Assalamualaiakum,
Sauadara, kita telah lihat beberapa ketetapan Allah (a.w) bahawa: pertama, Islam itu adalah ugama ciptaan Allah (a.w), walhal ugama selain Islam adalah ugama ciptaan manusia; kedua, kerana itu, ugama Islam tidak boelh disamartarafkan dgn lain-lain ugama, malah wajib ditinggikan supaya mengatasi ugama-ugama lain. [Nota: Jika kerajaan peruntukan bantuan yg sama banyak dgn peruntukan untuk ugama-ugama lain, dan pemimpin kerajaan kata Malaysia adalah negara Islam, maka kerajaan melatakkan Islam setaraf dgn ugama-ugama lain). Ketiga, orang Islam yg berpandangan bahawa semua ugama itu setaraf dan sebanding adalah menyalahi ketetapan Allah (a.w), maka secara tidak disedari, mereka telah menolak satu ketetapan Allah (a.w), maka kafir mereka. Rumusannya dari post yg terdahulu itu, orang Islam sesat apabila mereka tergolong dari kalangan orang yg disebutkan di atas itu.
Saudara, seterusnya kita lihat pula satu dimensi lain yg menyesatkan orang Islam sendiri.
Saudara, walaupun kita Islam (dan kita rasa dan yakin bahawa kita Islam), tetapi pasti akan sesat pula jika kita tergolong dari kalangan golongan orang yg berikut. Pertama, orang Islam yg beramal dan beribadah dalam kejahilan atau beramal dan beribadah, walaupun Islam, tanpa terlebih dahulu mengilmukan diri mereka dgn ilmu yg haq supaya mereka beramal dan beribadah dgn penuh kepastian bahawa amalan dan ibadah mereka itu benar dan ada sandaran ilmu yg haq. Jika tidak diakhirat nanti apabila Kitab catatan Amalan diberikan kpd kita, didapati kosong semuanya, kita pula akan ditanya oleh Allah (a.w).
Saudara, walaupun kita Islam (dan kita rasa dan yakin bahawa kita Islam), tetapi pasti akan sesat pula jika kita tergolong dari kalangan golongan orang yg berikut. Pertama, orang Islam yg beramal dan beribadah dalam kejahilan atau beramal dan beribadah, walaupun Islam, tanpa terlebih dahulu mengilmukan diri mereka dgn ilmu yg haq supaya mereka beramal dan beribadah dgn penuh kepastian bahawa amalan dan ibadah mereka itu benar dan ada sandaran ilmu yg haq. Jika tidak diakhirat nanti apabila Kitab catatan Amalan diberikan kpd kita, didapati kosong semuanya, kita pula akan ditanya oleh Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun; innas-sam'a wal-basora wal-fuadada kullu ulaika kana 'anhu masula' (yg bermaksud: Dan janganlah kamu kerajakan (atau buat) apa-apa (sesuatu amalan dan ibadah dan apa saja) tanpa kamu terlebih dahul tahu ilmu mengenainya (i.e. apa yg dikerajakan atau amalkan); sesungguhnya pendegaranmy (i.e. telinga), penglihatanmu (i.e. mata) dan hatimu (i.e. otakmu) kesemuanya ada atasnya ditanya (di akhirat kelak).' [Ayat 36, Surah al-Isra']
Saudara, Allah (a.w) melarang kita yg Islam menerjakan apa jua amalan dan ibadah - termasuk bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah dan sebagainya - dalam kejahilan atau tanpa terlebih dahulu dapatkan ilmu mengenainya. Kerana takda ilmulah maka manusia itu ikuti ajaran lain-lain ugama. Kerana tiada ilmulah ramai orang Islam terpengaruh oleh ajaran sesat yg menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kejahilanlah ramai orang Islam yg mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg tidak mendatangkan sebarang pahala, malah mendatangkan dosa pula. Dan, kerana kejahilanlah majoriti umat Islam kekal dgn tradisi amalan dan ibadah yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah (spt syirik, khurafat, tahyul, taklid dan bid'ah) . Oleh itu kita yg Islam pasti sesat kalau beramal dan beribadah tanpa ilmu. Perintah Allah (a.w) dalam ayat tersebut adalah perintah wajib. kalau buat amalan dan ibadah tanpa ilmu takda pahalanya!
Kedua, seseorang yg Islam dan beriman itu kalau berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat - tak sekarang suatu masa yg terdekat. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa panduan Islam yg pasti tak sesat adalah al-Quran dan as-Sunnah:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, hua kitabbullahi wa-sunnatu nabii.' [Yg bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, sesiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, al-Hadith)]’ [Hadith sahih A. Malik, al-Hakim, at-Termidzi, Ahmad ibni Hanbal, at-Tobrani, ad-Dalamii, dll]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika kita jadikan panduan amalan dan ibadah, malah panduan hidup sebagai seorang iman, selain al-Quran dan as-Sunnah, maka kita pasti sesat. Janji Rasulallah (s.a.w) yg berdasarkan wahyu, adalah juga janji yg benar. Maka untuk mempastikan kita tidak sesat dalam Islam, kita wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu jugalah kita disuruh oleh Allah (a.w) ilmukan diri kita. Rasulallah (s.a.w) juga suruh kita ilmukan diri kita dahulu sebelum mengerjakan amalan, apabila Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-Ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan). Dan, ilmu itu juga diwajibkan kita pelajari. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim' (yg bermaksud: 'Belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib bagi setiap orang Islam'. Kalau tak belajar dapat dosa (kerana perintah wajib) dan kita pula pasti sesat dalam Islam. Sesat dalam Islam sama dgn jadi kafir, wal ya zubillah. Bezanya, mungkin kalau kita yakin wujudnya Allah (a.w) suatu hari, selepas sekian lama dalam neraka, kita diberi peluang masuk surga...
Ketiga, kita tidak disuruh belajar ilmu mengenai islam dan segala tuntutannya itu dgn merujuk kpd seseorang atau sesuatu kitab karangan manusia. Kita disuruh belajar tentang Islam, fahami Islam dan amalkan tuntutan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Yg bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil.][Hadith Imam Malik, dll]
Saudara, hadith ini sering kita rujuk dalam blog ini, kerana amat penting kita jadikan peringatan harian kita dalam mencari ilmu dan mengasaskan segala amalan dan ibadah kita. Malah, dalam hadith berikut, yg mesejnya sama dgn mesej hadith ini, lebih jelas dan terang. Tiada kitab yg lebih baik dari al-Quran. Dan, tiada petunjuk ugama Islam dan syariatnya lebih baik dan lebih sempurna selain petunjuk yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Jika begitu, mengapakah ramai ulama' dan ilmuwan Islam menggunakan sebagai sumber atau panduan atau kita atau cakap-cakap orang sebagai panduan amalan dan ibadah mereka? Mengapa mengasaskan aqidah dan iktikad mereka kpd buku-buku karangan manusia dan ketepikan al-Quran? Mengapakah manusia rujuk tulisan-tulisan dan cakap-cakap manusia, dan ketepikan as-Sunnah untuk menjadi jalan ke syurga atau untuk mendapat petunjuk, walhal petunjuk sudahpun ada dalam as-Sunnah dan dalam diri Rasulallah (s.a.w) sendiri sebagai 'uswatun hasanah'?
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab) dan hidayah (yakni, petunjuk). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Sebahagian Hadith Ibnu Majah]
Keempat, jelas kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa jika kita amalkan sesuatu yg bersifat bid'ah, maka kita yg Islam pasti sesat. Kerana itulah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) (Rujuk kembali Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr). Ramai orang Islam, termasuk ulama' dan ilmuwan sendiri meremehkan perkara bid'ah ini. Walhal, bid'ah itu membatalkan segala kebaikan yg kita lakukan. Membatalkan segala pahala yg wajar kita terima dari kesemua amalan kita. Malah, bid'ah itu menjadikan kita kafir terkeluar dari Islam tanpa kita sedari. Dan, bid'ahlah yg menyebabkan doa kita tidak diterima Allah (a.w) dan, lebih serius lagi, bid'ahlah yg menjadikan taubat kita tidak diterima Allah (a.w)!
Keempat, jelas kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa jika kita amalkan sesuatu yg bersifat bid'ah, maka kita yg Islam pasti sesat. Kerana itulah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) (Rujuk kembali Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr). Ramai orang Islam, termasuk ulama' dan ilmuwan sendiri meremehkan perkara bid'ah ini. Walhal, bid'ah itu membatalkan segala kebaikan yg kita lakukan. Membatalkan segala pahala yg wajar kita terima dari kesemua amalan kita. Malah, bid'ah itu menjadikan kita kafir terkeluar dari Islam tanpa kita sedari. Dan, bid'ahlah yg menyebabkan doa kita tidak diterima Allah (a.w) dan, lebih serius lagi, bid'ahlah yg menjadikan taubat kita tidak diterima Allah (a.w)!
[Nota: 'Bid’ah' dari segi literalnya bermaksud tambahan atau penambahan atau mengadakan yang tiada atau meniadakan yang ada. Malangnya hari ini ada orang lebih cerdik dari Rasulallah (s.a.w) apabila mentakrifkan wujudnya 'bida'ah hasanah'. Kata mereka yg ditegah itu amalkan 'bid'ah dolalah', tapi dibolehkan 'bid'ah hasanah'. Mereka juga berkata kalimah 'kullu' (=kesemuanya) itu ada exception pula. Orang ini sebenarnya menentang satu drpd ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni sebahagian as-Sunnah. Insya Allah kita akan teliti dgn lebih terperinci nanti apa dia 'bida'ah' dan apakah ada pengecualian? Apakah akibatnya mengamalkan dan mengajarkan bid'ah? Insya Allah. Orang islam yg tidak faham dan faqih tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah atau yg tidak mendapat hidayah, akan tetap berkeras mengatakan wujudnya 'bida'ah hsanah' itu. Mereka itu sudah keras hati sanubarinya. Perhatikanlah sabda Rasulallah (s.a.w) dalam post yg lalu bahawa satu drp ciri-ciri penghuni neraka itu adalah orang yg sombong, yakni apabila diberitahu yg haq atau benar dia menolaknya.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment