Saturday, April 9, 2011

Ibubapa: Peringatan Kpd Anak-anak

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran tentang hubungan anak-anak dgn kedua ibubapa mereka dalam Islam, khususnya kewajipan anak-anak terhadap kedua ibubapanya, terutama ketika mereka sudah lanjut umur. Islam mewajibkan anak-anak itu berbuat baik, berlemah lembut dan bersopan santun melayani dan bercakap dgn mereka. Orang yg berjaya menyukakan hati kedua ibubapanya dan berjaya melayani dgn baik keduanya, maka rida mereka terhadapnya dapatlah syurga, sekiranya dia mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa'. Kalau anak-anak tersebut menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, maka dia adalah calun syurga, tetap Allah (a.w) tidak akan berikan dia syurga tanpa keridaan kedua ibubapanya.
Jelasnya, anak-anak itu akan mendapat keridaan Allah (a.w) sekiranya kedua ibubapanya rida terhadap mereka, yakni keridaan Allah (a.w) terletak atas keridaan kedua ibubapa mereka. Jika kedua ibubapa mereka tidak rida, maka rugilah sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah (s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: 'Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibrail (a.s) dan berkata (dia): ‘Wahai Muhammad! Hinalah dinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu. Ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku (Nabi): ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibrail (a.s)): ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya.' Ucapkanlah (kata Jibrail (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibrail (a.s) kpdku: ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari keduanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga.’ Katakanlah (kata Jibrail (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, dalam hadith di atas itu, Jibrail (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) kita golongan orang Iman yg mendapat kesempatan tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kesempatan tersebut untuk mendapat syurga. Satu drpnya adalah anak yg ketika kedua ibubapanya masih hidup tidak membuatkan mereka rida terhadapnya, kerana dgn keridaan itu, si anak itu dapat masuk syurga. 
Saudara, bagaimana nak dapatkan keridaan kedua bapa itu? Ini diberitahu oleh Allah (a.w) dalam dua firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa qada rabbuka alla ta’budu illal … (hingga) … waqullahuma qaulan karima)  [Maksud: ‘Dan (Aku, Allah (a.w)) telah memerintahkan kamu jangan kamu sembah selain Allah (a.w) [yakni, jika disembah selain dari Allah (a.w) maka syiriklah kamu dan tinggal di Neraka selama-lamanya di Akhirat kelak] dan hendaklah kamu (kepada) kedua-dua ibu bapa berbuat baik. Jika salah seorang diantara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘oof’ (yakni, bercakap atau berbahasa kasar atau menggunakan kata-kata bermaksud buruk, keji atau meninggikan suara) bahkan, bercakaplah dengan mereka akan perkataan yang mulia (yakni, bercakap dengan sopan santun dan hormat dan lembut bahasa dengan kata-kata yang baik-baik belaka) dan janganlah engkau membentak (mengherdik) kedua-duanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik-baik.] [Ayat 23, Surah al-Isra’]
Dan, perintah Allah (a.w) dalam firman berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-wossainal-insana biwalidaihi ihsana, hamalthu ummuhu ... (hingga akhir ayat) ... wa-inni minal muslimina' (yg bermaksud: 'Kami (Allah) perintahkan manusia supaya berbuat baik kpd kedua-dua ibubapanya; ibunya mengandungnya dgn susah payah, dan melahirkannya dgn susah payah (pula). Mengandungnya sampai menceraikan susuan selama tiga puluh (30) bulan (yakni, 2 tahun setengah wajib disusui), sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun dia berdoa: 'Rabbi auzi'ni an asykura ni'matikal-lati an'amta 'alaiya wa-'ala walidaiya wa-an 'amala solihan tardahu wa-aslihli fi zurriati; inni tubtu ilaika wa-inni tubtu lilaika wa-inni minal muslimina' (yg bermaksud: 'Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yg telah Engkau (Allah) berikan kpdku dan (tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat) kepada kedua ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yg Engkau (Allah) ridai; berikanlah kebaikan kpdku dgn (memberi kebaikan) kpd anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kpd Engkau (Allah) dan sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang yg berserah (yakni, Islam)).'[Ayat 15, Surah al-Ahqap]
Dan, Rasulallah (s.a.w) selanjutnya mengajarkan kita bahawa, salah satu yg menunjukkan ketaatan anak itu terhadap kedua ibubapanya: 
Diriwayatkan daripada Muawiyah bin Hidat al-Kasyiri (r.a) katanya: ‘Telah aku tanya Rasulallah (s.a.w) akan siapa aku berbuat bakti dan ikhsan [belas kasihan] kepadanya di dalam masa hayatku, kataku kepadanya, ‘Ya Rasulallah (s.a.w), siapa hamba berbuat bakti kepadanya?’ Jawabnya, ‘Berbuat bakti kamu kepada ibumu.’ Telah ku tanya lagi Rasulallah (s.a.w) kataku: ‘Kemudian siapa pula hamba berbuat bakti kepadanya?’ Sabdanya: ’Ibumu.’ Aku tanya juga Rasulallah (s.a.w) [sekali lagi] kataku, ‘Kemudian siapa pula ya Rasulallah (s.a.w) hamba berbuat bakti?’ Sabdanya: ‘Ibumu’. Aku tanya juga lagi akan Rasulallah (s.a.w), kataku: ‘Kemudian siapa hamba berbuat bakti ya Rasulallah (s.a.w) kepadanya?’ Jawabnya: ‘Kemudian bapamu, kemudian [saudara] yang lebih hampir maka yang lebih hampir.’  [Hadith hassan sahih at-Termidzi] 
Dan dalam hadith berikut juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa mentaati kedua ibubapa itu adalah satu syarat mendapatkan keridaan kedua ibubapa itu: 
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) namanya) Abi Bakrah (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), ‘Mahukah aku khabarkan pada sekelian kamu dengan sebesar-besar dosa?' [Pada sesetengah riwayat, diulangi Rasulallah (s.a.w) kata-kata itu tiga kali]. [Apabila didengar para sahabat akan Nabi (s.a.w) mahu memberitahu mereka apa dia dosa yang sebesar-besar dosa bila dikerjakan], lalu dijawab mereka itu: ‘Bahkan, Ya Rasulallah (s.a.w)! Khabarkan pada hamba sekelian.’ [Bila didengar Nabi (s.a.w) demikian itu, maka] bersabda dia: ‘Yang sehabis-habis besar dosa itu ialah menyekutukan Allah (a.w) (yakni, beriktiqad atau mengatakan bahawa Tuhan (a.w) tidak bersifat esa malah ada sektutunya (sebagaimana Orang Nasrani menyatakan Isa (a.s) itu anak Tuhan atau mempercayai Tuhan itu ada tiga dan ada yang berkuasa selain Allah (a.w)), kemudian daripada itu derhakakan kedua ibubapanya.  ‘Maka sesiapa yang tidak menurut dan taat kepada keduanya, maka dialah orang yang derhaka namanya. [Kata Abi Bakrah (r.a), habis sahaja Nabi bersabda sedemikian itu, lalu Nabi (s.a.w) duduk betul (sebelum itu dia duduk bersempoh)], dan sabdanya: ‘Saksi palsu atau perkataan palsu’.  [Beberapa kali diulanginya kata-kata itu tanpa berhenti hingga kata Abi Bakrah (r.a) meminta Nabi (s.a.w) berdiam supaya tidak mengulangi kata-kata tersebut kerana, katanya: ‘Sesungguhnya mengulang-ulang kata-kata tersebut menakutkan mereka (para sahabat) (dan) takut kami nescaya penat pula Nabi (s.a.w)’. [Hadith Hassan dan Sahih at-Termidzi] 
Sehinggalkan, kaaulah seorang bapa atau ibu itu menyuruh seorang anak itu ceraikan isterinya, wajib dia taatkan perintah ibubapanya. Kerana, hak ibubapa terhadap anaknya itu adala 'absolute' dan wajib ditaati. 
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w) namanya Abu Darda’ (r.a) bahawasanya seorang lelaki datang menemuinya kerana mahu bertanyakan bagaimana ia perlu buat sesuatu terhadap masalah yang melibatkan dirinya. Apabila dia telah mengadap Abu Darda’ (r.a) lalu berkata: ‘Bahawasanya ada bagiku seorang perempuan (yakni, isteri) (yang aku kasih akandia), dan bahawasanya ibuku (tidak suka akan isteriku itu), menyuruh aku ceraikan dia.  (Maka bagaimana aku perbuat? Adakah aku ceraikan isteri yang aku kasihi dan aku tidak ambil peduli akan kemarahan dan ketidaksukaan ibuku itu?)’ (Bila didengar oleh Abu Dhardah (r.a) akan kata lelaki itu demikian itu, lalu dijawabnya). Kata Abu Dhardah (r.a): ‘Telah aku dengar Rasulallah (s.a.w) bersabda dia: ‘Bapa itu, (yakni keridaannya dan kepuasan hatinya itu) sebaik-baik pintu Syurga (yang disediakan).  Maka jika engkau berkehendakkan (pintu Syurga yang baik dan terbuka) maka letaklah olehmu itu pintu (atau engkau pelihara pintu Syurga terbuka dengan memuaskan hati bapa, demikianlah jua ibumu).’  [Hadith sahih at-Termidzi]
Saudara, mudah-mudahan mereka yg masih mempunyai ibubapa, terutama yg telahpun tua dan dhaif atau lemah, wajib atasnya menjaga mereka sebaik mungkin dan mentaati mereka, kalau inginkan syurga. 


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment