Assalamualaikum,
Saudara, orang yg Islam dan beriman itu sentiasalah dia mengambil sepenuh kesempatan berdoa mengharapkan sesuatu Allah (a.w) berikan. Kerana sebagai manusia, kita memerlukan banyak perkara, tetapi tidak semua kita dapati atau mudah kita dapati. Tambahan pula Allah (a.w) menyuruh kita berdoa kpdnya (Ayat 60, Surah Ghafir (atu Mukmin) yg kita rujuk sebelum ini. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa doa itu adalah senjata orang iman. Segala sesuatu yg ingin kita pastikan diri kita terjaga dari pelbagai kemudaratan atau penganiayaan orang dapat kita tepis dgn berdoa. Yg penting kita menaruh 100% keyakinan terhadap ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tersebut. Kerana segala sesuatu keburukan tidak akan menimpa kita kecualilah sudah ditakdirkan oleh Allah (a.w) dalam qada' dan qadarnya menimpa kita. Demikian jugalah sesuatu keburukan yg hendak ditimpakan oleh orang lain terhadap kita tidak akan mengenai kita kalau tidak diqada dan diqadarkan oleh Allah (a.w) terkena kpd kita. Oleh itu, janganlah malas berusaha dan berdoa. Oleh itu janganlah cepat putus asa. Sentiasa memohon pertolongan Allah (a.w) dan jangan mengharapkan pertolongan dari orang atau manusia. Itulah prinsip utama dalam aqidah Islam. Minta hanya pada Allah (a.w) jangan minta pada manusia.
Saudara, ada dua ketetapan as-Sunnah yg mengajar kita bahawa doa kita tidak akan dikabulkan sekiranya kita melakukannya: Pertama, ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Zinad hadith dari A'raj hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'jangan berkata sungguh salah seorang kamu (ketika berdoa): 'Allahummaghfirli in syi'ta. Allahummarhamni in syi'ta' (yg bermaksud: 'ya Allah (a.w)! Semoga Engkau (Allah (a.w) ampuni daku, jika Engkau mahu.' 'Ya Allah (a.w)! Semoga Engkau (Allah (a.w) mengampuni dosa-dosaku, jika Engkau (Allah (a.w)) mahu.' Tidak menetapkan kamu pada permasalahan yg kamu hadapi (ketika berdoa), dan janganlah kamu memaksa Allah (a.w) dalam doamu.' [ Hadith Abu Daud]
Saudara, dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umatnya janganlah putus asa berdoa. Janganlah selepas begitu banyak dan kerap berdoa masih tidak dikabulkan Allah (a.w) kita berkata 'terpulanglah pada Allah (a.w) nak kabulkan atau tidak, kita tak kisah'. Kerana itu menyalahi ketetapan Allah (a.w). Kita sebagai hamba meminta, dan Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa Dia akan kabulkan doa kita. Terpulanglah pada Allah (a.w) menimbangkan nak beri di dunia atau di akhirat atau nak beri segera atau pada suatu ketika yg lebih baik hikmahnya, itu saja. Diberi tetap diberi. Kalaulah Allah (a.w) berikan ketika kita sudah mati di akhirat, adalah lebih baik, kerana orang yg doanya dikabulkan di akhirat pastilah dia ahli syurga! Lambat laun kita akan diberi. Yg perlu kita tetap dalam iman dan mengharap pada Allah (a.w), pasti suatu hari doa kita dikabulkanNya sama ada sejajar dgn apa yg kita minta atau lebih baik atau dikabulkan dalam bentuk lain yg tak kurang baiknya pada kita.
Diriwayatkan hadith dari Malaik hadith dari Abi Syihab hadith dari Abi Ubaidin hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Dikabulkan (sesuatu doa) salah satu kamu sekelian selagi tidak tergesa-tergesa kamu, maka kamu berkata: 'Sungguh-sungguh telah berdoa aku maka belum dikabulkan!' [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Saudara, hadith di atas itu adalah syarat kedua yg menyebabkan apakah doa kita dikabulkan atau tidak. Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas menyuruh kita jangan setiap kali kita berdoa kita mengharapkan segera dikabulkan, kerana Allah (a.w) itu maha tahu bila hendak mengkabulkan doa kita itu. Kerana, Allah (a.w)m mengetahui segala sesuatu. Dia tahu bilakah saat terbaik dan apakah pemberian terbaik untuk kita.
Janganlah putus asa. Janganlah komplen selalu setelah berdoa, tak juga dapat-dapat! Kerana, semua doa itu dikabulkan dalam berbagai bentuk dan dalam dimensi atau situasi yg terbaik bagi kita. Mungkin dikabulkan segera. Mungkin ditangguhkan pada suatu masa lain. Mungkin dikabulkan tetapi dikabulkan dalam bentuk-bentuk lain pula. Mungkin disimpan untuk diberikan di akhirat. Dapat pasti dapat.
Janganlah putus asa. Janganlah komplen selalu setelah berdoa, tak juga dapat-dapat! Kerana, semua doa itu dikabulkan dalam berbagai bentuk dan dalam dimensi atau situasi yg terbaik bagi kita. Mungkin dikabulkan segera. Mungkin ditangguhkan pada suatu masa lain. Mungkin dikabulkan tetapi dikabulkan dalam bentuk-bentuk lain pula. Mungkin disimpan untuk diberikan di akhirat. Dapat pasti dapat.
Saudara, bersabarlah dan janganlah cepat putus asa, bertawalallah dan berusahalan Allah (a.w) memberikan jalan keluar dalam semua kesusahan, kalau kita bersabar dan bertawakal kpdNya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment