Friday, May 6, 2011

Kematian: Mesolatkan Jenazah (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, bagi kita yg tebal keimanannya, pastilah kita berusaha sebaik mungkin untuk mengumpulkan sebanyak pahala dalam kehidupan demi kebajikan akhirat kita. Termasuklah mencari peluang dan memanfaatkan amalan mensolatkan jenazah. Di dalam dua hadith berikut, kita diberitahu pahala kpd kita dan kepada simati tentang bilangan jema'ah yg mensolatkan jenazah - iaitu mendapat syafaat Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tiada dari satu mayat disolatkan atsnya saudaranya (sesama Islam dan beriman) dari kalangan umat Islam sampai sejumlah 100 orang (yg mensolatkan mayat) kesemua mereka diberi syafaat (oleh Allah (a.w)) kecuali memberi syafaat (oleh Allah (a.w)) di dalam (urusan mensolatkan jenazah tersebut).' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, kita diberitahu melalui hadith ini bahawa jika satu jenazah orang Islam seramai 100 orang yg mensolatkannya, maka mendapat syafaat (atau pertolongan Allah (a.w) di akhirat kelak) - orang yg mensolatkan dan simati yg disolatkan. dalam masyarakat umat Islam yg berpegang kpd Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan mencari peluang dan berlumba-lumba mencari peluang mensolatkan jenazah orang iman.
Menceritakan abi Wahab yg berkata menceritaan hadith kpdnya oleh Abu Sohrin hadith dari Syarik b Abdillah b Abi Namirin hadith dari Kuraibin, hamba merdeka kpd Abdullah b Abbas (r.a) bahawasanya telah mati seorang anak lelakinya di tanah Qudaidin atau 'Usfan, maka berkata Abdullah b Abbas (r.a): 'Wahai Kuaribin! Lihatlah sudah berkumpulkah atas jenazahnya manusia?' Berkata Kuraibin: 'Keluar aku ketika (melihat) ketika berkumpul manusia, sungguh-sungguh telah berkumpul atas jenazah, maka mengkhabarkan aku (pada Abdullah). Maka berkata Abdullah: 'Berkatalah adakah mereka seramai 40 orang?' Berkata Kuraibin: 'Ya.' maka berkata (Abdullah):'Keluarkanlah (jenazah), maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda:' Apabila ada dari kalangan lelaki Islam yg mati, maka berdiri (yakni, mensolatkan) atas jenazahnya 40 orang lelaki yg tidak syirik mereka kpd Allah (a.w) dgn sesuatu (yg bersolat) kecuali mensyafaatkan mereka oleh Allah (a.w) di dalam (solatnya).' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa jika terdapat seramai 40 orang mensolatkan jenazah orang iman, dan setiap mereka tidak pernah syirikkan Allah (a.w) dgn sesuatupun, maka Allah (a.w) mensyafaatkan (menolong mereka) mereka yg mensolatkan mayat dan si mati yg mayatnya disolatkan.Jelasnya, selain meraih pahala seumpama sebesar banjaran gunung Uhud, kita mendapat syafaat Allah (a.w) kerana mensolatkan saudara kita yg Islam itu. Begitulah tingginya pahala yg kita perolehi dgn mensolatkan mayat orang Islam. Maka dgn itulah di kalangan masyarakat atau jema'ah umat Islam yg faham akan syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk meramaikan bersolat atas jenazah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment