Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk ini. Kali ini kita lihat apa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang satu dimensi ukhuwah tersebut, iaitu kewajipan saling bersatu, rukun, bantu membantu dan menghapuskan perselisihan di kalangan orang iman. [Nota: Saudara, kita suka gunakan kalimah atau ungkapan 'orang iman' dan tidak gunakan kalimah 'orang Islam' kerana orang Islam itu tak semestinya dia beriman jika dia tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dll ketetapan al-Quran)].
Saudara, dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran, di awal ayat tersebut, kita telahpun semak bahawa orang yg benar-benar Islam itu adalah orang yg anuti Islam sebagai ugamanya secara berjema'ah. Hakikat berjema'ah ini tidak ditekankan oleh penceramah/pembentang kertas kerja di Seminar; Berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah' anjuran Kerajaan Negeri Perlis di Royal Chulan Hotel pada 23 & 24, April 2011 yg lalu. Malah para ulama' dan ilmuwan arus perdana - golongan majoriti Islam di Malaysiapun - tidak tekankan hakikat ini. Malah mereka tafsirkan kalimah 'jami'an' sebagai 'kesemuanya'. Sila rujuk tulisan dalam post yg lalu.
Selanjutnya pada ayat tersebut, Allah (a.w) berfirman: '... Wazkuru nikmatallahi 'alaikum iz kuntum 'ada-an fa-alfa baina qulubikum fa-asbahtum binikmati ikhwana ...' (yg bermaksud: dan ingatlah (maksudnya, bersyukurlah) atas nikmat Allah (a.w) atas kamu sekelian ketika ada kamu beberapa musuh (bermusuh-musuhan antara kamu dan kamu juga menghadapi musuh-musuh lain) maka mengumpulkan (yakni, menyatukan Allah (a.w)) hati-hati kamu sekelian, maka menjadikan kamu sekelian dgn nikmat Allah (a.w) itu bersaudara ...') [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Dalam ayat ini Allah (a.w) telah memberi kaum Quraish Arab satu nikmat yg besar melalui Rasulallah (s.a.w) membawakan syariat Islam yg menyatupadukan mereka dalam Islam dan menjadi saudara satu sama lain, walhal sebelum Islam mereka berrperang satu kelompok atau keluarga dgn kelompok atau keluarga yg lain - kaum Hujrat dan 'Aus yg sengit bermusuh-musuhan. Apabila memeluk Islam kedua-dua kaum besar Arab ini berbaik-baik bantu membantu satu sama lain. Itulah nikmat terbesar Allah (a.w) pada mereka. [Nota: Ayat ini adalah lanjutan kpd hakikat berjema'ah itu, kerana hanya dgn berjema'ah sahaja ukhuwah sesama orang iman itu boleh mantap, kental dan padu. Apabila berjema'ah orang Iman itu seumpama berada dalam keluarga atau famili besar, famili orang iman, sebagai sebuah keluarga yg padu itu kokoh ikatan hati ahlinya.]
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) yg mengangkat hadith ini kpd Rasulallah (s.a.w) (yakni, hadith ini hadith marfu', pasti kesahihannya): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Yg paling dimurkai Allah (a.w) adalah seorang lelaki (atau perempuan) yg tersangat kuat (yakni, sangat keterlaluan) dalam bertengkar.' [Hadith Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) teramat murka kpd orang Islam yg keterlaluan dalam bertengkar atau berbalah, tak mau kalah, tak mau terima apa saja hujjah dan rasional, dan kekal tidak mau terima apa saja, walaupun benar. Kekal dia dalam pertengkarannya atau perbalahannya dan tidak mau berdamai. Apakah akibat kpd orang yg sangat dimurkai Allah (a.w)? Pastilah mendapat siksaanNya. Siksaan Allah (a.w) didapati ketika di dunia dan yg pasti, kalau terlepas di dunia, akan dirasai di akhirat, wal iya zubillah.
Saudara, di Malaysia hari ini begitu ketara perbalahan dan pertengkaran dan permusuhan di kalangan umat Islam, yakni orang Melayu. Hari-hari kita dengar perkara ini dihebahkan dalam akhbar dan media lain. Kita jarang sekali dengar pertengkaran di antara orang yg bukan Islam disebabkan apapun, lebih-lebih lagi disebabkan oleh fahaman politik dan fahaman ugama. Segolongan orang Islam berusaha berbagai cara dan kaedah untuk menjatuhkan kumpulan orang Islam yg lain kerana politik atau kerana pertimbangan keduniaan. Orang Islam hari berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan sekumpulan orang Islam yg lain, kerana perbezaan pendapat dan pandangan dalam ugama. Dalam blog ini kita telahpun lihat apakah akibat menabur fitnah dan mengadu dumba sesama Islam - batal segala pahala amalan dan ibadah. Maksudnya, buat amal dan ibadah dalam Islam buat sekian lama tetapi kerana perbuatan memfitnah, mengadu dumba, menggalakkan perkelahian sesama Islam, maka hilang lesap segala pahala! Siapa yg rugi? Begitu juga orang yg akui dirinya ulama' dan ilmuwan Islam, konon-kononnya faham Islam - al-Quran dan as-Sunnah - tetapi mentohmah dan memfitnah, malah menjaja tohmah dan fitnah mereka, walhal mereka sebenarnya jahil, maka terbatallah segala pahala amalan dan ibadah mereka. Maka tak gunalah serban yg tebal, kopiah yg tinggi dan jubah yg hebat. Orang iman itu mendengar segala nasihat dari orang yg berilmu, dia tak tengok penampilan atau personaliti orang yg bercakap, yg ditengoknya adalah apa isi kata-kata dan nasihat yg disampaikan. Kemudian, kalau dia sangsi kembali merujuk kpd sumber yg orang yg bercakap ambil, supaya pasti itu adaah kebenaran atau kebatilan. [Nota: Inilah hakikat dalam Ayat 59, Surah an-Nisa']. Bukan dalam kejahilan menolak nasihat dan tazkirah orang lain tentang Islam dan syariatnya. Ingatlah kesilapan kita, yg merugikan kita sendiri. Tambahan pula dalam Islam, orang iman itu tidak sekali-kali ingin memusuhi saudaranya yg iman. Kalau tersasar atau tersilap diperbetulkan. Kalau seorang saudara seiman bercakap sesuatu dgn sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, dengarkan dan ambil jadikan panduan, dan amalkan sekuat mampu, bukan tanpa usul periksa tolak dan kalau tiada asas untuk menolaknya, kita gunakan kuasa untuk menolak atau menghalang usaha dan program dakwah yg haq dari orang iman yg lain.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment