Saturday, April 16, 2011

Sifat Orang Iman itu Bersyukur Apa Sahaja

Assalamualaikum,
Saudara, seseorang yg kental imannya itu adalah orang yg rida apa sahaja yg diperolehinya sama ada yg baik maupun yg tidak baik mengenai dirinya. kalau dia mendapat sesuatu yg menyukakan hatinya atau yg memanfaatkannya, dia bersyukur dan jika sebaliknya, dia ditimpa oleh sesuatu yg tidak disukainya atau memudaratkan, tetap dia itu bersyukur. Kerana kesemua itu adalah cubaan hidup dan semuanya adalah atas kehdnak takdir.Yg utama sebagai seorang Islam yg beriman, dia sentiasalah bersedia menerima apa-apa sahaja dan dia mensyukurinya. kalau yg baik memanfaatkannya. Kalau tak baik ada hikmat disebalik keburukan yg menimpanya.
Diriwayatkan hadith dari Omar b Saad hadith dari bapanya, dan dia itu (i.e. bapanya itu ialah) Saad b Abi Waqas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Khairan aku dari qada' (hukuman) Allah (a.w) terhadap orang iman, jika ditimpa ke atasnya sesuatu kebaikan memuji dia akan Tuhannya dan bersyukur dia, dan jika ditimpa musibah memuji dia akan Tuhannya dan bersabar dia, (maka) diberi pahala (oleh Allah (a.w)) kpd orang-orang iman di dalam setiap sesuatu, sehinggakan di dalam sesuap suapan yg diangkatnya ke mulut isterinyapun (mendapat pahala). ' [Hadith Imam Ahmad dan an-Nasa'i]
Saudara, hadith di atas ini memberitahu kpd kita satu drp sifat-sifat orang iman itu. Pertama, jika dia diqadarkan mendapat sesuatu kebaikan dia memuji Allah (a.w) (yakni, menyebut kalimah 'Alhamdulillah'  [Nota: Menyebut 'Alhamdulillah lazi at'amana wa-saqana waj'alna minal muslimina' (yg bermaksud: 'Maha suci Allah (a.w) yg memberi kpdku makan dan minuman (yg aku makan dan minum ini), dan menjadikan aku orang Islam) selepas selesai makan, sebagai contoh] dan bersyukur dia kpd Allah (a.w) atas apa -apa kebaikan yg diterimanya [Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yg tidak mensyukuri kpd seseorang yg memberikan kpdnya apa-apa pemberian, hendaklah dia bersykur, jika tidak bersyukur maka pastilah dia tidak akan mensykuri pemberian Allah (a.w). Kita tidak sedar menerima pelbagai nikmat dari Allah (a.w), yg kita tidak nampak. kalau manusia beri kita boleh nampak. kalau yg kita nampakpun kita tak berterima kasih, masakan kita akan berterimakasih sesuatu yg memberi kalau kita tidak nampak yg memberi atau yg diberinya. maka dalam hadith lain kita diberitahu pula jika kita tidak menyukuri pemberian yg sedikit pastilah kita tidak mensyukuri pemberian yg banyak]  yg diterimanya dari manusia. Kedua, kalau dia ditimpa musibah, yakni yg tidak disukainya atau yg memudaratkannya, kekal dia memuji Allah (a.w) (dgn menyebut kalimah 'Alhamdulillah') dan bersabar dia menghadapinya. Dgn itu dia mendapat pahala atau diberi pahala kerana sifat-sifat tersebut. malah, seorang suami yg menyuapkan sesuap makan dgn memasukkannya ke dalam mulut isterinyapun mendapat ganjaran pahala. [Nota: Apabila seseorang itu ditimpa musibah, dia mengucapkan: 'Inna lillahi wa-inna ilahir-rajiuna. Allahummakjurni fi musibati wakhlifli khairan minha' (yg bermaksud:' Sesungguhnya dai Allah (a.w) kita datang dan kpd Allah (a.w) kita kebali; Semoga Allah (a.w) memberi pahala di dalam musibah yg menimpaku ini, dan semoga mengganti Allah (a.w) padaku yg lebih baik darinya)] Maka insya Allah (a.w), Allah (a.w) akan memberikan sesuatu yg lebih baik untuk kita yg bersabar dan rida terhadap apa yg telah berlaku kpd kita itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment