Sunday, April 17, 2011

Keimaman dalam Islam: Pemimpin dan Ketaatan (Samb)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk di atas sedikit lagi supaya kita faham sebahagian daripada ketetapan mutlak Islam dan syariatnya. Kita lihat hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Ya'kub b Abdil Rahman hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Soleh as-Samani hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Diwajibkan atas kamu sekelian dgn mendegar (perintah dan suruhan) dan taat (perintah dan suruhan Imam atau Amir) di dalam keadaan kepayahan (atau kesempitan atau menyulitkan) dan dalam keadaan kesenangan (atau mudah) dan dalam keadaan bersemangat (yakni, ingin dan dgn penuh rela) dan dalam keadaan membencikan (atau yg tidak disenangi atau disukai perintah), dan dalam keadaan pilih kasih (atau berat sebelah) (terhadap kamu sekelian).'[Hadith Muslim]
Saudara, hadith ini menyebutkan berbagai sinario yg kita sebagai anggota jema'ah hadapi dalam hubungan kita dgn kepimpianan (Imam atau Amir) itu atau dalam realiti ketetapan atau suruhan atau perintah yg diperintahkan atas kita oleh kepimpinan (Imam atau Amir) tersebut. Ada yg perintah yg amat sulit kita terima dan laksanakan. Ada ketetapan yg mudah pula kita laksanakan dan ada pula yg amat susah pula untuk kita terima, apa lagi laksanakan. Dan, ada pula perintah atau ketetapan Imam atau Amir yg jelas menganaktirikan kita dan melebihkan orang lain, terutama kalau orang yg diberi keutamaan atau keistimewaan oleh Imam atau Amir itu, pada hemat kita, tidak wajar diberi keistimewaan atau diberi sesuatu, walhal kita terfikir bahawa kita lebih layak (deserving) darinya pula. Kita wajib dengarkan dan taati perintah dan ketetapan Imam atau Amir itu walaupun kita dianaktirikan dalam segala pertimbangannya tentang sesuatu. Yg penting, kita wajib dengar dan taat, selagi kita tidak disuruh lakukan atau laksanakan sesuatu yg bersifat maksiat, yakni menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Saudara, Imam (atau Amir), atau umumnya pemimpin itu adalah manusia biasa. Sejauh mana dia berlaku adil tertakluk kpd ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg ada pada dirinya dan juga orang yg mengelilingi dan yg menasihatinya. Kalau penasihatnya orang yg kental imannya dan memang tinggi ketaqwaannya, maka Imam akan mendapat pembantu yg memudahkan pentadbirannya dan mempastikan dia melakukan segala sesuatu yg menepati ketetapan Islam dan syariatnya. Maka syurga miliknya. Namun, sebagai manusia biasa Imam seringkali dipengaruhi oleh orang disekelilingnya juga. Maka dgn itu dalam Islam tanggungjawab yg dipikul Imam itu amat berat. Di akhirat kelak dia bertanggungjawab di hadapan Allah (a.w) terhadap segala sesuatu yg dilakukannya semasa di dunia dan semasa memimpin jema'ahnya. Kalau dia alpa dalam membimbing jema'ahnya dalam mentauhidkan Allah (a.w), menegakkan dan mengimarahkan syirar Islam dan dalam mengilmukan jema'ahnya (yakni, menghapuskan kejahilan jemaahnya tentang Islam, dan membimbing jema'ahnya menjadi orang yg beriman dan bertaqwa), dia tidak diberikan syurga. Imam, yakni pemimpin itu, adalah orang yg terakhir masuk syurga, jikalah dia berjaya mendapat syurga. Kalau dia berjaya mentadbir-uruskan jema'ahnya sebaik mungkin menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dia mendapat tahap syurga tertinggi pula bersama-sama dgn para nabi dan rasul, para syuhada dll yg diberikan keistimewaan oleh Allah (a.w) kerana iman dan ketaqwaan mereka.
Kita sebagai anggota jema'ah berjaya mendapat syurga jika kita menepati tiga perkara: pertama, taatkan Allah (a.w); kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w) dan ketiga, kita taatkan Imam. Imam mendapat syurga kalau dia taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, dia mentadbirkan jema'ahnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan dia sendiri akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan dia tidak menzalimi jema'ahnya dan dia berusaha menguruskan jema'hnya sebaik mungkin mengharapkan kesemua ahli jema'ahnya mendapat ganjaran syurga di bawah pimpinannya.

Jazakallahu khairah
   

No comments:

Post a Comment