Wednesday, May 11, 2011

Menarik hari ini: kekayaan Presiden Syria

Assalamualaikum,
Bagi saudara yg suka baca berita sensasi dan galmor, bolehlah tengok akhbar Melayu Metro atau Kosmo, malah Utusan Melayu pun. Hari ini diceritakan oleh akhbar Kosmo (11 Mei 2011) suatu berita tentang Asma Asad (35 tahun), isteri Presiden Syria, Bashar al-Asad, telah melarikan diri ke Britain dan tinggal disebuah rumah mewah yg terselamat dari sebarang pencerobohan, katanya. Katanya rumah tersebut dibiayai dari sebahagian harta milik Presiden itu yg dianggarkan berjumlah UKp 40.0 bilion (= RM 195.4 bilion)! Kalaulah betul lapuran akhbar tersebut, samalah dgn kes yg dilapurkan harta milik Muammar Gadafi, Preside Libya. Libya sedang bergolak dan pemberontak Libya telah ditolong oleh US dan NATO. 
Anihnya, US dan NATO tidak diistilahkan sebagai 'terrorists', walaupun mengancam dan memusnahkan kerajaan dan ekonomi Libya. Syria juga sedang bergolah dari pemberontakan rakyatnya. Kemungkinan besar pergolakan di Timur Tengah ini adalah angkara Barat yg diketuai oleh US dan UK untuk melumpuhkan kerajaan warganagera dalam negara tersebut yg difikirkan akan menyulitkan negara-negara Barat untuk mendapat access terhad kpd sumber yg menampung pertumbuhan serta kestabilan ekonomi mereka dan keselamatan negara Yahudi, Israil.
Tapi, dalam pada itu, pergolakan dan pemberontakan di Timur Tengah itu adalah juga kerana kesilapan pemimpin mereka yg lupakan akhirat dan cintakan dunia dan kekayaan dan kemewahan yg bukan hak mereka. Mereka mengambil hak rakyat. Dan, rakyat merasa tidak terbela. Kepimpinan negara-negara Islam sekarang ini sudah jauh menyimpang dari panduan dan asas kepimpinan yg diridhai Allah (a.w) sebagaimana yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat, yakni pemerintah dan kerajaan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Tidak hairanlah, kepimpinan dan kerajaan jema'ah Islam yg menyimpang dari yg hak pasti akan musnah juga akhirnya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment