Saturday, April 30, 2011

Kematian: Memandikan Mayat/Jenazah (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan kuliyah jenazah kita. Dalam post yg lalu kita telah teliti bagaimana memandikan mayat, iaitu dimulakan menyiram air dari bahagian kanan mayat dahulu, kemudian barulah menyiram air ke bahagian kiri mayat, dgn siraman yg ganjil tiga kali atau lima kali ataupun tujuh kali, asalkan ganjil. Air yg digunakan untuk memandikan mayat hendaklah dicampur dgn daun bidara, [Nota: kerana tiada daun bidara itu, maka lazimnya di Indonesia digunakan daun mmunggai.]. Setelah itu kita basuh anggota wudu' simati. Setelah siap dimandikan, maka dibubuh wangi wangian pada tubuh mayat sebelum dikafankan. Kemudian jenazah tersebut dikafankan. Insya Allah, dalam post ini dan post-post yg akan datang kita teliti pula ketetapan as-Sunnah bagaimana mengkafankan mayat/jenazah.
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: 'Antara apa-apa (yakni, pada suatu hari) seorang lelaki yg sedang wukuf di Arafah, ketika terjatuh dari kenderaannya, maka melukakan kenderaannya akan dia' atau berkata ibnu Abbas (r.a) 'maka melukai pada dirnya'. [Nota: Ceritanya, lelaki tersebut yg jatuh dari kenderaannya bukan sahaja luka, tetapi parah sehingga sampai ajalnya].Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Membasuhlah (yakni, mandikanlah) dgn air dan daun bidara (yakni, dicampur daun bidara), dan membungkuslah (yakni, mengkafankanlah) dgn dua pakaiannya (yakni, dua kain ikhram yg dipakainya) dan memberi wangi-wangianlah, dan jangan menutupi kepalanya, maka sesungguhnya dia akan dibangkitkan di hari kiamat orang yg membaca Takbiah.' [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Saudara, haith ini menceritakan suatu peristiwa semasa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji wada'. Seorang lelaki yg turut serta rombongan haji Rasulallah (s.a.w) ketika mereka sedang Wukuf di Arafah, trjatuh dari kenderaanya, maka luka parah sehingga mati dia. Maka disebutkan dalam hadith ini hendaklah dimandikan jenazahnya dgn air bercampur daun bidara, kemudian setelah selesai dibubuh wangi-wangian pada jenazah, dan dikafankan dgn menggunakan kain ikhram (dua helai) yg dipakainya, tanpa menutupi kain kafan itu wajah simati. [Nota: Ketika berikhram seorang lelaki itu tidak dibolehkan menutupi kepalanya sehinggalah selesai dia Tahlul Awal. Justeru itulah, oleh kerana lelaki tersebut belum sempat lagi Tahlul Awal kerana masih berada di Arafah untuk Wukuf. Tahlul Awal hanya setelah mabit di Muzdalifah dan kemudian melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. maka dgn itu dibukla bahgaian kepalanya dan dia dikafankan dgn dua helai kain ikhramnya sahaja].
Demikianlah kaedah menguruskan mayat orang yg meninggal ketika sedang mengerjakan haji dan belum selesai hajinya.Dia dikafankan dgn kain ikhramnya tanpa menutupi kepala (yakni, rambutnya).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment