Assalamualaikum,
Saudara, ada beberapa perkara yg Islam tegah dikalangan umatnya dalam perkara hubungan intim suami isteri. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdul Hamid b Abdil Rahman hadith dari Maqsim hadith dari ibni Abbas hadith dari Nabi (s.a.w) di dalam urusan orang yg mendatangi (yakni, menyetubuhi) isterinya dan dia dalam keadaan haid (yakni, sedang haid). Bersabda Nabi (s.a.w): 'Hendaklah dia bersedekah (yakni, membayar kifarahnya) dgn satu dinar atau separuh dinar.' [Hadith Abu daud, Kitab Kebersihan]
Saudara, yg dimaksudkan satu dinar ini adalah membayar kifarah dgn satu dinar bersamaan nilai emas 4 atau 8 atau 16 gram. (Contoh: Kalau satu gram emas bernilai RM 100.00 maka dibayar sebanyak RM 400.00 atau RM 800.00 atau RM 1,600.00).
Diriwayatkan hadith dari hamad b Salamah hadith dari Hakim al-Asrami hadith dari abi Tamimah al-Hujaimi hadith dari abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (yakni, suami) yg mendatangi (yakni, menyetubuhi isterinya) dalam keadaan haid atau (menyetubuhi) isterinya di duburnya atau (seseorang yg) mendatangi (yakni, menemui bomoh tukang telek, maka hendaklah dia (membayar kifarah) dan membenarkan apa-apa yg dikatakan oleh bomoh tersebut, maka sungguh-sungguh kafir atau kufur dia dgn apa-apa yg diturunkan kpd Muhammad (s.a.w) (yakni, kufurkan atau menolak al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith ibnu Majah, Kitab Kebersihan]
Hadith diatas menghukum orang yg melakukan perkara-perkara berikut sebagai mengkufuri al-Quran: iaitu, pertama, orang yg menyetubuhi isterinya ketika sedang haid; kedua, menyetubuhi isterinya di duburnya; dan ketiga, menemui bomoh atau tukang telek dan menyakini apa-apa yg dikatakan oleh bomoh atau tukang telek tersebut. jelaslah begitu besarnya dosa orang yg melakukan tiga perkara yg disebutkan dalam hadith di atas itu.
[Nota: Mengikut sepotong hadith riwayat Imam Ahmad, Rasulallah (s.a.w) kifarah separuh dinar itu adalah jika isteri yg disetubuhi suaminya ketika belum habis haidnya, yakni tiada darah tetapi ada kesan-kesan darah dan si isteri itu belum mandi junub, maka kifarahnya setengah dinar. Di dalam sepotong hadith riwayat at-Tobrani pula berkhatan itu sunat diperkuatkan bagi lelaki dan suatu kemuliaan bagi seorang wanita Islam bersunat.]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment