Tuesday, April 19, 2011

Golongan yg Mustajab Doanya (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post kelmarin kita telah teliti dalam as-Sunnah tiga golongan (orang iman = orang yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) yg amat mustajab doa mereka. Doa mereka tidak ditabiri atau dibatasi oleh apa sekalipun, ketika mereka berdoa, akan pasti sampai kpd Allah (a.w) dan dikabulkan; iaitu: pertama, doa kedua ibubapa terhadap anak-anaknya; kedua, doa orang yg dalam musafir sehingga kembali dia ke rumahnya semula; dan ketiga, doa orang yg dizalimi oleh orang lain. Oleh yg demikian, jika kita adalah salah seorang dalam golongan tersebut, berhati-hatilah mendoakan sesuatu yg melibatkan orang lain. Kalau seseorang itu dizalimi, dan dia mendoakan sesuatu yg buruk kpd orang yg menzaliminya atau kpd orang lain, doanya diterima Allah (a.w) dan dikabulkan. Maka dgn itu kita akan menerima musibah kalaulah dia doakan musibah terhadap kita. Begitu jugalah kedua ibubapa. Kalaulah salah seorang mereka, kita layani dgn buruk atau yg menyakitkan hati mereka, dia mungkin mendoakan sesuatu melalui kata-kata yg tidak disengajakannya terkeluar dari mulutnya sesuatu yg buruk, maka kita sebagai anaknya yg didoakan keburukan akan menerima keburukan atau musibah yg diucapkan olehnya melalui mulutnya sama ada disengaja atau tidak disengajai! Oleh itu berwaspadalah kita sebagai anak dalam melayani kedua ibubapa kita.
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu pula situasi bilamana doa seseorang iman itu mudah dikabulkan Allah (a.w) pula apakala doa kita itu di'amin'kan oleh para malaikat:
Menceritakan hadith daru Ummu Darda' berkata: 'Menceritakan hadith oleh tuanku (yakni, orang yg memilikinay sebagai hamba suatu ketika dulu) iaitu Abu Darda' bahwasanya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika berdoa seorang lelaki (atau perempuan)  pada saudaranya (sama-sama beriman atau rang iman) dgn keadaan ghaib (yakni, dia yg didoakan berada di tempat lain), maka berkata para malaikat (yg mendengar doa tersebut) ;Amin', dan bagi engkau (yakni, yg berdoa juga).' [Hadith Abu daud, Kitab Solat]
[Nota: Ummu Darda', seorang wanita tawanan yg menjadi hamba kpd Abu Darda', setelah dibebaskan oleh Abu darda' melalui bayaran olehnya, maka Abu Darda' menjadikannya isterinya.]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu mendoakan sesuatu kpd saudaranya sesama Islam dan beriman ketika saudara yg disoakan tersebut berada di tempat lain, maka para malaikat yg mendegar doanya akan menyambut doa tersebut dgn menyebut 'Amin' atau mengaminkan doanya. [Nota: 'Amin' bererti 'Semoga Allah (a.w) kabulkan'] dan doa malaikat itu (yakni, kalimah 'Amin' itu ditujukan mendoakan kpd yg didoakan dan orang yg mendoakan juga. Wajib diingati bahawa malaikat itu orang yg sentiasa patuh kpd perintah Allah (a.w) dan mereka rapat dgn Allah (a.w) , maka doa mereka pasti dikabulkan Allah (a.w). Di dalam as-Sunnah diberitahu bahawa di setiap lapisan langit terdapat malaikat. Di langit dunia sendiri terdapat populasi malaikat seramai sekali ganda manusia di dunia. Kalau ada 6 bilion manusia di dunia hari ini, terdapat sejumlah 12 bilion para malaikat.]. Jadi, kalau kita doakan kebaikan terhadap seorang sahabat lain, doa tersebut juga memanfaatkan diri kita apa yg kita doakan untuk sahabat tersebut.
Inilah dasar mengapa kita digalakkan menerima kiriman doa saudara sesama Islam untuk kita bacakan di Mekah atau Madinah, terutamanya selepas solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim selepas selesai tawaf megelilingi Ka'bah itu. Kerana doa sedemikian telah dijanjikan Allah (a.w), jika didoakan oleh anak Adam (a.w) (i.e. cucu cicit keturunan Adam) akan dikabulkan Allah (a.w).' [Nota: Lihat perkara 'Haji dan Umrah' dalam post-post yg lalu.] 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment