Assalamualaikum,
Saudara, dalam dua post yg lalu kita telahpun lihat ketetapan Rauulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah - iaitu dua hadith kembar atau dua hadith yg seolah-olah 'two sides of the same coin' - yg menyebutkan bahawa apabila umat Islam berfirqah atau berpecah menubuhkan perkumpulan trasing di akhir zaman kelak menjadi 73 firqah atau golongan, 73 tak berjaya dapatkan syurga, dan hanya satu golongan saja yg mendapat syurga, iaitu golongan yg memiliki dua ciri, iaitu: pertama, mereka berpegang kpd as-Sunnah (sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan kedua, mereka juga amalkan Islam secara berjema'ah. Dalam blog ini penulis sering highlightkan bahawa yg diiktiraf sebagai golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu bukan sebarang golongan umat Islam, tetapi umat Islam yg pegang as-Sunnah sebagai ilmu dan panduan hidup sebagai orang iman dan mereka amalkan Islam dalam suatu jema'ah yg formal. Golongan inilah yg tak sesat dan tersasar, selainnya Islam tetapi gagal dapat syurga di akhirat kelak!
Saudara, dalam membincangkan tajuk di atas juga, dalam beberapa post yg lalu, kita telahpun lihat hadith Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan bahawa seburuk-seburuk perkara atau perbuatan dalam Islam adalah membuat pembaharuan dalam Islam atau membaharui syariat Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua pembaharuan sedemikian itu adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah kesesatan (yakni, menyesatkan orang yg mengamalkannya) dan semua kesesatan menjerumuskan orang yg terlibat dgnnya ke dalam neraka, yakni pasti tak dapat syurga. Isu bid'ah ini amat sensitif kpd para ulama' dan ilmuwan Islam, kerana majoriti di kalangan ulama' menyakini wujudnya 'bid'ah hasanah'. Keyakinan sedemikian adalah bertentangan dgn perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yg menyatakan 'kesemua' atau 'tiap-tiap' bid'ah dalah sesat. Maksudnya, kalau bid'ah takda satupun yg sah atau tak sesat dan menyesatkan. Mengamalkan bid'ah adalah satu dari sebab orang Islam sesat dan tersasar dari berada di atas 'siratul mustaqim', jalan ke syurga itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kata-kata atau tulisan atau kitab atau buku atau karangan) itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk (hidayah) itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (hidayah) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutilah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ugama atau syariat Islam, seperti amalan dan ibadah). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara itu adalah pembaharuan kepada pekara (ugama atau syariat Islam, seperti ibadat atau amalan). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ugama atau syariat Islam, seperti ibadat dan amalan) itu adalah ‘bida’ah’. Dan semua (atau setiap) bida’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).][Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Di dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman bahawa Rasulallah (s.a.w) membawakan dua perkara iaitu al-Quran dan al-Hikmah (iaitu as-Sunnah). Dalam sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (yakni, al-Quran) dan bersama-samanya (yakni yg diberikan Allah (a.w) bersekali dgn al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, seiring dgn al-Quran itu, iaitu al-hadith).' [Hadith Abu Daud].
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam banyak hadith menyebut tentang kesan atas seseorang yg mengamalkan bid'ah, iaitu hadith-hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Yg bermaksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku, i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan atau ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Bukhari].
Maka dengan itu sia-sia sajalah segala amalan kita yg tidak menepati ketetapan as-Sunnah atau jika tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kita wajib ingat bahawa segala bentuk serta kaedah dan cara beribadah dan beramal adalah segala sesuatu yang diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Amalan selainnya, walaupun kelihatan baik, tetapi tetap terkeluar dari amalan dan ibadah Islam dan syariatnya. Maka semuanya batil! Dan, ketetapan yang sama disebutkan dalam hadith berikut juga, iaitu:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Yg bermaksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Saudara, dua hadith di atas ini menunjukkan bahawa mengamalkan bid'ah itu membatalkan segala pahala yg boleh didapati dari sesuatu amalan tersebut. Malangnya, majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam hari ini menolak ketetapan dua hadith tersebut dgn menyatakan bahawa setiap bid'ah itu membatalkan amalan yg dicemari oleh bid'ah. Kenapa? Mungkin, mereka meletakkan as-Sunnah sebagai ketetapan yg 'inferior', tidak setaraf dgn al-Quran. Tapi, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa al-Quran dan as-Sunnah adalah kurniaan Allah (a.w).
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kefahaman tentang Islam sebagaimana yg sepatutnya. Jika tidak rugilah kita.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment