Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun sentuh perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, khususnya Ayat 208, Surah al-Baqarah bahawa umat Islam yg beriman itu diwajibkan memeluk Islam atau terima ugama Islam atau syariat ugama Islam itu keseluruhannya. Tidak boleh ikut atau terima sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Zaman Rasulallah (s.a.w) dahulu, segolongan orang Yahudi (atau Bani Israil) yg menerima Islam tetap mengutamakan hari kebesaran dalam zaman Musa (a.s) dan selepas beliau, tetapi sebelum kedatangan Islam, iaitu hari Sabtu, sebagai hari utama dalam ugama mereka di bawah Kitab Taurat. Maka, apabila mereka memeluk Islam, mereka kekal bersolat secara berjema'ah pada hari Sabtu dan tidak mengutamakan Solat Jum'at, walhal hari Jum'at adalah hari yg dimuliakan Islam.
Hari ini kita juga lihat tindak tanduk yg serupa di kalangan umat Islam apabila mereka tidak menerima ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran bahawa wajib bagi umat Islam itu anuti atau pegang ugama dan syariat Islam itu secara berjema'ah dan tidak berfirqah. Dan, umat Islam juga terima sebahagian ketetapan as-Sunnah dan tidak mahu laksanakan sebahagian ketetatapn as-Sunnah, walhal Allah (a.w)m perintahkan umat Islam dalam Ayat 7, Surah al_Haysr itu, supaya ambil segala sesuatu yg dibawakan, yakni yg disampaikan, oleh Rasulallah (s.a.w), dan jauhi yg ditegahnya kesemuanya! Tapi, majoiriti umat Islam yg akui diri mereka Islam dan beriman, sesetengah ketetapan as-Sunnah ditolak dan sebahagian yg ditegah dibuat mereka (contoh: Berkepercayaan wujudnya 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa semua atau setiap bid'ah itu adalah sesat dan tiada yg terkecuali.
Firman Allah (a.w): 'Waktasimu bihablillahi jami'an wala tafarraqu ...' (yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu sekelian dalam ugama Allah (a.w) (yakni, Islam) secara berjema'ah ...) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Islam mensyaratkan umatnya supaya berjema'ah dalam mengamalkan Islam dan syariatnya. Islam juga menengah umatnya berkumpulan atau berkelompok berasingan yg memecahbelahkan umat Islam. Justeru itu, apabila telah diwujudkan sistem berjema'ah dalam Islam, maka wujudlah superstruktur umat Islam yg berdasarkan kpd sistem berjema'ah tersebut. Sistem berjema'ah tersebut mengandungi beberapa ciri khusus iaitu; pertama, wujud jema'ah umat Islam (Ayat 103, Surah ali-Imran); kedua, wujud sistem keimaman, yakni ada hirarki kepimpinan yg khusus, apabila jema'ah dipimpin oleh seorang Islam dan dibantu oleh kader pemimpin yg membantu imam (Ayat 59, Surah an-Nisa'); ketiga, wujudnya ikrar taat setia atau janji taat setia dalam sistem tersebut, iaitu anggota jema'ah mentaati pemimpin dan melaksanakan syariat Islam dalam semua dimensinya sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w), yakni al-Quran (Ayat 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah), dan sebagaimana yg diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) menterjemahkan sistem jema'ah dan kepiminan yg dilakarkan Allah (a.w) tersebut ke dalam realiti kehidupan umat Islam di dunia. Pemimpin menerajui dan membuat peraturan melaksanakan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam kehidupan dunia, yg tujuan akhirnya supaya kepimpinan dan jema'ah, berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka.
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu at'ullaha wa-ati'urrasula wa-ulil amri minkum ... hingga ke akhir ayat.' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w), (yakni, ikuti as-Sunnah) dan taatkanlah 'ulil amri' (= orang-orang yg memiliki perkara, yakni kepimpinan yg mentadbiruruskan jema'ah umat Islam dan yg dipertanggungjawabkan menterjemahkan dan melaksanakan ketetapan Allah (a.w) di muka bumi) ... hingga akhir ayat. [Ayat 59, Surah an-Nisa']
Dalam menjelaskan firman Allah (a.w) ini kita lihat hadith berikut yg memperincikan firman Allah (a.w) di atas itu:
Menceritakan hadith dari Zuhri (berkata) mengkhabarkan kpdnya oleh Abu Salamah b Abdul Rahman bahawasanya dia (Abu Salamah) mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa mentaati aku (Nabi) maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w), dan barangsiapa menentang aku (Nabi) sesungguhnya dia menentang Allah (a.w); dan barangsiapa mentaati amirku (i.e. kepimpinan jema'ah), maka sungguh-sungguh dia mentaati aku (Nabi), dan barangsiapa menentang Amirku (Nabi), maka sungguh-sungguh dia menentang aku (Nabi).' [Hadith Bukhari, Kitab Ahkam (Hukum)]
[Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w) ini adalah mengulangi perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa', iaitu sesiapa yg mentaati Aku (Nabi) maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w).]
Saudara, di dalam sistem jema'ah itu, Amir atau Imam itu wajib ditaati. Mentaatinya sama dgn mentaati Nabi (s.a.w), dan kerana itu kita mentaai Allah (a.w), kerana Nabi (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) dan Amir atau Imam itu menyampai ketetapan Rasulallah (s.a.w) untuk memandu manusia yg Islam dan beriman dalam menjalani kehidupan dunia menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, urah az-Zariat yg sering kita rujuk dalam blog ini. Jelaslah, dalam Islam itu berjema'ah dan kepimpinan dari kalangan orang yg hidup itu suatu kewajipan dan suatu kemestian. Inilah yg tiada dalam sistem aqidah kebanyakan umat Islam di dunia sekarang ini! Kemudian, sejajar dgn perintah Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' di atas tadi, kita diberitahu secara khusus oleh Allah (a.w) (dan, bagi mereka yg mengaji as-Sunnah dgn sempurna dan terpimpin), bahawa kita wajib taati ketetapan atau perintah Imam atau Amir itu selagi perintah Imam atau Amir itu tidak bercanggah dgn ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni as-Sunnah). Jika terdapat pertelingkahan atau perbalahan atau perbezaan pendapat tentang sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, maka wajib semua pihak - Imam atau Amir dan jema'ahnya - kembali merujuk untuk ketetapan (atau keputusan) yg haq lagi mutlak dari al-Quran dan as-Sunnah.

Alhamdulillah, mudah-mudahan saudara yg membaca post dan blog ini faham apakah sistem jema'ah tersebut dalam Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment