Assalamualaikum,
Saudara, seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman itu, pastilah dia tahu dan faham bahawa panduan ilmu dan panduan hidup orang iman adalah dua, iaitu semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Tidak wajar bagi seorang iman itu apabila merujuk kpd kitab atau buku atau kaset atau CD ataupun VCD apabila ingin mengetahui sesuatu mengenai Islam. Atau, mereka merujuk kpd seseorang yg dianggapnya alim dan berilmu,untuk tahu sesuatu, kecualilah dia menemui seorang ilmuwan atau alim ulama' yg bercakap dia menjelaskan kpdnya dgn berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Harun berkata: 'Telah mengkhabarkan kpd aku Muhammad b 'Amrin hadith dari abi Salamah hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Al-mirau fil-Qurani kufrun' (yg bermaksud: Sesiapa yg meragui sesuatu (yg terdapat dalam) al-Quran adalah kafir (atau kufur).') [Hadith Abu Daud, Kitab as-Sunnah]
Saudara, seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman, jika diberitahu sesuatu itu adalah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, dan kemudian dia merasa ragu atau kurang yakin terhadap ketetapan tersebut, maka dia menjadi kafir kerana setiap sesuatu yg terdapat dalam al-Quran itu adalah ketetapan atau perintah Allah (a.w). Setiap cerita dalam dalam al-Quran adalah kebenaran yg diberitahu oleh Allah (a.w). Kerana segala sesuatu yg berlaku zaman silam - zaman sebelum dicipta Nabi Adam (a.s), spt kejadian makhuk jinn 50,000 tahun sebelum dicipta Adam (a.s) adalah benar. Juga Qada' dan Qadar setiap manusia itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w) 50,000 tahun sebelum dunia ini dicipta Allah (a.w), adalah satu contoh. Begitu juga, bahawa as-Sunnah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai penjelasan kpd segala perintah al-Quran itu adalah wajib diyakini dan diikuti, spt Ayat 7, Surah al-Haysr itu adalah ketetapan mutlak yg wajib orang Islam dan iman itu patuhi.
Demikianlah juga ketetapan pada Ayat 103, Surah ali-Imran. Apabila Allah (a.w) perintahkan kita berjemah dalam Islam dan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, mengulangi perintah tersebut, maka kita wajib berjema'ah. malangnya, jarang sekali kita dengar para ulama' menyebut hakikat kewajipan berjema'ah ini apabila merujuk kpd Ayat tersebut.
Dalam post yg lalu kita telah diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Setiap umatku (yakni yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) masuk syurga, kecuali orang yg 'enggan'. Mereka (para sahabat) bertanya: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yg 'enggan' itu?' Rasulallah (s.a.w) menjawab: 'Sesiapa yg mematuhi perintahku (yakni, ikuti al-Quran dan as-Sunnah) masuk syurga, dan sesiapa yg melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu 'enggan' (yakni, mereka yg 'enggan' itu adalah mereka yg tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) tidak masuk syurga (maksudnya, masuk neraka).' [Hadith Bukhari]
Saudara, termasuk dalam perintah Rasulallah (s.a.w) itu adalah perintah: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) [Hadith Bukhari]. Untuk memahami apakah atau bagaimanakah cara Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat - bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah bersolat - ketika bersolat merangkumi rukun qalbi, rukun qauli, rukun fe'linya, wajib ikuti cara Rasulallah (s.a.w) dan tidak boleh ditokok tambah. Maka dgn itulah, wajib kita berilmu dan mengilmukan diri kita dgn mengaji as-Sunnah dari mereka yg tahu dan faham. Kita tidak boleh bertaklid, yakni ikut apa orang buat atau apa orang kata, jadi copycat semata-mata dalam kejahilan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment