Assalamualaikum,
Saudara, antara ciri-ciri akhlak mulia orang Islam itu adalah menziarahi saudaranya yg sakit, terutama yg sakit tenat yg kemungkinan besar mengakibatkan sampai ajalnya dan mati dia. Dalam post yg lalu kita diberitahu betapa banyaknya keberkatan serta keuntungan dalam konteks kebaikan kpd kita apabila kita menziarahi saudara kita yg sedang sakit. Seramai 70,000 malaikat dilangit mendoakan keselamatan atas kita sepagi atau sepetang kita menziarahi saudara kita. Doa para malaikat itu pasti diperkenankan oleh Allah (a.w), kerana malaikat itu adalah makhluk yg terhampir pada Allah (a.w) dan mereka adalah makhluk yg ketaatannya tidak dapat dipertikaikan.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa jika kita menziarahi saudara kita yg sakit tenat, dan dia hampir mati, maka doakanlah atasnya. Jika ajalnya belum sampai, pastilah dia akan sembuh.
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa menziarahi orang sakit sebelum sampai ajalnya (yakni, kematiannya), maka bacalah (yakni, berdoalah) di sisinya tujuh (7) kali (bacaan)'Asalukallah-al-'azima, rabbal 'arsyil-'azimi an yasfik' (yg bermaksud: 'Aku minta kpd Engkau Allah (a.w) Tuhan yg maha Agung, Tuhan kpd Arasy yg agung, bahawasanya menyembuhkan Engkau (Allah (a.w) atas sisakit ini).' [Hadith Abu Daud, Kitab Jenazah]
Jika ditakdirkan belum sampai ajal matinya, dgn doa yg kita bacakan 7 kali itu, Allah (a.w) menerima doa kita dan menyembuhkannya.
Jazakallahu khairah
Tuan,
ReplyDeleteImam Besar Masjidil Haram ada datang Malaysia, dan akan mengimami Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala lumpur.
Tak kesana ke Jumaat ini?
Memandangkan beliau tidak boleh berbahasa
Melayu, mesti Khutbah dalam Bahasa Arab.
A.Alshukor
Kakak mencari doa-doa utk org sakit jumpa blog ini. Terima kasih....
ReplyDelete