Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita membicarakan tentang perintah Allah (a.w) bahawa orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu wajib taatkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Dan, orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu juga diwajibkan ikuti perintah dan suruhan Imam atau Amir yg memimpin jema'ah umat Islam. Kalau perintah dan suruhan atau ketetapan Imam atau Amir itu ditolak atau dingkari atau ditentang, maka dia adalah dikira menolak atau mengingkari atau menentang Allah (a.w). Kemudian, kita komen sedikit sebagai nota sistem Islam yg hak itu berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah spt Nota yg dimuatkan dalam post tersebut, iaitu spt berikut:
[Nota: Islam yg haq itu adalah Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) (Ayat 103, Surah ali-Imran = Ada Jema'ah ada ikrar janji taat setia (Bai'at) (Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath dan 12, Surah al-Mumtahannah) dan sebagaimana diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Antara sabda Rasulallah (s.a.w) satu daripada perintah Allah (a.w) supaya dia (Nabi) laksanakan dalam Islam adalah perintah berjema'ah dalam Islam. Sistem Islam yg benar itu (yakni, yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) dirumuskan oleh Omar b Khattab (r.a) dalam hadith: 'Sesungguhnya tidak dikatakan (yakni, dikira) Islam kecuali dgn berjema'ah, dan tidak dikatakan berjema'ah, kecuali dgn keimaman (yakni, ada sistem keimaman), dan tidak dikatakan ada (sistem) keimaman kecuali dgn ketaatan (kpd Imam, termasuk yg menjalankan tugas keimaman); maka barangsiapa yg menjadikan (yakni, mengangkat) seorang Imam atas mereka (i.e. jema'ah) orang yg faham (Islam dan syariatnya), maka ada kehidupan (yakni, aman, selamat dan sejahtera) bagi Imam dan bagi jema'ahnya, dan barangsiapa menjadikan Imam selain dari orang yg faham (yakni tidak faham Islam dan syariatnya), maka rosak (atau, huruhara) bagi Imam dan huruhara bagi jema'ahnya.'(Hadith ad-Darami).' Saudara, sistem keIslaman yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah ini wujud zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan zaman 'Amirul mukminin', khalifah selepasnya, termasuk zaman kerajaan sistem raja (al-Malik) beberapa kurun selepas kematian khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Hari ini, sistem ini telah ditinggalkan oleh pemimpin orang Islam di merata dunia Islam. Soalnya: Bolehkah sistem Islam itu digantikan oleh sistem selainnya? Kalau tak boleh, apakah akibatnya? Mudah-mudahan para ilmuwan dan ulama' yg kononnya mengakui diri mereka berilmu dan faham Islam berikan kita penjelasan, insya Allah.]
Saudara, walaupun Imam atau Amir (yakni, pemimpin atau kepimpinan Islam) itu wajib ditaati dan dipatuhi, tetapi tertakluk kpd ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' iaitu: jika berselisih pendapat dikalangan kader kepimpinan Islam (yakni, imam dan orang-orang bawahannya = hirarki kepimpinan ='ulil amri') maka mereka wajib merujuk untuk mendapakan ketentauan atau penjelasan atau ketetapan muktamad dari al-Quran dan as-Sunnah. Begitu juga, jika Imam dan jema'ahnya bertentangan pendapat, maka mereka juga wajib lihat al-Quran dan as-Sunnah penyelesaiannya atau keputusan mengenai apa yg mereka petikaikan. Malahan diperjelaskan lagi dalam as-Sunnah, Imam atau Amir (yg memimpin jema'ah umat Islam) tidak wajar, malah dilarang ditaati, jika Imam atau Amir tersebut perintahkan buat sesuatu yg maksiat (= sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).
Insya Allah, kita akan teliti ketetapan Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tentang sistem pemerintahan Islam ini dalam beberapa post yg akan datang. Ini akan membolehkan kita faham ketetapan Islam yg sebenarnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment