Assalamualaiku,
Saudara, dgn merujuk kpd buku in, Bab 4: Political Theory: The Development of the Discipline, pengarang buku ini menyebut pemikiran awal orang Islam tetang politik dalam Islam bermula dgn pemikiran tokoh-tokoh pemikir Islam tentang kepimpinan atau institusi keimaman dalam islam. Beliau menyebut sumbangan tiga tokoh, iaitu Abu al-Hassan al-Mawardi (pendekkan: al-Mawardi), Abdul Hamid Muhammad b Muhammad al-Ghazali (al-Ghazali) dan Abu Nasr Muhammad b Tarkham al-Farabi (al-Farabi). Apa pemikiran mereka?
al-Mawardi berpendapat bahawa syariat Islam itu mewajibkan wujudnya khalifah atai imam yg bertanggung menjaga syariat Islam, umat Islam dan mentadbirkan dunia, termasuklah dunia Islam.Imam dipilih oleh orang yg diberi kuasa memilih. Calun yg layak wajib memilik ciri-ciri: adil, alim, waras rohani dan jesmaninya, berani dan komited menjaga kedaulatan negara Islam dan hendaklah dari keluarga orang Quraisy. Golongan yg memilih hendaklah bersifat adil dan faham tentang kelayakan-kelayakan yg ada pada seorang yg boleh diangkat menjadi khalidfah. Penulis menyebut pula bahawa al-Mawardi menyebut tentang institusi Imam (atau keimaman) pula yg dilantik oleh ketua imam yg mentadbir jema'ah Islam. [Nota: Terdapat kekeliruan dan campur aduk di sini. Kerana penulis menyebut dua istilah iaitu Khalidfah dan Imam yg peranan kedua-duanya tidak berbeza]. al-Mawardi menyebutkan bahawa di dalam sesuatu jema'ah umat Islam tidak boleh wujud dua Imam. Apabila seseorang itu dilantik Imam maka dia tidak boleh dilucutkan jawatannya. Imam hanya boleh diturunkan jawatan jika dia melakukan sesuatu yg bertentangan dgn Islam, dia tidak lagi siuman dan kerana sifat-sifat fisikal yg tidak membolehkan dia melaksanakan urusan jema'ahnya. Penulis pula menyebut bahawa al-Mawardi menyebutkan peranan khalifah adalah menjaga kemurniaan ugama dan membuat penghakiman terhadap segala sesuatu menyentuh undang-undang dan keharmonian ugama dan umat Islam. Dia juga adalah ketua negara yg mempastikan keharmonian warga Islam dan yg bukan Islam dalam negara Islam.
Saudara, kita mungkin terkeliru. Atau, pengarang buku ini keliru apabila menyebut dua nama yg diberikan kpd ketua atau pemimpin agung umat atau jema'ah Islam itu, iaitu Khalifah dan Imam. Nampaknya beliau, seolah-olah menyebutkan dua jawatan berasingan. Khalifah adalah ketua negara manaka Imam adalah ketua ugama! Ini adalah sesuatu kekeliruan dan kecamukan dalam fikiran pengarang buku ini.
saudara, Islam itu wajib berjema'ah (ini adalah ketetapan pada Ayat 103, Surah ali-Imran) [Nota: dalam Seminar Pegang al-Quran dan as-Sunnah yg berlansung baru-baru ini anjuran Kerajaan Negeri Perlis, walaupun ramai para akademik atau ilmuwan Islam hadhir, mereka tidak sentuhpun isu kepimpinan atau jema'ah dalam Islam. Mereka lebih menumpukan perhatian kpd kesatuan (solidarity) dalam Islam]. Yg sebetulnya adalah ketua pemimpin jema'ah Islam itu digelarkan sebagai 'khalifah' selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itulah empat tokoh yg mentadbiruruskan jema'ah umat Islam selepas Rasulallah (s.a.w) dipanggil khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, gelaran yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa hayatnya, merujuk kpd mereka berempat. Selepas itu, ketua kepimpinan jema'ah Islam digelarkan 'Amirul Mukminin' atau 'Amir'. Dialah ketua kerajaan dan ketua ugama, kerana kerajaan dan ugama tidak terpisah dalam Islam yg haq itu. Kemudian dari itu ketua jema'ah Islam juga dipanggil secara generic oleh Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, sebagai 'Imam' atau 'Amir'. Imam adalah ketua negara dan ketua ugama dalam sistem politik Islam. Tidak ada wujud jawatan Khalifah dan Imam suatu masa dalam sesuatu masyarakat Islam itu.
Jika kita teliti sepenuhnya as-Sunnah, melalui kitab-kitab hadith yg wujud sekarang (sebanyak 51 kitab-kitab mengenai as-Sunnah, yg mana yg sering dirujuk adalah Kuttubul Sittah itu), kita akan dapati bahawa Imam itu dilantik secara konsensus jema'ah dari kalangan orang yg alim (berilmu serta faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah). Apabila dilantik beliau kekal dalam tugasnya dan tidak boleh digulingkan. Perintahnya hendaklah didengarkan dan dipatuhi sekuat mampu - perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau Imam tersebut berat sebelah ataupun zalim, wajib didengarkan dan ditaati juga, kecualilah dia memerintah sesuatu yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka dia tidak perlu didengar dan dipatuhi.
Di dalam Islam, as-Sunnah memberitahu bahawa Imam adalah ketua negara dan pemimpin jema'ah Islam. Dia dibantu oleh Imam hirarki kedua, ketiga, keempat dan seterusnya bergantung kpd seluas mana wilayah negara Islam tersebut. Hirarki ini mempastikan bahawa kuasa kekal dgn Imam yg terkeatas. Imam-imam dibawah mungkin disebut Imam Wilayah, Negeri, Daerah atau pertempatan dan sebagainya. Setiap peringkat Imam itu dibantu oleh beberapa orang lain, termasuklah juruhukum yg faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk menasihati Imam supaya mencapai keputusan yg tidak terkeluar dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jelaslah, sistem politik negara Islam yg dilakarkan oleh al-Mawardi itu adalah berteraskan situasi semasa zaman beliau dan tidak berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dgn itu terdapat dua institusi yg berbeza, iaitu Khalifah (ketua pemerintahan) dan Imam (ketua ugama). Dalam Islam ketua negara dan ketua ugama adalah orang yg sama, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah ketua negara dan ketua ugama. Ugama dan kehidupan duniawi tidak dipisahkan. Tak ada dichotomy dalam Islam antara duania dan akhirat.
Insya Allah, kta akan sambung lagi perbincangan kita di post yg selanjutnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment