Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan sedikit lagi melihat apakah sebenarnya aqidah yg dipelopori oleh Muhammad b Abdul Wahhab yg majoriti para ulama' di Malaysia gambarkan sebagai terkeluar dari golongan ahli as-Sunnah wal-jama'ah itu. Kita diberitahu beliau mengasaskan fahaman atau aliran Wahabbi dalam Islam.Masyarakat Melayu begitu sensitif dalam perkara Wahabbi ini, sehinggakan ada kalanya sesuatu amalan atau pandangan yg berbeza dari pandangan dan amalan golongan arus perdana Islam di Malaysia, dilabelkan sebagai Wahabbi, seolah-olah mengikuti fahaman Wahabbi itu kita terkeluar dari aqidah Islam!
Apakah bentuk dan ciri-ciri aqidah Islam yg dipelopori oleh Muhammad b Abdul Wahhab? Muhammad mengajarkan umat Islam, tidak terhad kpd pengikutnya, tujuh perkara pokok: pertama, sumber dan asas segala kepercayaan tentang ugama Islam (yakni, aqidah) adalah semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Bahawa dua sumber ini sudah lebih dari mencukupi untuk memahami Islam dan syariatnya dan sebagai panduan amalan dan ibadah, malah sebagai panduan hidup Muslim. Al-Quran dan as-Sunnah mengatasi segala sesuatu yg bersifat pemikiran atau pertimbangan akal fikiran manusia. Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber ilmu yg haq. Al-Quran dan as-Sunnahlah yg mengajarkan manusia apa yg haq dan apa yg batil. Oleh yg demikian, Umat Islam wajib merujuk hanya kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk segala sesuatu dalam Islam, terutama dalam memhami syariat Islam itu. Oleh yg demikian pandangan serta pendapat manusia tidak boleh mendahuli atau mengatasi atau mengubah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dan kedua, Muhmammad Abd Wahhab menonjolkan semula hakikat bahawa as-Sunnah adalah sumber kedua aqidah Islam. Oleh yg demikian perincian mengenai segala sesuatu ketetapan dalam Islam dalam perkara aqidah dan dalam pelaksanaan ketetapan Islam adalah al-Hadith [Prinsip dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa']. Ketiga, bagi menjelaskan lagi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam sebarang perkara melibatkan aqidah, merujuk kpd amalan dan tindaktanduk para khalifah yg empat dan pendapat ahli ilmu soleh zaman awal, yakni para tabi'in, para pengikut para tabi'in yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah. Keempat dalam usaha menyelesaikan sebarang percanggahan ataupun perselisihan pendapat, maka hendaklah meneliti kesemua ketetapan yg relevan supaya dicari jalan penyelesaian yg terbaik, tanpa mengketepikan mana-mana ketetapan al-Quran mahupun as-Sunnah [Prinsip dalam Ayat 143,.Surah al-Baqarah, sebagai contoh). Kelima, di dalam aqidah orang Islam tidak boleh mentaati secara total ketetapan atau keputusan manusia, walau bagaimana alim sekalipun sebagai yg benar, kecualilah umat Islam itu wajib taat 100% kpd Rasulallah (s.a.w) sebagai membawa kebenaran dari Allah (a.w) [i.e. prinsip yg termaktub pada Ayat 31, Surah at-Taubah]. Keenam, Muhammad menolak amalan bid'ah dan menolak pandangan bahawa wujudnya apa yg para ulama' sebut sebagai 'bid'ah hasanah'. [i.e. prinsip yg terdapat pada sabda Rasulallah (s.a.w), antara lain: 'Wa-iyakum wa-muhdathatil umuri fa-in kulli bid'atin dolalah' (yg bermaksud: Takutkanlah oleh kamu pembaharuan dalam perkara ugama, maka sesungguhnya setiap pembaharuan dalam perkara ugama itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan'), dan sabda Rasulallah (s.a.w) yg kerap kita rujuk dalam blog ini: 'Man amila amilan laisa amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan suatu amalan yg tidak dari perkara kami (Nabi), maka dia (i.e. amalannya) ditolak (oleh Allah (a.w))]. [Nota: Mungkin inilah salah satu sebab mengapa ajaran Muhammad Abdul Wahab dicemoh dan ditolak dan Wahabbi di fitnahkan oleh pengikut Islam yg majoriti atau pengikut arus perdana Islam di Malaysia sekarang. Kerana para ulama' dan pengikut mazhab as-Syafie menyakini wujudnya 'bid'ah hasanah', walhal dalam post blog ini kita telah turunkan peringatan Imam as-Syafie (Mazhab as-Syafie), Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hanbali), Imam Malik b Anas (Mazhab Maliki) dan Imam Abu Hanifah (Mazhab hanafi) tentang ajaran mereka. Keempat-empat imam yg dikatakan mengasaskan fahaman mazhab sebenarnya tidak menolak sedikitpun ketetapan as-Sunnah. Atau, mereka mengatakan bahawa pendapat atau pandangan atau ajaran mereka mengketepikan as-Sunnah. Malah mereka berkata, jikalah ajaran mereka bertentangan dgn as-Sunnah, maka ketepikan atau buang pendapat atau ajaran mereka, dan ambil as-Sunnah. Namun, mereka yg kemudiannya mengajarkan fahaman kemazhaban telah menyimpangkan ajaran para imam ini menjadi berlainan dari ajaran yg asalnya]. Dan, ketujuh, dalam perkara kepercayaan terhadap ugama, yakni aqidah, janganlah seseorang yg Islam dan beriman itu mengutamakan pendapat dan pandangan manusia sebagaimana yg terdapat dalam kitab-kitab dan buku-buku karangan ilmuwan dan ulama' tentang Islam dan syariatnya, yg berdasarkan kpd kebijaksanaan dan kepintaran mereka mengolah dan berhujjah tanpa sedikitpun merujuk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini akan mengelirukan pembaca atau pengikutnya dan akan menyimpang aqidah mereka sekiranya mereka tidak terlebih dahulu belajar/mengaji atau fahami al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, ketetapan dan preskripsi penulis kitab-kitab tersebut serta penemuan-penemuan atau rumusan tulisan tersebut menyimpang dari Islam yg haq. Ini membahayakan aqidah umat Islam kerana akan hilang pedoman. Yg utama pada manusia Islam adalah apa yg disebutkan pada Ayat 57, Surah al-Isra' (i.e. kita Islam dan beriman dan kerjakan perintah dan suruhan kerana mencari keridhaan Allah (a.w) dan supaya terselamat dari siksaan Allah (a.w), yakni neraka) dan Ayat 13, Surah an-Nisa' (i.e. supaya kita tergolong dari kalangan orang yg berjaya di akhirat kelak, yakni mendapat syurga dan terselamat dari siksaan neraka).
Saudara, demikianlah serba ringkas apa yg dipelopori oleh Muhammad b Abdul Wahab yg dilabelkan sebagai pengasas fahaman atau aliran Wahabbi itu. Adakah beliau tersilap? Adakah beliau mengajarkan aqidah yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah?
Beliau mengajar apa yg haq, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan), kerana hanya dgn cara itu kita tahu dan faham Islam dan syariatnya. Malah Allah (a.w) berfirman: 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerajakan sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenai apa yg kamu kerjakan). (Ayat 36, Surah al-Isra'). Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun; ayatun muhkamatun, wa-sunnatun qaimatun au faridatun 'adilatun' (yg bermaksud: Adapun ilmu (mengenai Islam dan syariatnya itu) adalah tiga, dan apa-apa yg selainnya baik; (yg wajb itu adalah) (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-Sunnah - termasuk sunnah khalifah yg empat); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.'[Hadith]
Saudara, mudah-mudahan saudara kini faham huh-hah dibelakang rungutan serta fitnah segolongan umat Islam yg bercakap tentang sesuatu atau membuat tuduhan sesuatu atau melabelkan seseorang itu tanpa ilmu. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu jika kita berkata terhadap seseorang di belakangnya dan apa yg kita katakan memang betul, maka dalam Islam kita dikira memfitnah; dan kalau kita katakan sesuatu tentang seseorang itu di belakangnya, dan apa yg kita katakan adaalh pembohongan atau tak benar, maka dalam Islam kita dikatakan berbohong. Kata yg betulpun salah, tak betul lagi salah. Maka dgn itulah kita yg Islam wajib jadikan tabiat: ada telinga dengar, ada mata lihat, tapi ada mulut tutup. Kita tak tau jangan cakap, kerana kata-kata yg terkeluar dari mulut kita memungkinkan kita masuk neraka selama 40 tahun! Kerana mulut badan binasa, bak kata pepatah Melayu.
Dalam blog, milik Us Zamihan Mat Zin al-Ghari (iaitu Aqidatul Ahlil Haq), beliau mengkritik khutbah Jum'at serta mengkritik Sheikh Abdul Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram, yg berkhutbah di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Zamihan kata dia berfahaman Wahabbi kerana menolak bebarapa amalan 'bid'ah hasanah'! Zamihan penyokong kuat fahaman kemazhaban khususnya yakin 100% 'Bid'ah hasanah'. Jelaslah beliau belum tamat ilmunya tentang as-Sunnah. Jika beliau tamat, beliau tidak faham as-Sunnah. Atau, beliau faham tetapi menolak sebahagian as-Sunnah?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment