Friday, April 15, 2011

Pakaian (Wanita) Islam: Syarat-syarat yg Ditetapkan Islam (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan topik di atas itu, kita telahpun semak empat drp 8 syarat-syarat yg mesti dipatuhi oleh wanita Islam dalam perkara pakaian. Empat syarat yg telah kita ketahui adalah: pertama, pakaian tersebut hendaklah menutupi kesemua tubuh wanita kecuali yg boleh diperlihatkan kpd orang-orang yg bukan makhramnya adalah muka, kedua telapak tangan dan kulit belakang jari-jari-jari tangan; kedua, pakaian tersebut tidak dihiasi, yg menjadikan orang tertarik melihatnya; ketiga, hendaklah pakaian wanita Islam itu bukannya diperbuat dari kain yg nipis (yakni, boleh kelihatan apa yg disaluti oleh pakaian tersebut kerana 'lut cahaya' atau 'telus pandang' atau transparent). Dan, telah kita teliti dalam post yg lalu syarat keempat bahawa wanita Islam itu dilarang memakai pakaian, walaupun tebal, seolah-olah menampakkan susuk bentuk tubuh badannya.
Saudara, syarat kelima diperjelaskan dalam hadith berikut, iaitu wanita Islam tidak dibenarkan memakai bau-bauan yg semerbak, kerana itu apakala dia berjalan di khalayak ramai, akan tercium oleh lelaki yg bertembung dgnnya.
Diriwayatkan hadith dari as-Asy'ari berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Dimana-manas sahaja seorang wanita itu memakai wangi-wangian maka lalu dia di hadapan kaum (yakni, khalayak ramai) supaya menjumpa dia perempuan yg wangi baunya, maka sesungguhnya dia ahli zina (yakni, berdosa besar).' [Hadith Riwayat an-Nasa'i, Kitab Perhiasan]
Saudara, wanita Islam yg memakai bau-bauan yg apakala orang sekelilingnya terbau atau tercium kewangiannya atau kewangian pakaiannya seumpama ahli zina, yakni berdosa besar. Wanita Islam boleh memakai bau-bauwan yg tidak wangi atau kewangiannya tidak jelas dapat dibau oleh orang sekelilingnya.
Syarat keenam adalah wanita Islam itu dilarang memakai pakaian ytg menyerupai pakaian lelaki. [Nota: lelaki juga dilarang memakai pakaian yg menyerupai pakaian wanita].
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w): melaknat seorang lelaki yg memakai pakaian wanita, dan wanita memakai pakaian lelaki.' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian. Disahkan oleh al-Bani sebagai sahih]
Saudara, orang yg dilaknat itu mendapat dosa besar dalam Islam kerana melakukan sesuatu yg dilaknat Rasulallah (s.a.w).
Syarat ketujuh adalah seseorang yg memakai pakaian yg menyerupai pakaian yg dipakai oleh orang kafir. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg menyerupai pakaian sesuatu kaum (yakni, yg bukan Islam), maka dia termasuk dari kalangan mereka.' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian. Hadith yg baik dan sahih]
Hadith berikut juga adalah dalil mengenai perkara ini, iaitu:
Telah berkata Abdullah b Amru b 'Ass: 'Telah dilihat oleh Rasulallah (s.a.w) atasku pakaian yg diwarnakan dgn warna 'aspar' kuning gelap (i.e. seumpama warna pakaian sami Hindu atau Budha), maka bersabda dia (Nabi): 'Sesungguhnya ini adalah pakaian orang kafir, maka janganlah engkau memakainya.' [Hadith Muslim, Kitab Pakaian]
Saudara, syarat kedelapan, yakni terakhir drp delapan syarat yg menjadi ketetapan Islam mengenai pakaian wanita Islam itu, adalah pakaian yg tidak merupakan pakaian berjenama yg mahal sebagaimana yg dipakai oleh model apabila mempamirkan atau menunjukkan jenama tertentu. Pakain sedemikian itu adalah mahal harganya. Pakaian sedemikian juga dipakai oleh selebriti atau orang-orang yg menjadiidola kpd manuia dalam perkara dunia.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (ra) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg memakai pakaian terkenal (atau tersohor) di dunia, maka akan memakaikan oleh Allah (a.w) padanya pakaian yg hina di hari akhirat kelak kemudian menyalakan api atas pakaian tersebut dgn api Neraka.' [Hadith ibnu Majah, dalam Kitab Pakaian]
Orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan ditegah memakai pakaian berjenama yg mahal, pakaian yg dijadikan pakaian selebriti di dunia yg selalunya amat mahal harganya. Orang islam itu tidak boleh berlagak, membazirkan wang dan harta, dan menunjuk, atau mempamirkan diri atau menerampilkan diri untuk bermegah-megah yg pula menjadi anagn-anagan atau idola manusia di dunia. Orang yg melakukan sedemikian ketika di dunia, di akhirat kelak akan dipakaikan pakaian tersebut kemudian dinyalakan api neraka atas pakaiannya!
Saudara, kita rumuskan delapan syarat dalam perkara pakaian wanita Islam itu; iaitu: pertama, hendaklah pakaian itu menutup kesemua tubuhbadan wanita itu, kecuali dibolehkan terlihat oleh orang bahagian muka, kedua telapak tangan dan kulit jari-jari tangannya; kedua, pakaian tersebut tidak diperhiaskan dgn sesuatu yg boleh teruja orang melihatnya; ketiga, tidak memakai pakaian yg telus pandang atau nipis sehingga boleh dilihat tubuhbadannya; keempat, tidak memakai kain yg tebal yg boleh melambangkan susuk tubuh badannya; kelima, memakai bau-baunan atau minyak wani; keenam, pakaian yg menyerupai pakaian lelaki; ketujuh, pakaian yg menyerupai pakaian lazim orang kafir kerana budaya atau kerana ugama mereka; dan akhirnya, kedelapan, pakaian yg tersohor atau berjenama, yg dijadikan pakaian idola oleh manusia di dunia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment