Monday, May 9, 2011

Kefadhalan Surah Yaasin - Seolah-olah Khatam al-Quran 10 Kali

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat kefadhalan atau pahala yg kita perolehi dgn membaca Surah al-Mulk dan pahala menghafal sepuluh ayat permulaan Surah ad-Dukhan dalam dua post yg lalu. Kali inim kita lihat pula kefadhalan atau keuntungan bagi kita yg membaca Surah Yaasin pula.
Saudara, memang sudah menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu mengadakan Tahlil setiap malam Jum'at. Diantara 'upacara tahlilan' itu adalahimam masjid bersama-sama dgn para jema'ah yg bersolat di masjid, membaca beramai-ramai Surah Yaasin, yg diikuti pula dgn berzikir membaca kalimah Tahlil, iaitu 'lailaha illallah' sebayak beberapa kali pula. Semasa membaca Tahlil itu, ada bermacam-macam gaya pula. Ada yg mendahululan bacaan perlahan-lahan, kemudian dikuatan bacaan serta dipercepatkan bacaannya, seolah-olah satu ritual yg lazim.
Saudara, bagi mereka yg mempelajari ilmu al-Quran as-Sunnah, tidak adapun nas atau dalil yg menyebut bahawa ritual sedemikian itu dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) ataupun khalifah yg empat yg memimpin jema'ah umat Islam selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w). namun, sudah menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu berzikir, membaca kalimah Tahlil serta membaca Surah Yaasin beramai-ramai.
Mengikut hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kaifiat membaca Surah Yaasin secara bersendirian dan bukan beramai-ramai. [Nota: Bacaan al-Quran secara berkumpulan itu hanya menjadi amalan umat Islam pada waktu malam, selepas Solat Terawih, dalam bulan Ramadhan ketika mengadakan Majlis Tadarus. Itupun, seorang sahaja membaca dan selainnya (i.e. jema'ah yg lain) mendengarkan bacaan dan membetulkan kesilapan, dan kemudian bergilir-gilir membacanya pula.]
Diriwayatkan hadith dari Harun b abi Muhammad hadith dari Muqatil b Haiyan hadith dari Qatadah hadith dari Anas berkata: 'Telah bersabda Nabi (s.a.w): 'Sesungguhnya setiap sesuatu (termasuklah kesemua makhluk Allah)mempunyai hati (atau qalbu), dan hati (atau qalbu) al-Quran itu adalah Surah Yaasin. dan, barangsiapa membaca Surah Yaasin ditulis oleh Allah (a.w) baginya yg membacanya (khatam) (seumpama) membaca al-Quran (khatam 30 juzu') sepuluh kali khatam.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
Saudara, hadith di atas titu memberi kita tahu bahawa seseorang yg membaca Surah Yaasin khatam surah tersebut, dia diberi pahala oleh Allah (a.w) seumpama telah membaca al-Quran sebanyak 10 kali khatam. Demikianlah banyaknya pahala membaca Surah Yaasin itu. [Nota: Tidak disebutkan bahawa Surah Yaasin ini afdhal atau baik dibaca pada malam Jum'at sahaja. Ia boleh dibaca setiap masa dan setiap hari, pagi atau petang, siang atau malam. Tidak ada hari-hari yg khusus]. Memandangkan begitu banyaknya pahala yg kita boleh dapati dalam membaca Surah Yaasin itu, maka untuk menyediakan bekalan yg banyak untuk akhirat kita, maka usahakanlah membacanya selalu. [Nota: Kita juga diberitahu bahawa membaca satu huruf ayat al-Quran kita diberi pahala 10 gandaan pahala. Fikirkanlah betapa banyaknya pahala yg kita boleh dapati membaca Surah Yaasin itu, selain membaca al-Quran. Sebaliknya pula, walaupun kita baca Yaasin kemudian dikuit pula dgn suatu ritual yg seolah-olah menyerupai syariat islam kerana diamalkan secara rutin sedemikian, kita mungkin terlibat dgn suatu pembaharaun dalam perkara ugama. maka, jika begitu, ia bersifat amalan yg mirip bid'ah. Ditakuti akibatnya, lesaplah pahala yg boleh kita dapati dari membaca Yaasin, kerana mengamalkan sesuatu yg bid'ah (yakni, perbuatan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) membatalkan segala amalan, termasuklah membatalkan pahala membaca Yaasin tadi. Sebaik-baiknya, kita bacalah bersendirian.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment