Assalamualaikum,
Saudara, menarik hari ini dalam akhbar Sinar Harian (20 Mei 2011) jika sdr baca komen Dr Mohd Asri mengenai tajuk: 'Terbunuh kerana operasi cegah maksiat.'. Dalam komentar beliau itu, dia merujuk kpd ketetapan yg terdapat dalam hadith berikut. Hadith ini kita telah muatkan satu post tak lama dulu dalam blog ini. Kita ceduk sedikit drp apa yg tertulis dalam blog tersebut.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Takutilah oleh kamu sekelian persangkaan (Zan), maka sesungguhnya persangkaan itu lebih dustanya (atau bohongnya) dari ceritanya (yakni, yg sebenarnya); dan jangan meneliti (dgn mata) (tahassasu), dan jangan meneliti (dgn telinga) (tajassasu), dan jangan dengki mendengki (tahasadu), dan jangan berpaling (yakni, tak bertegur sapa) (tadabbaru), dan jangan benci membenci (tabaghadu), dan (sebaliknya) jadilah hamba-hamba Allah (a.w) yg bersaudara antara satu sama lain.' [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Saudara, orang iman itu ditegah atau dilarang mengamalkan persangkaan terhadap sesuatu. Persangkaan itu adalah sesuatu yg kita anggapkan atau bayangkan wujud atau berlaku tanpa bukti. Ia hanyalah persangkaan.
Begitu jugalah dgn persangkaan lainnya. Jangan kita katakan atau berpandangan sesuatu semata-mata atas perasaan dan detik hati kita terhadap seseorang saudara sesama Islam atau iman yg lain, selagi kita belum tahu dan melihat sendiri buktinya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau kita bercakap sesuatu tentang seseorang saudara Islam di belakangnya, yakni tanpa diketahuinya, walaupun apa yg kita cakapkan betul, kita dikira memfitnah orang tersebut. Kalau apa yg kita katakan di belakangnya, didapati kemudiannya adalah benar, maka kita berdusta. Kerana semasa kita katakan apa yg kita kata itu, kita tak tahupun kebenarannya. Dalam kedua-dua kes tersebut kita mendapat dosa. Bak kata orang dosa kering ...
Dalam hadith di atas itu, ada beberapa perkara yg kita ditegah lakukan; iaitu: pertama, jangan kita saling meneliti atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau keaiban atau rahsia orang dgn mata kita (tahassasu); kedua, jangan kita saling meneliti atau menelek atau mencari-cari kesalahan atau kesilapan atau keaiban atau keburukan seseorang dgn telinga kita (yakni, mencari khabar angin) (tajassasu); ketiga, jangan sekali-kali kita dengki mendengki terhadap saudara Islam atau orang iman yg lain (tahasadu), kerana dia berjaya atau dapat sesuatu kurniaan dan kita tak dapat dan sebagainya; sebagai seorang yg iman itu kita turut berbangga dgn kejayaan saudara kita yg lain, sewajarnya kita sama-sama bergembira dalam Islam; keempat, jangan sekali-kali berpaling (tadabaru), spt ketika bertemu tidak bertegur sapa atau buat-buat tak kenal orang yg kita kenal, semata-mata kerana ada sesuatu yg terguris dalam hati kita kerana kata-kata atau perbuatannya, kesilapan dia yg lalu dan sebagainya; kelima, jangan sekali-kali kita benci membenci seorang Islam atau seorang iman yg lain (tabaghadu) walau apa sebab dan keadaan sekalipun. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut menyuruh kita menjadi hamba Allah (a.w) yg bersaudara dan sentiasalah mengutamakan persaudaran dalam Islam.
Saudara, penulis seringkali komen perlakuan atau gerakan beberapa pihak berkuasa ugama mengenai program pencegahan maksiat mereka. Malah program sedemikian telah mendahului program mencelikkan umat Islam kpd syariat ugama Islam atau program mengilmukan mereka supaya luput kejahilan mereka terhadap Islam dan syariatnya. Malangnya, program pencegahan maksiat ini telah menjadi keutamaan kpd sebilangan besar pihak berkuasa ugama di Malaysia, dan mereka pada waktu yg sama telah membelakangkan tugas-tugas dakwah dalam Islam yg lebih utama diberi tumpuan.
Saudara, dalam post yg lalu kita telah turunkan sepotong hadith yg menyebutkan seseorang yg akui dirinya Islam itu tidak akan dapat masuk syurga selagi dia tidak beriman, dan tidak dikira beriman seseorang Islam itu jika dia tidak mengasihi saudaranya sesama Islam. Apakah orang yg membuat intipan maksiat kemudian memalukan atau mengaibkan mereka pula ada sifat kasih sayang terhadap saudaranya sesama Islam? Malah dalam Islam seseorang itu tidak sekali-kali dibolehkan mengaibkan saudara Islam yg lain. Tapi, orang-orang yg terlibat dalam program pencegahan maksiat melalui intipan sedemikian memang sengaja hendak mengaibkan saudaranya yg Islam, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment