Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa apabila kita baca Surah Yaasin sehingga tamat, kita mendapat ganjaran pahala seumpama membaca al-Quran khatam sebanyak 10 kali. Demikianlah banyaknya pahala kpd kita. Sebaliknya, kita diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Man amila amilan laisa amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengerjakan suatu amalan yg tiada dari perkara aku (Nabi) (yakni, yg tidak diajarkan atau didemokan atau ditunjukkan atau dibuat oleh Nabi (s.a.w)), maka amalan tersebut ditolak (oleh Allah (a.w) (yakni, tidak diterima atau tidak mendapat sebarang pahala).' [Hadith Muslim dan Hadith Bukhari]. Maka, hendaklah kita berwaspada. Mengharapkan ganjaran pahala kita pula terlepas mendapatnya, dan kemudian mendapat dosa pula. Saudara, dalam perkara ugama dan pelaksanaan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu, hendaklah kita kerjakan sesuatu amalan dan ibadah itu berpandukan ilmu yg benar, bukan secara ikut-ikutan sahaja. Kerana Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 36, Surah al-Isra':' wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kerajakan sesuatu (amalan atau ibadah) tanpa terlebih dahulu kamu tahu ilmu mengenainya.' Dan, Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) ini as-Sunnah dgn sabdanya: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan (dalam ugama)').
Dalam hadith berikut pula, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) kefadhalan atau pahala yg kita perolehi apakala kita membaca Surah Yaasin dan Surah ad-Dhuhan.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b Ziadin hadith dari Hassan berkata: 'Aku mendengar aba Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa membaca Surah Yaasin ketika malam hari, pada paginya (esok) diampunkan Allah (a.w) baginya (yakni, yg membacanya); beberapa dosanya dan barangsiapa membeca Haamim yg disebutkan dalamnya (yakni, surah itu) 'ad-Dhuhan' (yakni, Surah ad-Dhuhan), pada pagi (esoknya) diampunkan beberapa dosanya.' [Hadith Abu Ya'la dalam Tafsir ibnu Kathir]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa apabila kita baca dua surah al-Quran, iaitu Surah Yaasin dan Surah ad-Dhuhan ketika malam hari, keesokan harinya beberapa dosa kita diampunkan Allah (a.w). Demikianlah banyaknya pahala yg kita perolehi jika kita usahakan membaca dua surah ini setiap malam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment