, berjema'ah itu menjadi lebih utama jika hadith Omar (r.a) itu diterima kerana Omar (r.a) menyatakan tidak diakui kita Islam tanpa berjema'ah dan tidak diakui kita berjema'ah tanpa wujudnya Imam, dan tidak pula diakui kita memiliki institusi keimaman itu kalaulah kita tidak berikrar mentaati Imam dan ikrar janji (bai'at) tersebut adalah ikatan pertama yg membenarkan kita adalah seorang Islam yg beriman. Ketiga, kata-kata Omar (r.a) itu pasti benar kerana Rasulallah (s.a.w) dalam hadith menyebutkan bahawa tidak halal kehidupan tiga orang yg akui kita Islam, jika mereka tidak mengangkat salah seorang dari mereka menjadi imam atas mereka bertiga. Begitu juga, ketika bermusafir (yakni, dalam perjalanan), tidak halal kehidupan tiga orang yg akui diri mereka Islam jika mereka tidak mengangkat salah seorang drp mereka yg bertiga seorang dari mereka menjadi Imam atas perkumpulan mereka yg bertiga itu. Jelasnya, institusi keImaman (atau umumnya) kepimpinan dalam Islam itu adalah suatu kewajipan. Jika tiada maka tidak hala hidup orang islam. Ini kalau bertiga. Maka kalau sekumpulan umat Islam itu lebih ramai maka lebih diwajibkan menagngkat seorang menjadi Imam ke atas masyarakat atau perkumpulan mereka.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya: janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rukyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Hadith di atas itu menyebut tentang kepimpinan dan ketaatan jema'ah umat Islam kpd dan terhadap pemimpin. Dalam post yg sebelum ini kita telahpun teliti sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) ridha tiga perkara, yg mana dua adalah sembah hanya Allah (a.w) sebagai Tuhan manusia dan jangan syirik, dan hendaklah anuti Islam berjema'ah. Sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini jelas mengulangi perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran (supaya berjema'ah) dan Ayat 59, Surah an-Nisa' (supaya mentaati 'ulil amri', iaitu istilah merujuk kpd kepimpinan jema'ah Islam sebagai kalimah generic).
Saudara, dalam hadith berikut disebutkan, antara lain, bahawa Islam dan syariatnya telah sempurna dan jema'ah umat Islam itu wajib taatkan orang yg dijadikan Imam ke atas mereka. Kesempurnaan Islam dan syariatnya itu adalah sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) telah sempurnakan Islam dan Allah (a.w) ridha Islam itu menjadi ugama yg wajib dianuti oleh umat manusia (semua zaman). Maka dgn itu Allah (a.w) tidak akan mengutus seorang Rasul atau Nabi selepas Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak barangsiapa diantara kamu, (dan jika panjang umur kamu) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (dikalagan umat Islam), maka (aku berpesan dan mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham (yakni, pegang atau berpandulah dengan sunnah tersebut, jangan sekali-kali lepaskan atau tinggalkan), wajib atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik (oleh tuannya) diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, jika kita teliti as-Sunnah Rasulallah (s.a.w), kita akan dapati perincian hakikat berjema'ah, kepimpinan dalam Islam serta ikrar janji setia (bai'at) serta apa-apa yg dilafazkan dalam bai'at tersebut, sebagai ciri-ciri wajib mengenai berjema'ah dalam Islam itu. Insya Allah, kita akan teliti kemudian nanti tajuk ini.
Jazakalahhu khairah
No comments:
Post a Comment