Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai perkara di atas , iaitu umat Islam wajib anuti Islam secara berjema'ah. Keridaan Allah (a.w) itu kita hanya dapati jika kita berjema'ah dalam Islam. Kita teliti satu lagi potongan hadith yg menyebutkan kewajipan berjema'ah itu:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu) [Maksud (sabda): Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyepi, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali adapun yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di atas itu kita diberitahu bahawa adalah wajib umat Islam itu berjema'ah dalam Islam. Dan, hendaklah mereka yg Islam itu takuti perbuatan berfirqah atau berkelompok-kelompok yg pasti memecahkan mereka dan menimbulkan perselisihan dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika berpecah atau bersendirian syaitan akan berjaya memesong umat Islam sedemikian. Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg benar-benar inginkan mendapat balasan syurga, yakni berada secara pasti di tengah-tengah syurga - seumpama untuk pasti tidak tergelincir kalau berada di tepi syurga itu - maka hendaklah berjema'ah dalam Islam. Apabila berjema'ah akan ada saudara sesama Islam yg sama-sama pimpin meminpin, memberitahu dan memerhatikan perjalanan hidup kita, akan nasihat menasihati satu sama lain, supaya tidak tergelincir dari keimanan yg kental lagi kokoh kerana sering ingat mengingatkan satu sama lain.
Saudara, dalam hadith tersebut ada beberapa prinsip mengenai adab sesama orang iman; iaitu, pertama, jangan berdusta; kedua, jangan bersumpah sekiranya tidak dipionta bersumpah; ketiga, meminta-minta dijadikan saksi, ketika tidakpun disuruh atau dipinta menjadi saksi; dan keempat, suatu peradaban dalam Islam yg amat utama tetapi sering dibaikan oleh ramai orang islam iaitu seseorang yg melakukan sesuatu yg menggembirakan saudara Islamnya yg lain, maka dia memperolehi kebaikan di akhirat kelak. Sebaliknya, sesiapa yg mempersulitkan atau menyusahkan saudaranya yg Islam, maka dia pasti dipersulitkan dan mendapat kefayaan pula di akhirat. Maka dengan itu umat Islam wajib menjalinkan hubungan yg baik dan akrab sesama sendiri, bantu membantu, tolonga menolong dan bukanlah menyusahkan atau melakukan sesuatu yg mempersulitkan lagi saudaranya yg Islam di dunia. Sifat orang iman itu berbagai- ada yg baik dan ada yg buruk perangai - namun yg diutamakan dalam Islam adalah melakukan sesuatu yg baik dan bukannya melakukan sesuatu yg buruk sesama saudara seiman.
Saudara, kini peradaban di kalangan orang Melayu yg dikatakan berugama Islam itu tersangat jauh dari as-Sunnah dan al-Quran. Sehinggakan, dikalangan orang Islam yg jahil, yg bertuhankan keduniaan, melakukan perbuatan yg sama sekali dilarang oleh Islam, iaitu aib mengaib, mencela mencela, fitnah memfitnah, suka berbohong, suka berdusta, mencari kesalahan dan keburukan orang, kemudian menghebahkannya supaya diketahui umum (spt kes 'Dato' Trio' yg tersiar luas dalam media baru-baru ini), bersedia menjadi saksi walaupun tidak dipinta menjadi saksi semata-mata kerana hendak menjatuh lawan dalam politik ataupun ugama. Sehingga berani memperolok-olokkan al-Quran, bersumpah untuk menegakkan kebatilan,untuk menegakkan perpecahan, menegakkan kemaksiatan dan kedurjanaan.
Kita telahpun lihat hadith pendek Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan begitu ramainya orang Islam yg kerana cakap-cakap atau kerana mulutnya dia terjerumus ke dalam neraka 40 tahun lamanya [Nota: Sehari di akhirat adalah bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia, maka kalau 40 tahun dalam neraka = 40 (tahun) x 12 (bulan) x 365 hari (setahun) x 1,000 (tahun kiraan dunia) = 175.2 juta tahun. Begitulah lamanya berada di neraka disiksa tanpa henti-henti semata-mata kerana satu perkataan yg dusta, fitnah, dan bohong dan tidak berdasarkan kebenaran?]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment