Assalamualaikum,
Saudara, suatu ketika dulu penulis pernah turunkan doa atas tajuk di atas. Namun, oleh kerana belum lagi menjadi kelaziman umat Islam mengamalkan doa tersebut, maka kita tulis semula. Sebagai orang Islam yg beriman wajarlah dia mencari pahala dalam mengamalkan segala sesuatu yg dikira as-Sunnah, kerana mengamalkan segala sesuatu yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) mendapat ganjaran pahala. saudara, mudah mencari dan memperolehi pahala dalam Islam, jika kita memiliki ilmu yg lus tentang islam dan syariatnya, terutama as-Sunnah. Sehubungan itu, jika kita menghadiri Majlis Walimatul Urus (yakni, kenduri kahwin), eloklah kita doakan pengantin - lelaki dan perempuan atau keluarga pengantin dgn doa yg disebutkan dalam hadith berikut. Kita mendapat pahala dgn perbuatan yg amat mudah lagi ringan!
Diriwayatkan hadith dari Thabit hadith dari Anas (b. Malik) (r.a) berkata: 'Telah melihat Nabi (s.a.w) atas Abdil Rahman ibni 'Auf bekas marna kuning (di jari-jari tangannya), maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Apa ini (atau, apa dia ini)?' Maka berkata Abdil Rahman: 'Aku berkahwin dgn seorang wanita atas (yakni, dgn mas kahwin) dgn seberat biji kurma dari (cincin) emas.' Maka berkata (yakni, mendoakan) Rasulallah (s.a.w): 'Barakallahu laka' au-lim wa-lau bi-syahin' (yg bermaksud: 'Semoga Allah (a.w) memberkati engkau' dan buatlah walimah (yakni, kenduri) walaupun seekor kambing.' ) [Hadith Bukhari, Kitab Dakwat (Doa)]
Saudara, demikianlah ucapan yg sewajarnya seorang Islam dan iman itu ucapkan kpd keluarga pengantin atau kpd pengantin di dalam majlis perkahwinan. Mudah, dan dapat pahala pula.
Saudara, di dalam Islam diberi ganjaran pahala untuk mebgadakan kenduri sehari (semalam) dgn berhibur dan bersukaria. Tidak dibolehkan berhibur kerana pernikahan sedemikian lebih dari sehari. Yakni mendapat dosa pula kalau merayakan perkahwinan yg, suatu masa dulu di kalangan masyarakat Melau, selama tujuh hari tujuh malam! Dan ,emndapat pahala dan keberkatan pula ketika kenduri itu diundang anak-anak yatim dan orang-orang yg fakir dan miskin.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment