Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara rajin layari blog dan seumpamanya tentang ugama, ada segelintir orang yg akui dirinya wara' dan alim tentang Islam dan syariatnya, marah dgn berkata ada orang Islam yg dapat sedikit ilmu mengenai Islam dah berani buat 'fatwa' tentang sesuatu! Saudara, sebenarnya bukan fatwa yg disampaikan tetapi ilmu. Islam menyuruh sesiapa saja yg tau sedikit atau secebis ilmu - mengenai al-Quran atau as-Sunnah - yg dipelajarinya atau yg diajarkan kpdnya oleh orang yg tahu dan faham, wajib atas dirinya menyampaikannya kpd orang lain. Malangnya hari ini ramai orang yg akui dirinya berlmu (i.e. alim), yg dapatkan ilmu dari institusi yg formal (spt universiti) atau yg tak formal (i.e. mengaji di mana-mana tempat pengajian), tak mau sampaikan ilmu. Bila ada orang sampaikan ilmu dia naik berang kononnya memandai-mandai sampaikan ilmu dan datangkan fatwa!
Saudara, tidak siapa berani sampaikan fatwa tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Cuba kita lihat nas dan dalil al-Quran berikut.
Seperti biasa prinsip-prinsip utama mengenai perintah dan larangan dalam Islam itu disebutkan dalam al-Quran. Perincian penterjemahan prinsip-prinsip utama itu diolah, dicerakinkan dan diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dan, dalam keadaan tertentu didemokan secara praktikal, dalam as-Sunnah. Maka dengan itu as-Sunnah adalah panduan amalan bagaimana melaksanakan ketetapan Allah (a.w) dalam bentuk amalinya (atau praktikalnya). Tanpa as-Sunnah manusia itu tidak tahu bagaimana menterjemahkan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat , berikut:
Firman Allah (a.w) : 'Wama khalaqtul juna wal-insa illa liya’budni) [Yg bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Ini perintah kpd makhluk Allah (a.w) - jinn dan manusia sejagat - iaitu Allah (a.w) sajalah tuhan yg berhak disembah oleh mereka. Tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, manusia akan memperhambakan diri mereka ikut cakap-cakap orang atau persangkaan sendiri atau melakukan sesuatu amalan yang batil tanpa ilmu. Inilah yang berlaku kepada masyarakat yang membuat patung dan menyembah patung yang mereka cipta. Mereka akan menyembah sesuatu seperti matahari atau ‘semangat nenek moyang’ mereka. Atau, mereka mengagungkan haiwan yang mereka anggap sebagai tuhan mereka. Atau, sebagaimana Kaum Nesrani, mereka menganggap Isa (a.s) itu anak Tuhan dan berbagai-bagai lagi perlakuan yang batil. Dan, manusia Islam sendiri yg mengakui kononnya ada kuasa pada haiwan atau bintang atau manusia atau benda-benda (spt memakai gelang magnet atau memakai rantai drp batu dll supaya terhindar dari sesuatu penyakit).
Saudara, manusia Islam itu juga tersesat apakala mereka berpandukan cakap-cakap atau tulisan-karangan manusia tentang Islam, walhal mereka belum mengaji al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu serta panduan ugama, malah panduan hidup mukmin , itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukannya kitab atau karangan manusia! Mereka itu berani menyebut bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) bercakap menegah umatnya supaya jangan sekali-kali buat 'pembaharuan dalam ugama', kerana semua itu sesat dan semua itu menjerumuskan umatnya ke dalam neraka! Tapi, ramai orang yg berlagak alim dan berilmu, ketepikan perintah Rasulallah (s.a.w) tersebut! Apakah hukumannya atas mereka sedemikian itu? As-Sunnah menyebutkan sesiapa yg menentang atau menolak atau tidak mau terima ketetapan as-Sunnah pastilah tercabut Islamnya? Kafirlah dia tanpa disedarinya.
Maka dengan itulah Allah (a.w) perintahkan hambaNya, terutama yang Islam yang beriman, itu ambil ketetapan dan panduan as-Sunnah. Inilah ketetapan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (aw.): "Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud: Dan apa-apa yang didatangkan (atau dibawakan kepada kamu) oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah kamu sekelian ambil, dan apa-apa yang ditegah olehnya (terhadap kamu sekelian) darinya (sesuatu) maka tinggalkan’][Ayat 7, Surah al-Haysr]
Setiap orang yang mengakui dirinya Muslim dan Mukmin wajib berpandu kepada firman Allah (a.w) ini. Segala sesuatu yang dibawakan dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan Allah (a.w). Allah (a.w) peringatkan kita bahawa jika kita mentaati ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, kita mentaati ketetapan Allah (a.w), seperti dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) (yakni, mengikuti ketetapan al-Quran)…’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Malah, Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya supaya berbuat sedemikian dalam Ayat 31, Surah ali-Imran, berikut:
Firman Allah (a.w): 'Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …'. [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku, maka Allah (a.w) akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran].
Oleh itu, kpd mereka yg membaca blog ini dan terfikir bahawa mereka lebih Islam dari orang yg menulis post ini, wajib sedarkan diri. Kalau dia anggapkan dirinya terpelajar dan berilmu dalam Islam, semak ilmu mereka berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan menyemak ilmunya dari cakap-cakap atau kata-kata atau pendapat mahaguru yg belum pasti dia faham Islam.
Jangan terlambat. Islam yg diterima itu adalah Islam yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Jangan terlambat. Islam yg diterima itu adalah Islam yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khiarah
No comments:
Post a Comment