Thursday, April 21, 2011

Kematian: Amalan Jahiliah yg Besar Dosanya

Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg sering memerhatikan gelagat orang Melayu dalam perkara ugamanya berbanding dgn apa-apa yg menjadi kelaziman, budaya dan amalannya, kita akan dapati begitu banyaknya perlakukan atau perbuatan yg sama sekali bertentangan Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah amalan spt yg disebutkan dalam hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Habban b Hilal hadith yg diceritakan oleh Aban hadith yg diceritakan oleh yahya bahawasnya Zaid menceritakan bahwasanya Aba salam menceritakan hadith kpdnya oleh Aba Malik al-As-sya'ari menceritakan hadith bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Empat perkara di dalam umatku (yakni, menjadi amalan umat Islam zamannya) adalah dari perkara amalan jahiliah tidak ditinggalkan oleh umatku: (pertama) berbangga dgn keturunan; (kedua) mencela keturunan; (ketiga) meminta hujan dari tukang nujum (i.e. ahli bintang); dan (keempat)  mentangisi mayat (yakni, dgn mengeluarkan suarayg kuat = meraung).' Dan bersabda Nabi (s.a.w): 'perempuan yg mentangisi mayat (spt kematian orang yg dikasihi) jika tidak bertobat kemudian (kebetulan) mati dia, dibangkitkan di hari kiamat kelak dgn dipakaikan atas pakaiannya pakaian dari tembaga dan bajunya dari sesuatu yg gatal.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
saudara, hadith di atas itu memberitahu kita bahawa hendaklah kita tinggalkan perkara-perkara yg menjadi amalan orang jahiliah, yakni orang yg belum memeluk Islam; iaitu:
Pertama, berbangga dgn keturunan, kononnya adalah keturunan raja, orang-orang kenamaan, keturunan Arab atau keturunan Rasulallah (s.a.w), maka dgn kerana itu berbangga diri, malah merasa exclusive pula, tak sama taraf dgn orang lain;
Kedua, mencaci keturunan, ketika berlaku sesuatu yg tidak menyenangkan, susah hidup, berkedudukan terhimpit, maka dirasai wujud kesialan dalam keturunan, maka mencacilah nenek moyang kita;
Ketiga, berjumpa dgn tukang telek atau bomoh hujan atau ahlu nujum untuk mendapat alamat atau meminta supaya dilakukan sesuatu untuk dapat hujan; dan
keempat, mentangisi mayat atau kematian dgn bersuara spt meraung atau sampai teresak-esak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu wanita yg mentangisi mayat ahli familinya sehingga keluar suara, di akhirat kelak dibangkitkan dgn dipakai jubah atau baju luar yg diperbuat dari tembaga dan baju dalamnya dari bahan yg amat gatal. Fikirkanlah siksanya ketika matahari berada sejengkal di atas ubun-ubun kita, kita merasai panas tembaga yg dipanaskan matahari, kemudian merasa gatal pula kerana peluh, tapi tidak dapat menghilangkan kegatalan tersebut. Alangkah siksanya.
Saudara, sesungguhnya setiap kita datang ke dunia kerana diberi kesempatan oleh Allah (a.w) menikmati hidup di dunia, dan telah dijanjikan bahawa kita akan kembali kpdNya. Tiada pilihan. Yg kita harapkan adalah kita kembali untuk mendapat kesenanagn dan kesejahteraan walaupun mungkin ketika di dunia kita susah, tersiksa jiwa raga, apatah lagi merempat dan melarat pula!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment