Tuesday, April 5, 2011

Orang yg Dimurkai Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Rasanya sudah jemu saudara membaca post tentang perkara yg sama, iaitu 'golongan yg sesat & tersasar', dalam beberapa post sebelum ini. Namun, saudara wajib tahu dan diberitahu supaya tidaklah sia-sia saja mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah, tapi kesemuanya tidak diterima Allah (a.w). Rugilah setelah bersusah payah. kalau sesuatu amalan dan ibadah itu tidak diterima Allah (a.w), bererti tiadalah catitan pahala dalam Kitab Catatan Amalan kita (tetapi catitan dosa tetap ada, kerana amalan atau ibadah tersebut tidak dikerjakan!). Begitu jugalah dgn amalan dan ibadah yg dicemari oleh bid'ah. Apabila kita kerjakan, tidak diterima Allah (a.w), namun kita tetap dikira tidak mengerjakannya, maka mendapat dosa kita spt biasa! Besar kerugiannya jika kita amalkan dan ibadahkan sesuatu yg tidak menepati ketetapan Islam (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).
Saudara, kita lihat di bawah ini sepotong hadith yg mengenai kesemua orang yg akui dirinya Islam, malah beriman pula, tetapi tidak menepati sifat Islam dan iman sebenarnya, iaitu orang yg akui dirnya Islam tapi jahil tentang apa yg diamal dan diibadahkan olehnya.
Rasulallah (s.aw) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur, murka kpd setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmi dunianya (tetapi) bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu ahiratnya.' [Hadith al-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
Saudara, ramai orang Islam yg bijak dan pintar sekarang ini. Kebanyakan mereka, apabila bekerja, mereka memegang jawatan ugama dalam pelbagai organisasi ugama. Sekurang-kurangnya menjadi ustaz dan ustazah di sekolah-solah ugama. Ada yg diberi penghormatan sebagai orang golongan berilmu dan intelektual menjadi profesor atau pensyarah di institut pengajian tinggi kerajaan ataupun swasta. Ada yg lebih enterprising, membuka syriakat motivasi sendiri, kerana pandai bercakap dan berhujjah, maka menjadi pula selebriti dalam media TV dan radio atau sebagai pendakwah bebas!
Mereka itu orang yg banyak ilmu dunianya. Pandai menggunakan kesempatan untuk mendapatkan laba dunia. Ada yg begitu brjaya di dunia sehingga menjadi kaya lana - ada rumah besar, kereta besar, poket besar dan seumpamanya. Tapi, sayangnya mereka dimurkai Allah (a.w) kerana kerana banyak ilmu dunianya, berjaya di dunia. Disanjung dan diberi tempat dan gelaran dan sebagainya. Tapi, dalam ilmu akhirat mereka jahil atau bodoh. Mereka bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji atas taklid atau ikuti tradisi orang-orang yg menunaikan ibadah-ibdah tersebut tanpa sandaran ilmu yg hak. Mereka tak pernah semak amalan dan ibadah berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka kerapkali malan dan ibadah terpesong dari ketetapan as-Sunnah atau apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka tidak diterima Allah (a.w). 
Justeru itu, janganlah kita jadi pak turut. janganlah kita menyusahkan diri kta sendiri, apabila beramal dan beribadah, tidak pula mendapat apa-apa pahala. Malahan dapat dosa pula ...Carilah ilmu akhirat (iaitu al-Quran dan as-Sunnah), dan jangalah fokuskan kehidupan seharian kita kpd mendalami ilmu dunia semata-mata. Ingatlah, ilmu dunia untuk keguana masa yg sengkat. Walhal, ilmu akhirat itu adalah untuk menyediakan bekalan dalam kehidupan yg amat panjang, malah tanpa kesudahanpun...

Jazkallahu khairah

No comments:

Post a Comment