Thursday, May 12, 2011

Kematian: Mensolatkan Jenazah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post-post yg lalu sedikit sebanyak ketetapan Islam bersabit dgn urusan kematian dan jenazah, termasuklah yg terakhir perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa mensolatkan jenazah orang Islam/iman itu adalah wajib. Kita lihat seterusnya perkara mensolatkan jenazah ini mengikut ketetapan as-Sunnah, iaitu bagaimana mensolatkan jenazah dan apakah bacaan ketika bersolat dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith dari Sa'id b Musaiyab hadith dari abi Hurairah berkata: 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) memberi khabar kpd manusia (yakni, para sahabat)  cerita Raja Najasi (namanya Askamah) pada suatu hari yg mati dia pada hari itu; maka keluar (Nabi) dgn mereka pada tempat solat, maka takbir dia dgn empat takbir.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menceritakan suatu hari ketika mendapat tahu kematian Raka Najasi, maka Nabi (s.a.w) dan para sahabat keluar ke tempat solat, dan mensolatkan satu Solat Jenazah (dalam keadaan ghaib) dgn empat takbir. Jadi Solat Jenazah itu tidak seperti solat fardu atau solat sunat yg lain, tetapi disolatkan dgn 4 takbir (i.e. tiada Rukuk, tiada Sujud dll).
Menceritakan hadith oleh Abdullah b idris hadith dari Syaibani hadith dari Sya'biyi sesungguhnya Rasulallah (s.a.w)  mensolatkan Solat Jenazah atas kubur sesudah jenazah dikuburkan; maka Takbir dia atas kubur empat Takbir.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Hadith di atas ini menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat mensolatkan jenazah yg telah dikebumikan di atas kuburnya, dan solat itu adalah empat Takbir. Di dalam hadith berikut diceritakan sambungan solat ghaib terhadap mayat Raja Najasi. Solat Jenazah itu dibuat secara berjema'ah dgn membuat beberapa barisan di belakang imam.
Diriwayatkan hadith dari 'Ata' hadith dari jabir b Abdullah (r.a): 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersolat atas mayat Najasi, maka aku berada di saf yg kedua, dan (dibelakangku) saf ketiga.' [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Hadith ini menjelaskan bahawa Solat Jenazah itu dibuat berjema'ah dgn berdiri dalam barisan di belakang imam. Pada hadith berikut pula disebutkan apakah doa yg dibaca ketika mengerjakan Solat Jenazah itu.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Ibrahim b harith al-Tamiyi hadith dari abi salamah ibni Abdul Rhman hadith dari abi Hurairah berkata: 'Mendengar aku Rasukallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika solat kamu atas mayat (yakni, Solat Jenazah), maka mengkhususkanlah (yakni, ikhlaskanlah) atas jenazah untuk jenazah beberapa do'a.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebutkan bahawa apabila kita mendoakan jenazah ketika Solat Jenazah itu hendaklah kita khususkan do'a kpd jenazah tersebut.
Menceritakan hadith dari Ibrahim b Othman hadith dari Hakam hadith dari Miqsam hadith dari ibnu Abbas: 'Sesungguhnya Nabi (s.a.w) membaca (ketika solat Jenazah) dgn Fatihah Kitab (yakni, Surah al-Fatihah).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa bacaan surah dalam Solat Jenazah itu adalah al-Fatihah. Dijelaskan bahawa dimaksudkan oleh hadith ini adalah pada takbir pertama, hendaklah dibaca al-Fatihah sahaja.
Menceritakan hadith dari  Laith hadith dari Syihab hadith dari abi Umamah bahawasanya berkata: 'Adapun sunnah (atau, kelakuan atau pekerjaan) Solat Jenazah bahawasanya membaca pada Takbir yg pertama dgn Ummul Kitab (yakni, al-Fatihah), kemudian Takbir pula tiga kali lagi dan (disudahi dgn) Salam di sisi Takbir yg teakhir (yakni, Takbir yg keempat).' [Hadtih an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan bahawa pada takbir yg pertama, hendaklah dibaca al-Fatihah, kemudian takbir pula seteruskan tiga Takbir dgn disudahi dgn Salam di takbir yg terakhir (yakni, keempat).
Saudara, apa yg dapat kita rumuskan? Pertama, Solat Jenazah itu boleh dibuat secara ghaib, dan tidak semestinya hanya disolatkan di depan mayat yg wujud di depan kita; kedua, Solat Jenazah itu boleh dibuat di atas kubur orang yg baru sahaja dikebumikan; ketiga, doa dalam Solat Jenazah hendaklah khusus kpd mayat sahaja; keempat, Solat Jenazah itu ada 4 Takbir; dan kelima, pada Takbir pertama hendaklah dibaca al-Fatihah. Insya Allah dalam post akan datang kita lihat pula apakah Doa yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment