Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan tajuk di atas itu, kita telahpun teliti sepotong firman Allah (a.w) mengenai 'aurat' dan pakaian wanita iman itu. Kemudian kita diberitahu bahawa pakaian wanita iman yg memenuhi syarat 'aurat' dalam Islam itu wajib menepati lapan syarat (atau kewajipan); iaitu:Pertama, bahawa pakaian wanita itu hendaklah menutupi keseluruh badanya kecuali yg boleh ternampak (yakni, boleh diperlihatkan) adalah mukanya dan kedua telapak tangannya (An yastura jami'al-badani illal-wajha wal-kaffaini). Kedua, pakaian tersebut hendaklah jangan dihiasi oleh pelbagai perhiasan untuk mencantikkannya spt manik, renda berlebihan, dan corak-corak yg menarik perhatian lelaki melihatnya atau potongannya seumpama pakaian yg didemokan oleh model pakaian, contohnya (An la yakunu zinatan fi nafsihi).
Saudara, dalam membincangkan 'aurat' dan pakaian ini, kita telahpun lihat perintah Allah (a.w) pada Ayat 31, Surah an-Nur dan penjelasan tentang beberapa perkara yg disebutkan pada ayat tersebut melalui hadith ibnu Abbas (dalam Tafsir ibnu Kathir) dalam post yg lalu.
Firman Allah (a.w) pada Ayat 31, Surah an-Nur itu adalah tentang memenuhi syarat pertama dalam lapan syarat yg kita sebut tadi, iaitu: 'An yastura jami'a illal wajha wal-kaffaini' (yg bermaksud: bahawasanya pakaian (wanita itu) hendaklah menutupi kesemua tubuh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangannya). Syarat keduanya adalah hadith ibu Abbas (r.a) yg kita telahpun teliti dalam post yg lalu, iaitu: 'Wala yubdina zinatahunna illa ma zahara minha' (yg bermaksud, kata ibu Abbas, menjelaskan ayat tersebut: '(bermaksud yg dibolehkan dilihat pada seorang perempuan itu adalah) wajahnya dan kedua telapak tangannya dan cincinnya'. Hadith ini menjelaskan bahawa bagi seorang perempuan Islam itu pakaiannya hendaklah menutupi keseluruhan tubuh badannya kecuali dibolehkan dilihat oleh lelaki yg bukan makhramnya adalah: pertama, wajahnya; kedua, kedua-dua telapak tangannya; dan ketiga, kerana cincin dibolehkan dilihat, maka kulit atas jari-jarinya, boleh dinampakkan atau kelihatan.
Saudara, demikianlah dua drp lapan syarat telah kita ketahui; iaitu: pertama, pakaian yg menutup wajah wanita tersebut menutupi seluruh tubuhnya, kecuali yg dibolehkan dilihat adalah tiga bahagian itu; kedua, pakaian tersebut tidak sengaja memperlihatkan perhiasan tubuh badan wanita itu atau dihiasi pada pakaian yg dipakainya secara yg berlebihan spt mengikut fesyen atau model atau potongan atau warnanya atau apa-apa yg ditambah pada kain asalnya. Inilah konsep perhiasan (yakni, hiasan asli spt tubuh badan dan susuk badan spt dada, perut, peha wanita, betisnya atau hiasan artificial yg dipakainya atau hiasan yg dijahit atau dicorakkan kpd pakaian yg dipakainya.
Dalam perkara aurat ini, kita lihat firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah al-Ahzab; ketetapan induk Islam tentang pakaian wanita Islam itu, iaitu apabila memakai tudung hendaklah dilabuhkan tudung itu supaya menutupi kepala, leher, dan dada wanita yg memakainya:
Dalam perkara aurat ini, kita lihat firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah al-Ahzab; ketetapan induk Islam tentang pakaian wanita Islam itu, iaitu apabila memakai tudung hendaklah dilabuhkan tudung itu supaya menutupi kepala, leher, dan dada wanita yg memakainya:
Firman Allah (a.w) Zat Yg Maha Luhur dan Maha Tinggi:'Ya aiyuhannabiyu qul li-azwajika wa-banatika wa-nisail-mukminina yudnina 'alaihinna min jalabibihinna zalika adna an yu'rafna fala yukzaina wa-kanallahu ghafuran rahima.' (yg bermaksud: Wahai Nabi! Katakanlah kpd isteri-isteri kamu dan (latakanlah kpd) anak-anak perempuan kamu dan (katakanlah kpd) wanita-wanita iman supaya menurunkan (atau merendahkan) dari tudungnya; dgn demikian lebih dekat bahawasanya (mudah) dikenali (oleh orang yg melihatnya), maka (kerana itu) tidak disakiti mereka (oleh orang yg berniat jahat terhadap mereka).; dan adapun Allah (a.w) itu adalah Zat yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'
Saudara, dalam ayat ini diperintahkan supaya wanita itu melabuhkan tudungnya supaya tertutup kepala dan rambutnya serta lehernya dan bahagian dadanya. Ayat itu menyebutkan pula apabila berpakaian seorang wanita iman itu mengikut ketetapan ayat ini, tidaklah mudah dilihat kecantikan tubuh badannya, terutama bahagian dadanya, pinggangnya, peha dan betisnya, maka dia mudah dikenali sebagai orang Islam dan iman dan tidaklah dia, kerana pakaiannya itu, menjadi tarikan kpd kaum lelaki yg bukan makhramnya. Maka lebih selamat dia dari godaan lelaki yg berniat serong atau jahat terhadapnya! Apabila pakaian wanita spt yg ditetapkan di dalam ayat itu - tubuh badannya tertutup kesemuanya, khususnya bahagian kepala, leher dan dadanya itu - maka dia telah memenuhi syarat pertama dan kedua mengenai pakaian wanita Islam itu.
Hadith berikut adalah satu lagi dalil tentang syarat pertama dan kedua tehadap pakaian wanita Islam itu (i.e. menutupi seluruh tubuh badan, kecuali yg boleh ternampak oleh orang bukan makhramnya adalah bahagian muka, kedua telapak tangan dan kulit jari-jarinya dan tidak ada perhiasan pada pakaian tersebut). Selian itu, wanita Islam itu tidak wajar keluar rumah, kerana apakala keluar rumah dia maka syaitah akan menghiasi dirinya kelihatan menarik dan mengancam kpd lelaki lain:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Wanita itu adalah 'aurat', maka ketika keluar dia dari rumahnya, maka memperhiasi syaitan akan dirinya nampak mulia (yakni, cantik dan menarik pada manusia yg melihatnya).' [Hadith at-Termidzi]
Hadith ini memberitahu kita bahawa wanita itu seluruhnya adalah 'aurat', yakni tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mukhrimnya kecualilah yg dibenarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (i.e. muka, kedua telapak tangannya dan cincin, termasuk belakang jari-jarinya). Kemudian apabila wanita itu keluar rumah, orang suka melihatnya kerana sememangnya resmi kaum lelaki itu sukakan wanita, dan sudah menjadi naluri wanita suka kalau orang melihat kecantikannya. Maka apabila dia berada di luar rumahnya, maka syaitan menghiasi dirinya supaya kelihatan lebih cantik, menarik dan menawan pada lelaki. Maka, mudah terbuka 'auratnya'. Maka dgn itulah wanita Islam itu tidak digalakkan keluar atau meninggalkan rumahnya kecuali dgn diiringi oleh lelaki makhramnya, supaya lebih selamat dia dan lebih mudah menjaga 'aurat'nya.
Saudara, hadith berikut menjelaskan lagi tentang kelabuhan pakaian wanita Islam itu:
Diriwayatkan hadith dari Safiah bt Abi 'Ubaidin sesungguhnya dia diceritakan kpdnya oleh Nafi' bahawasanya Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w), berkata (yakni, bertanya) kpd Rasulallah (s.a.w) ketika menyebutkan pada pakaian lelaki iman (iaitu kelabuhan pakaian bawah lelaki itu adalah setakat separuh betis mereka): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana pakaian bawah wanita?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Menurunkanlah kamu sejengkal ke bawah (yakni, ke bawah separuh betis lelaki).' Berkata Ummu Salamah: '(Jika menurunkan sekadar sejengkal sahaja dari paras separuh betis) Akan terbukalah pakaian dari wanita!' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka (turunkanlah) satu hasta.Dan tidak menambah lebih dari itu (yakni, jangan dilabuhkan lagi).' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
Hadith ini menyebutkan bahawa bagi lelaki Islam itu pakaian bawahnya - kaki seluar atau jubah atau kain - hendaklah tidak melebihi separuh betisnya, dan dibolehkan labuh lagi sehingga ke paras bahagian atas buku lali mereka. Lelaki Islam yg memakai pakaian bawah yg melebihi dua buku lali kaki mereka adalah dilaknat dan dikira sebagai orang yg sombong dan menyombongkan diri, maka dihukum tidak masuk syurga di akhirat kelak. Maka dgn itu apakala ditanya oleh Ummu Salamah tentang pakaian bawah wanita pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu hendaklah dilabuhkan sejengkal lagi ke bawah separuh betis, maksudnya sampai ke bahagian buku lali kaki wanita itu. Tetapi, apabila Ummu Salamah menyebutkan jika begitu akan juga mendedahkan sebahagian anggota kaki wanita, maka Rasulallah (s.a.w) menyebutkan supaya dilabuhkan setakat tidak melebihi satu hasta ke bawah separuh betis. Maksudnya dilabuhkan sampai menutupi buku lali dan kaki serta jari-jari kaki. Tidak boleh dilabuhkan lagi kerana nanti akan menyulitkan wanita berjalan kerana terlalu labuh akan terpijak kainnya pula.
Insya Allah, kita akan sambung lagi dalam post yg akan datang syarat keenam hingga ke depalan pula.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment