Wednesday, April 27, 2011

Kefahaman Ilmuwan Tentang Islam...

Assalamualaikum,
Saudara, secara kebetulan, penulis terjumpa sebuah buku bertajuk: Introduction to political Science' karangan dua pensyarah universiti iaitu Abdul Rashid Moten dan Syed Serajul Islam. Tak taulah dia Melayu atau tak. Rasanya buku ini adalah sebagai teks bagi mahasiswa. Tapi hanyalah satu intro bukanlah analisis mendalam tentang topik-topik yg dibincangkan oleh mereka.
Penulis tertarik dgn apa yg mereka tulis tentang Islam, contohnya; pertama, bab 1- Politics in Islamic System; kedua, Bab 4 -Eastern Muslim Thinkers dan Comtemporary Eastern Muslim Thinkers; ketiga, Bab 5- State in the Muslim World; keempat, Bab 6 - The Islamic Political System; kelima, Bab 7 - an Islamic Perspective (to unitary, federal and con-federal states); keenam, Bab 8 - Forms of Government: Muslim Perspectives; ketujuh, Bab 10- Legislature in an Islamic System (menyentuh badan perundangan dalam kerajaan); kedelapan, Bab 11 - Executive in an Islamic Political System (tentang kuasa eksekutif, i.e. 'ulil amri' dalam Islam?), kesembilan, Bab 13 - The Judiciary in Islamic System (yakni, sistem perundangan); kesepuluh, Bab 14 - The Muslim World (tentang peranan tentera dalam politik); kesebelas, Bab 15 - Islam as an Ideology (menyentuh ideologi-ideologi politik); kedua belas, Bab 17 - Nationalism and Islam (menyentuh konsep nationailsma, ethononationalism (i.e. nasionalisme berlandaskan kesukuan kaum atau perkauman) dan internationalism); ketiga belas, Bab 17 - The Islamic School and Feminism (i.e. hak wanita dalam pelbagai sistem masyarakat dan politik); keempat belas, Bab 18 -Islam's Concerns for Environment; kelima belas, Bab 19 - Parties in the Muslim World (menyentuh tentang parti politik dan sistem parti dalam Islam); keenam belas, bab 21 - Elections in the Muslim World (tentang pemilihan kepimpinan dalam Islam); ketujuh belas, Bab 23-Islam and Terrorism (menyingkap tentang isu political violence, revolution dan Terrorism); kedelapan belas, Bab 24 - Civil Society (keharmonian masyarakat); dan kesembilan belas, Islamic Framework in International Relations (menyentuh tentang hubungan natara negara dan bangsa sedunia). 
Jelasnya, buku ini adalah buku teks yg tujuannya, rasanya, untuk memperkenalkan tajuk atau matapelajaran 'Political Science' kpd pelajar tahun mula (atau pertama, atau pre-University dan kolej). Kerana buku ini adalah satu 'introduction' kpd sabjek 'political Science' maka adalah ringkas saja dan tidak mendalam. Ia mengandungi 27 bab dan sejumlah 19 bab menyebut sedikit sebanyak pendapat dua pengarang ini (dan pemikir-pemikir yg dirujuk oleh mereka) tentang isu atau tajuk atau perkara yg ada kaitan dgn pemikiran Islam (yakni, pemimpin, kerajaan atau masyarakat Islam, melalui realiti sejarah atau semasa). Kedua-dua penulis tidak merujuk kpd al-Quran atau as-Sunnah dalam mengolah perkara-perkara yg dibincangkan dalam buku mereka). Maka, dgn itu apa-apa yg disebutkan sebagai rumusan atau penemuan mereka tentang Islam, tidak boleh dianggapkan benar, atau sejajar dgn sistem yg disyariatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menyentuh politik masyarakat manusia.
Oleh yg demikian, buku ini, apakala dibaca oleh pelajar bukan Islam, yg tidak faham Islam, mereka mungkin terpengaruh seolah-olah itulah respons atau riaksi Islam terhadap perkara-perkara yg dibincangkan. Malah pelajar Melayu yg tidak memiliki cukup pendedahan tentang Islam juga akan terpengaruh bahawa itulah sistem atau pendekatan Islam dan pemimpin Islam dalam perkara-perkara yg dibincangkan itu. Maka buku ini mungkin mencetuskan pandangan atau tafsiran yg tak betul tentang Islam. Kemungkinan juga Islam tercemar kerana kedua-dua penulis memandang Islam tanpa dibekalkan dgn ilmu yg mantap tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
saudara, penulis akan komen setiap tajuk dalam post-post yg akan datang, dgn harapan penulis buku ini dan pembacanya dapat diperbetulkan jika berlainan dari pandangan atau worldviews Islam, insya Allah

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm,

    Kalau perbincangan hal agama Islam atas pendapat ahli-ilmuan saja dan tidak merujuk kpd Al-Quran & Al-Sunnah patut dikaji isinya. Tidak mungkin semua yg diutarakan itu benar dan bolih diterima pakai. Ibarat macam kes penentangan keras kaum India tentang perkataan " pariah" dlm nobel Interlock. Padahal perkataan "paraiah" itu memang masa itu wujud dan sudah menjadi ungkapan yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan ( Caste ) orang India. Itu pun diperjuangkan "bermati2an". Olih itu buku yg dirujuk ini perlu diteliti tentang kebenaran isi penulisannya. Jika terdapat usur yg tak benar atau terkeluar dari landasan Islam berdasarkan Quran & Hadith, kita dan setiap yang beriman perlu menjaga dan mempertahankannya kesucian Islam itu.

    ReplyDelete