Assalamualaikum,
saudara, menarik hari dalam akhbar the Sun (5 Mei 2011) komen Dr Mahathir tentang pembunuhan Osama ben Laden (Osma's killing 'uncivilised': Dr M' tajuknya) , katanya ketua al-Qaedah yg diserbu oleh sekumpulan asykar US di Abottabad dan yg dikatakan ditenmbak tanpa bersenjata dan mayatnya dibuang di laut. Mahathir menyifatkan pembuhunan itu 'uncivilised' atau dilakukan oleh masyarakat manusia yg tidak bertemadun. Penulis bersetuju.
kalau kita hendak menangkap penjenayah, setelah dikepong, seboleh-bolehnya ditangkap hidup-hidup, bukan dgn membunhnya sebagaimana kita membunuh seekor lipas aau cicak.Kalau dia melawan dan membahayakan kumpulan yg mengepungnya, baru da sebab untuk dibunuh. Tapi, dalam kes Osama, walau apapun pertimbangan, yg penting dia wajib di bunuh. Itulah ketetapan US dan kuncu-kuncunya. Al-Qaeda adalah pengganas. Tapi, agensi US spt FBI, CIA dan seunmpamanya juga bertindak sebagai pengganas kpd negara-negara Islam spt Iraq, Egypt, Libya, Tunisia, Maghribi dll lagi kerana inginkan minysak dan sebagainya.
Tapi, US dan pemimpinnya memanglah tidak ada pri kemanusiaan. Mereka anggap diri mereka lebih sebagai samseng dunia drp polis dunia. Mereka lakukan apa saja untuk menggulingkan pemimpin atau orang yg dianggap menghalang segala kehendak politik dan ekonomi mereka. Mereka sanggup berbohong. Sanggup memutar beltkan fakta dan kenyataan, asalkan tujuan dan matlamt sempit mereka untuk menguasai dunia tercapai. Hari ini angkara US dan negara sekutunyalah tumbang kerajaan Islam di Egypt (Mesir), di Libya, di Bahrain, akan tumbang di Syria, Yemen, malah mungkin sekali di Saudi sendiri, lambat laut. US dan rakan-rakan Baratnya memulakan api yg membakar semangat bangsa atau rakyat nergara-negara tersebut. Sebenarnya, Us dan kuncunya setelah membuat kejian dan penelitian tentang situasi di negara-negara Arab atau Islam itu, mereka dibantu oleh kepimpinan yg ada, kepimpinan yg tidak berjiwa rakyat, yg ingin mengekalak syurga dunia untuk mereka dan anak serta cucu cicit mereka serta kuncu-kuncu mereka. Pemimpin umat Islam di negara tersebut, sudah abaikan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, dan memerintah negara-nya sekian lama, walaupun tidak menjayakan kesejahteraan rakyat mereka.Memangpun wajar mereka digulingkan. Malah wajar di hukum. Tapi, bukanlah oleh US atau kuncunya.
Mudah-mudahan satu hari nanti akan bangkit satu negara atau satu kaum yg mampu berdepan dgn US dan kuncunya untuk 'teach tehm a lesson or two', barulah dunia ini betul-betul selamat.
Yg pasti dgn kematian Osama, tidak bererti akan matinya perjuangan orang yg bencikan US dan Barat dgn dasarnya yg melindungi Israel dan menganianya negara Islam dan umat Islam. Mudah-mudahan akan bangun umat Islam yg kental iman dan ketaqwaannya untuk memimpin negaa Islan dan umat Islam sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan panduan Rasulallah (s.a.w). Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment